Monday, August 17, 2009

Muhayyidin salah guna kuasa--Dari segi undang2 SPRM boleh buka fail

"SPRM sepatutnya boleh membuka fail siasatan terhadap Muhyiddin berdasarkan laporan akhbar. SPRM sepatutnya boleh menyerbu ke pejabat Muhyiddin dan mengheret setiausaha peribadi atau pembantu khas beliau di hadapan orang-ramai. Tegas Nizam, perbelanjaan minyak dan lain-lain berkaitan juruterbang serta seumpamanya boleh sahaja mencecah RM150,000 jika mengambil contoh skandal yang didakwa melibatkan Presiden MCA, Ong Tee Keat yang gagal menjelaskan bil penggunaan jet persendiriannya."Saudara Ahmad Nizam Hamid, Penasihat Undang-Undang PKR Negeri Pahang .

Ipohmalay=Bloger yg tak percaya dgn blog sendiri

Usah Kutip Undi Dari Poll Di Internet
Pihak kerajaan perlu menghentikan langkah memungut pendapat melalui internet kerana dikhuatiri menjadi medan undi fitnah yang dibuat oleh kumpulan anti-kerajaan di negara ini.

Ini tidak dinafikan dengan kaedah-kaedah spekulasi ciptaan BARAT dalam meruntuhkan sesebuah kerajaan yang menjadikan kaedah ini sangat pantas berkembang di Malaysia.

Diperkenalkan oleh Anwar Ibrahim, kumpulan anti-kerajaan lah yang mula mempergunakan terlebih dahulu tipu daya internet dalam menggubah spekulasi.

Oleh yang demikian, penguasaan mereka di alam siber terlalu berleluasa dan mereka diberi publisiti sebagai media alternatif sehingga mencetus kacau bilau politik hari ini pasca PRU 12.

" Dalam 10 mereka yang anti kerajaan, 8 dari mereka bertukar pendapat melalui internet. Tetapi dalam 10 mereka yang menyokong kerajaan, cuma 2 sahaja." ujar seorang pakcik berumur 65 tahun di sebuah kepai kopi di Taman Perpaduan.

Ini memperlihatkan bahawa penguasaan mereka yang begitu taksub kepada sentimen anti-kerajaan sangat besar di dalam internet.

Justeru, hasil setiap poll yang dibuat bolehlah dikira sebagai sampah-sampah internet. Ini kerana golongan majoriti dalam internet inilah yang mati-mati menyebut suara mereka adalah suara rakyat. Hanya mereka.

Tidak kurang 90% lagi masih sulit atau rumit untuk bersuara melalui medium tersebut. Apakah hasil jawapan tersebut berkredibiliti?

Pendek kata, teman pun tak percaya dengan poll yang teman anjurkan di sebelah atas kolum kiri blog ini



Peguam Negara Mahu Exco Selangor Diburu | Nizar

Pejabat Peguam Negara memfailkan permohonan untuk membatalkan pekeliling kerajaan Selangor yang melindungi penjawat kerajaan dari kejadian yang menimpa Teoh Beng Hock.

Menteri Besar Khalid Ibrahim mengeluarkan pekeliling tersebut yang menetapkan bahawa penjawat kerajaan negeri hanya boleh disoal-siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perkarangan ibu pejabat sekretariat Selangor dan dalam tempoh waktu bekerja sahaja.

Peguam Negara mahu menghapuskan pekeliling ini supaya SPRM dapat menyerbu, menahan dan membawa mana-mana penjawat awam ke mana yang dikehendaki SPRM.

Teoh Beng Hock adalah Setiausaha Politik kepada Exco Selangor dan ditemui mati dalam pengawasan SPRM, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam selepas disoal-siasat tanpa henti selama 10 jam.

Beng Hock dipanggil sebagai saksi dalam satu operasi besar-besaran agensi kerajaan Pusat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Baru-baru ini, seorang lagi pembantu kepada exco Selangor Wong Chuan How cedera selepas dikasari anggota-anggota SPRM. Wong cuba mempertahankan diri selepas dikejutkan dengan tindakan individu-individu misteri yang cuba menggari dan membawanya ke SPRM Putrajaya.

Selepas kematian Beng Hock, ahli-ahli politik dan pembantu-pembantu mereka enggan berganjak dari pekeliling yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim kerana bimbangkan keselamatan mereka.

dewan besar,kerusi banyak--orangnya mana?

Sepatutnya Kedah mendahului Selangor

hadiah--jamaludin n osman bersama mufti perak ke mesir