Saturday, August 22, 2009

15 malaysia

Friday, August 21, 2009

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani � 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

Wednesday, August 19, 2009

Yang terlibat dgn bisness peribadi?


Buang Kakitangan Awam



Lagi satu diharap kerajaan menukar dasar pentadbiran. Jadikan urusan pentadbiran seperti swasta. Buanglah terus mana mana pekerja termasuk pegawai yang malas dan tidak produktif. Cukup memalukan apabila kaum cina dan india memandang jawatan didalam kerajaan adalah tempat untuk orang melayu yang malas dan tak berguna.

Memang pedih untuk didengar tetapi inilah kenyataannya. Pergilah mana mana jabatan kerajaan didalam Malaysia. Lebih ramai orang yang berbual dari yang bekerja. Mereka juga sewenang wenangnya ponteng kerja.



Mereka semua hanya menyusahkan urusan orang ramai. Masih ramai orang diluar sana yang memerlukan pekerjaan. Buat apa disimpan orang yang tidak berguna. Bertindaklah sekarang sebelum negara terjerumus kepada kehancuran disebabkan kakitangan awam yang tidak berguna sama sekali.