Thursday, March 25, 2010

Kes Raba Punggung: Mengapa Tidak Caj Jamaluddin?

KUALA LUMPUR 25 Mac - Ahli Parlimen Bukit Gelugor mempersoalkan mengapa tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis berhubung laporan polis yang dibuat oleh seorang pekerja hotel dua tahun lepas yang mendakwa dirinya dicabul oleh Jamaludin.

Ketika membahas titah Yang DiPertuan Agong Karpal berkata sehingga kini kes tersebut seolah-olah dilupakan dan tidak ada sebarang tindakan terhadap Jamaludin yang juga Ahli Parlimen Rompin.

"Saya mahu Peguam Negera memberi penjelasan mengapa tidak ada tindakan undang-undang kepada duta tersebut. Laporan polis bahawa beliau didakwa mencabul kehormatan seorang gadis telah dibuat tetapi kenapa beliau tidak dihadapkan ke mahkamah? Kalau gadis itu membuat laporan polis palsu terhadap duta itu maka gadis itu boleh didakwa dalam mahkamah kerana membaut laporan yang tidak benar," kata ahli politik veteran itu.

Pada 19 April 2008 seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai pelayan hotel telah membuat laporan polis ke atas bekas seorang menteri dua hari lepas di sebuah balai polis di Kuala Lumpur kerana didakwa melakukan ganggu seks ke atasnya dengan memegang tangan dan meraba punggungnya.

Kejadian itu didakwa berlaku di Kelab Havana Hotel Meridien di KL Sentral ketika gadis itu sedang melayan dan menyediakan minuman keras untuk menteri berkenaan.

Laporan polis telah dibuat oleh teman lelaki pelayan tersebut.

Wednesday, March 24, 2010

byk yg tak betul

politik malaysia di bwh APCO

Awas Najib Upah Yahudi APCO Musnahkan Politik Malaysia
Posted on Tuesday, March 23 @ 20:02:06 MYT by afero79
Artikel
Oleh uhud

"

Para Pemimpin Pakatan Rakyat terutama Melayu Islam di nasihatkan supaya berhati-hati dengan corak politik Umno yang di pengaruhi firma perunding yahudi APCO, Tindakan Najib mengupah firma yahudi APCO untuk mencapai matlamat politik Umno amat membahayakan arena politik Malaysia


Satu pasukan Task Force perlu di tubuhkan oleh Pakatan Rakyat bagi menjaga Keselamatan Rakyat Malaysia dari sebarang anasir Negetif dan Subversif yang di bawa oleh firma yahudi APCO yang di upah Najib ini.

Task Force ini juga di perlukan untuk mendesak supaya Firma yahudi APCO di singkirkan dari arena politik Malaysia supaya Keselamatan Rakyat dan Negara terjamin dari sebarang ancaman yahudi Tindakan Najib Bersubahat dengan Yahudi luar negara APCO adalah jelas Mengancam Keselamatan Rakyat dan Negara terutama Umat Islam kaum Melayu, adalah jelas tindakan Najib mengupah yahudi APCO juga mengancam keselamatan Parti Umno dan Bn yang di terajui beliau sendiri

Jika di biarkan firma yahudi APCO terus menjalankan operasinya membantu Najib dan Umno kemungkinan besar akan berlaku kekacauan besar seperti di Iraq dan Afghanistan hingga memungkinkan campurtangan kuasa luar seperti Amerika (sekutu kuat Israel) untuk Menawan Malaysia, Apa yang pasti Kaum Melayu akan menerima nasib yang sama seperti Palestin jika firma perunding yahudi APCO di biarkan bertapak di Malaysia.

Keamanan dan Keharmonian yang di kecapi oleh kita semua Rakyat Malaysia akan berakhir sekiranya yahudi APCO terus di biarkan mengganas di dalam arena politik Malaysia Kita dapat melihat strategi memfitnah yang menjadi kegemaran yahudi di gunakan sepenuhnya oleh yahudi APCO untuk menaikkan kembali reputasi Najib dan Umno, tetapi pada masa yang sama Najib dan Umno juga di khianati oleh firma APCO dengan berbagai cara, dengan itu “perbelanjaan” untuk firma yahudi APCO akan bertambah dari masa ke semasa hinggalah akhirnya Najib dan Umno terpaksa menggadai Malaysia pada firma yahudi APCO tersebut.

Ini ialah strategi biasa yahudi sejak ribuan tahun yang lalu di mana bangsa yahudi ni terkenal dengan sikap penipuannya yang hanya berorientasikan wang dan mengumpul kekayaan Sindrom strategi yahudi dalam politik Malaysia dapat di lihat dalam kes membabitkan cukai “buggy” golf yang di hapuskan serta merta tetapi pada masa yang sama GST pula mahu di laksanakan pada Rakyat, Oleh itu adalah di harap Pakatan Rakyat dapat Bertindak cepat Menyelamatkan Malaysia ini dari di jajah yahudi melalui strategi firma perunding yahudi APCO yang di upah Najib

KPN-miliki diploma bukan ijazah undang2


Sivarasa: KPN tipu kelayakannya , at 24.3.10,
Satu laporan polis dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memberikan pengakuan palsu berhubung kelayakannya pada perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh peguam Anwar, R Sivarasa, Musa, pegawai penyiasat dalam kes itu memberitahu mahkamah ketika itu bahawa dia mempunyai ijazah sarjana muda dalam undang-undang.

Bagaimanapun, dalam satu lagi perbicaraan yang membabitkan kes rasuah bekas Pengarah Sisatan Jenayah Perdagangan, Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff pada tahun 2009, Musa memberitahu mahkamah dia memiliki “diploma dalam undang-undang dan pengajian pengurusan”.

“KPN telah memberikan kenyataan palsu dengan mengatakan dia memiliki ijazah undang-undang ketika disoal balas dalam kes Anwar, sedangkan hakikatnya dia hanya mempunyai diploma dalam undang-undang,” kata Sivarasa ketika dihubungi.-M'kini

S trategi Bijak Ong Ka Ting..



Oleh : Shen Yee Aun

Berikut adalah strategi-strategi yang digunapakai oleh Ong Tee Keat dalam menguasai MCA..Tolong jangan terus terperangkap. Terus terpedaya. Terus ditipu. Terus dipekak dan dibutakan

Strategi 1~Bergerak di kegelapan dan bayang-bayang, menggunakan tempat-tempat tersembunyi, atau bersembunyi di belakang .

Ka Ting cukup bijak apabila dia merancang dan menjadi dalang kepada segala permasalahan yang melanda MCA pada hari ini tanpa diketahui pergerakkannya. Dengan begitu senyap dia mampu memerangkap dan menjerat Dr Chua Soi Lek dalam isu seks skandalnya tanpa disedari Dr Chua dan penyokong akan rancangan yang sudah dirancang dengan begitu rapi sebelum proses rakaman tersebut dirakam. Begitu senyap juga apabila Liow Tiong Lai mula bermusuh dengan Ong Tee Keat tanpa masyarakat siapa mengetahui siapa yang merajai Liow Tiong Lai dan rakan - rakan.

Strategi 2~Ketika musuh terlalu kuat untuk diserang, seranglah sesuatu yang berharga yang dimilikinya

Dr Chua Soi Lek sebenarnya jika bukan kerana isu seks skandalnya beliau sebenarnya seorang pemimpin yang serba lengkap dan berkebolehan. Kekuatan beliau untuk berdebat , berhujah , bekerja dan berstrategi amat menggagumkan. Oleh sebab itu terdapat juga strategi dalam falsafah Cina yang menyatakan “ Never Be Better Than You Boss Even If You Do “. Ketika Ka Ting menjadi Presiden MCA pada ketika itu Dr Chua Soi Lek hanya seorang daripada 4 orang Timbalan Presiden. Namun pengaruh , aura dan karismanya jauh melebihi Ong Ka Ting yang sememangnya terkenal sebagai seorang pemimpin yang tidak beraura dan berkarisma.

Sebagai seorang Presiden mungkin dia tidak mampu menerima hakikat bahawa Dr Chua Soi Lek lebih berkebolehan daripadanya daripada pelbagai segi maka dia cuba untuk menjatuhkan Dr Chua Soi Lek. Mungkin ketika sedang mencari keadah untuk menjatuhkan Dr Chua Soi Lek dia tidak dapat memikirkan cara kerana Dr Chua Soi Lek terlalu kebal dan hampir sempurna.

Namun selemah – lemahnya Ong Ka Ting dia bijak berstrategi. Dia faham akan erti setiap manusia yang kuat ada kelemahan mereka. Oleh itu , tindakan memberi isyarat dan mandate kepada Liow Tiong Lai mengetuai perangkap isu skandal seks Dr Chua Soi Lek dirancang dengan teliti dan seterusnya dicetak dan disebarkan ke seluruh negara.

Mungkin benarlah slogan kempen Ka Ting kali ini berbunyi “ Stability for the family and nation” apabila abang dan adik dalam keluarga MCA sanggup dijatuhkan olehnya.

Strategi 3~Pinjam tangan seseorang untuk membunuh

Dia pinjam tangan Liow Tiong Lai untuk mencetuskan isu skandal Dr Chua Soi Lek. Dia sekali lagi mencaturkan Liow Tiong Lai , Chew Mei Fun dan Wee Ka Siong untuk merancang undi tidak percaya terhadap Ong Tee Keat. Dia sekali lagi pinjam tangan mereka untuk mendesak pemilihan parti berlansung.

Lihat betapa bijaknya Ka Ting tanpa perlu mengotorkan tangannya. Saya mula ragu – ragu akan kebolehan dan kewibawaan tangan yang dia pinjam untuk bunuh kerana lawan sahaja tidak mati namun mampu bangkit hidup kembali daripada keranda. Kedua – dua mangsa yang hendak dibunuh menjadi semakin kuat. Pembunuh yang tidak berguna. Bagaimanalah orang sebegini mampu menjadi Timbalan Presiden ? Gagal dua kali dalam assassination .

Strategi 4~Buat musuh kelelahan sambil menghemat tenaga.

Jika kita imbas titik permulaan masalah berlaku di MCA. Ka Ting tidak pernah muncul pun sebagai watak di dalam wayang ini dalam diam - diam. Namun dia bijak melaga – lagakan persengketaan antara Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek. Dia bijak mencaturkan satu situasi Ong Tee Keat akan mengambil tindakan pemecatan terhadap Dr Chua Soi Lek dan dia menyedari kekuatan Dr Chua Soi Lek dalam parti sejak dia menjadi Presiden lagi atau mungkin sejak dia menjadi tukang beg Tun Ling Liong Sik lagi. Dia tahu masalah ini tidak akan terhenti begitu sahaja. Tepat ramalannya . Naga Soi Lek bangkit menentang Ong Tee Keat maka permusuhan antara 2 puak berlaku. Maka timbul pepecahan antara MCA. Maka hasrat 1 Malaysia Perdana Menteri tidak tercapai. Maka MCA kini terbahagi kepada 2.

Sambil 2 buah catur yang bodoh ini tidak menyedari mereka sebenarnya sedang dicaturkan oleh seorang strategis musang handalan mereka pun mula pertempuran yang besar dan berlanjutan begitu lama. Pada ketika itulah Ka Ting sedang membuat persedian dan menyimpan tenaga untuk menunggu masa yang sesuai untuk melancarkan serangan. Bila Ka Ting lancar serangan ? Lihat strategi 5.

Strategi 5~Gunakan kesempatan saat terjadi kebakaran untuk merompak

Hebatnya Ka Ting berbanding strategis handal seperti Zhu Ge Liang dan Sun Tzu perlu tunggu kebakaran berlaku baharu ambil kesempatan dia mampu rancang untuk terjadinya kebakaran juga. Dia sudah rancang untuk berlakunya kejadian kebakaran setelah sekian lama.

Akhirnya pergelutan menjadi semakin parah dan tidak terkawal maka bermulah pemilihan MCA kali ini sedangkan pemilihan bakal dilakukan setahun dari sekarang. Tanpa melengahkan masa dan tepat pada masanya akhirnya musang ini keluar dan membawa imej sebagai bomba. Hendak padamkan api yang dia cetuskan.

Orang yang memecahkan MCA kepada 2 kini kepada 3 pula hendak melaungkan perpaduan dan penyelesaian yang cuba dibawa.

Strategi 6~Berpura-pura menyerang dari timur tetapi sebenarnya menyerang dari barat

Sebenarnya sudah lama dia tidak berpuas hati terhadap Ka Ting. Ka Ting gagal menjatuhkan Soi Lek seperti yang dia harapkan. Ka Ting hendak buka kitab sejarah skandal lama semasa pemerintahannya. Dia sememangnya akan cuba sedaya upaya untuk menghalang kitab itu dibuka oleh Tee Keat.

Tetapi dia begitu bijak sampai seolah – olah dia tidak bermusuhan dengan Tee Keat. Sebab itu dia menelefon Tee Keat supaya tidak bertanding dan bagi dia laluan berdepan dengan Soi Lek kerana dia sedar hanya pengaruh Tee Keat dan dia mampu mengalahkan Soi Lek. Jika hanya bergantung pada pengaruh peribadinya tidak cukup untuk menang dalam pertempuran kali ini.

Dia hendak yakinkan Tee Keat seolah – olah mereka dalam puak yang sama. Seolah – olah musuh mereka semata – mata Soi Lek. Kali ini Tee Keat sudah tidak ditipu lagi. Musang sudah mula menunjukkan belangnya. Hanya manusia yang bodoh dan jahil akan percaya pada si musang ini.

Dia berpura – pura seolah – olah hanya bermusuh dengan Soi Lek tetapi realitinya 2 orang pemimpin hendak dia hapuskan sekali gus.

Tawaran kekal menjadi Menteri jika benar khabar angin ini maka sah – sah Ka Ting boleh didakwa sebagai cuba merasuah.

Strategi 6~Mengorbankan batu demi emas

Realitinya apabila beliau meminjam tangan Liow Tiong Lai , Wee Ka Siong dan Chew Mei Fun beliau sebenarnya sedang mengorbankan ketiga – tiga batu ini untuk mendapat keuntungan yang tidak ternilai. Ketiga – tiga batu ini tidak sedar mereka merupakan buah catur yang dikorbankan di medan perang sehingga ke saat ini.

Cuba kita fikir. Ong Ka Ting sudah pernah menjadi Presiden dan Menteri selama 3 penggal.

Liow , Wee dan Chew yang berkuasa dan memegang jawatan pun tidak sampai 2 tahun. Dianggap sebagai pelapis MCA. Diramalkan sebagai darah baharu. Dikatakan sebagai bersih dan setia. Baik perwatakan mereka selama.

Namun imej mereka terjejas setelah menerima arahan daripada Ka Ting. Ka Ting got nothing to lose in this peperangan. But think back again. If all this did not happen. For sure Ka Siong will be the future Vice President easily and Liow Tiong Lai will be the President if looking back at their close relationship with Tee Keat before this.

Kini ketiga – tiga mereka dimaki ,dicari dicemuh. Hilang imej sebagai pemimpin berwatakan baik. Dianggap pembelot. Dianggap jahat dan kejam. Dianggap gila kuasa. Dilabel pelbagai situasi. Dan skandal mereka 1 per 1 dibongkarkan. Liow dengan isu kereta Toyota Estima. Wee dengan isu PKFZ oleh Malaysia Today.

Apa yang terjejasnya percaturan ini dan kesan kepada Ka Ting ? Jawapannya NOTHING !

Dia kini dilihat sebagai kuasa ketiga yang neutral. Baik. Penyelamat dan penyatu MCA. Superman Ironman and Ultraman MCA.

Strategi 7~Permainkan harimau untuk meninggalkan sarangnya

Setelah rancangan untuk mendesak Tee Keat berundur dan lepaskan takhta. Setelah rancangan gagal untuk sekat Soi Lek kembali berkuasa. Setelah Tee Keat dan Soi Lek sudah bersatu menentang Liow yang merupakan batu dan buah catur pengorbannya. Dia sudah tahu. Dia sudah kalah dalam peperangan ini. Tidak lama lagi akan checkmate kalau perpaduan dan penyatuan Tee Keat dan Soi Lek semakin kukuh. Tiada sesiapa lagi dan tiada benda lagi yang mampu dibuat lagi bila ketika keadaan itu berlaku. Maka sebelum keadaan itu benar – benar menjadi dan menjadi semakin kukuh.

Entah apa teknik diguna sehingga menyebabkan Soi Lek akhirnya meninggalkan sarangnya dan memberi laluan kepada pemilihan presiden dan akhirnya dia sudah ada peluang untuk kembali merebut jawatan Presiden. Emas yang ditunggu – tunggu oleh beliau setelah sekian lama.

Daripada slogan saya tidak mahu campur tangan kepada saya mahu menyelamatkan MCA.

Strategi 8~Persiapkan sebuah jerat dan perdaya musuh anda dengan umpan

Dia berjaya mengumpan Liow , Wee dan Chew untuk menjadi buah caturnya. Dia berjaya mengumpan Tee Keat dan Soi Lek bergaduh. Dia berjaya mengumpan Soi Lek memutuskan tindakan penyatuannya dengan Tee Keat. Dia beri harapan palsu kepada Tee Keat bahawa dia akan menang sebab itu Tee Keat begitu berani menyatakan kalau kalah sedikit pun dia akan letak jawatan. Namun akhirnnya dia membelot dan undi tak percaya terhadap Tee Keat. Tee Keat termakan dengan kenyatannya sendiri. Nasib baik Tee Keat tidak diumpan sepenuhnya jika tidak Tee Keat benar – benar akan letak jawatan dan tidak akan tahu sehingga hari ini Ka Ting yang merancang kejatuhannya. Dia juga tidak akan tahu Liow , Wee dan Chew akan membelotnya. Ketika itu Liow Tiong Lai akan menjadi Presiden yang akan diperkudakan.

Strategi 9~Pura-pura menjadi seekor babi untuk memakan harimau

Sebijak – bijaknya saya hebohkan strategi Ka Ting namun dia tidak pernah dilihat sebagai seorang pemimpin yang bijak. Selalu nampak lemah. Itulah kelebihannya. Dahulu peribahasa Cina ini bermaksud jika pemburu hendak tangkap seekor harimau dia kena memakai pakaian dan berlakon seperti seekor babi kerana makanan harimau adalah babi. Ketika dalam pakaian babi itu sudah diselit senapang di dalamnya. Apabila harimau mencari makannya maka tertembak si harimau itu.

Strategi 10~Seberangi sungai dan hancurkan jambatan

Sebelum Ong Tee Keat benar – benar boleh membongkarkan kitab skandal berbillion ringgit dia kena hapuskan jambatan supaya Tee Keat tidak mampu menyeberangi sungai. Jambatan yang dia hapuskan kali ini adalah jawatan Presiden. Hanya apabila Tee Keat hilang jambatan ini maka lenyaplah isu PKFZ selama – lamanya. Kitab ini juga akan jatuh ke dalam sungai dan tidak akan dapat dicari sesiapa lagi.


Konklusi

Kesemua percaturan Ka Ting sudah dibongkar dan jika selepas ini penyokong Soi Lek dan Tee Keat masih buta untuk mengetahui siapa sebenarnya api dalam sekam , musuh dalam selimut , gunting dibawah tikar , musang berwajah sembilan dan musuh sebenar anda berdua memang wajib kamu berdua kalah dalam pemilihan.

Kalau pertandingan 3 penjuru sudah tidak dapat dielakkan namun posisi lain Tee Keat dan Soi Lek sepatutnya bekerjsama mulai detik ini. Semua penyokong Tee Keat dan Soi Lek harus sokong Kong Cho Ha dan singkirkan Liow Tiong Lai. Begitu juga dengan timbalan presiden dan lain. Begitu juga dengan CC. Begitu juga dengan pemilihan Wanita dan Pemuda lain kali

kalabakan mengamuk

Monday, March 22, 2010

Ku Klux Klan(melayu)

Baru-baru ini orang asal (orang asli) telah membuat kejutan dengan berdemonstrasi di Putrajaya, tujuan mereka adalah untuk menghantar memorandum berkaitan permasalahan pemilikan tanah mereka. Dalam keramaian orang itu, dalam foto-foto yang disiarkan, saya mencari kelibat seseorang tetapi hampa kerana tiada berjumpa.

Kelibat manusia yang saya cari adalah Ibrahim Ali, maklumlah, katanya dia Presiden PERKASA, atau nama panjangnya Pribumi Perkasa Negara. Walaupun seperti kata Zaid Ibrahim, orang asal tidak termasuk dalam kategori bumiputera atau pribumi mengikut Perlembagaan Persekutuan, tetapi hakikatnya mereka memang pribumi, mereka memang bumiputera. Bukankah orang asal dan pribumi itu membawa maksud yang sama?

Jadi, bila orang asal berdemonstrasi bagi menuntut hak mereka, saya mengandaikan Ibrahim Ali selaku Presiden Pribumi Perkasa Negara akan turut hadir dengan membawa seluruh kekuatan armada PERKASA bagi menunjukkan sokongan. Rupanya tidak, rupanya tidak ada, serupa juga, saya yakin Ibrahim Ali dan PERKASA tidak akan muncul jika yang berdemonstrasi itu dari kaum Iban, Kadazan, Murut, Dusun, Dayak, Penan dan sebagainya.

Rupanya PERKASA bukan untuk pribumi, PERKASA hanya untuk Melayu. Jangan salah tanggap, bukan Melayu seperti saya! PERKASA bukan sekadar sebuah pertubuhan bukan kerajaan, PERKASA adalah kumpulan pelobi ketuanan Melayu dengan dipimpin oleh kumpulan nasionalis ultra-kanan Melayu. Dari segi sifatnya, kewujudan PERKASA hampir menyamai kewujudan Ku Klux Klan di Amerika Syarikat, cuma PERKASA dalam beberapa kenyataannya sebelum ini kelihatan tegas tidak merestui sebarang aktiviti keganasan seperti Ku Klux Klan.

Ibrahim Ali, jangan saman dahulu, mari kita bersama cuba menyusuri sejarah dan mencari rasional kemungkinan persamaan ini.

Ku Klux Klan ialah kumpulan ultra kanan yang memperjuangkan ketuanan bangsa kulit putih - Protestan di Amerika Syarikat. Kewujudannya dikesan seawal tahun 1865, diasaskan oleh veteran tentera konfederasi dari Tennesee. Pengwujudannya dikatakan bertujuan bagi mengembalikan ketuanan bangsa kulit putih selepas tamatnya Perang Saudara Amerika.

PERKASA pula ditubuhkan selepas UMNO, parti politik terbesar orang Melayu yang memimpin Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum 2008 dikejutkan dengan kekalahan di lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan serta kehilangan penguasaan dua pertiga di Parlimen.

Kalau Ku Klux Klan melihat ketuanan bangsa kulit putih - Protestan tergugat selepas Perang Saudara Amerika, PERKASA pula melihat kononnya Melayu tergugat pasca Pilihanraya Umum 2008. Lebih dari itu, PERKASA secara terbuka di bahagian latar belakang penubuhan dalam laman web rasminya menganggap kompromi antara kaum sebelum merdeka adalah satu kompromi paksaan. Secara spesifiknya saya boleh nyatakan yang kompromi ini adalah antara bapa-bapa pengasas negara kita iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman, Mendiang Tan Cheng Lock dan Mendiang V. Sambathan.

Ku Klux Klan pada kemunculan kali keduanya iaitu pada tahun 1915 hadir dengan lebih formal, dengan struktur persekutuan dan negeri. Ini biasanya struktur parti politik, tetapi PERKASA juga hadir dengan struktur yang sama. Melihat kepada syarat keahliannya yang longgar, PERKASA seperti juga Ku Klux Klan wujud lebih sebagai organisasi fraternal atau persaudaraan, persaudaran Melayu atau Malay brotherhood untuk PERKASA dan White brotherhood untuk Ku Klux Klan.

Pada tahun 50-an dan 60-an, wujud pula kumpulan-kumpulan bebas di Amerika Syarikat yang menggunakan nama Ku Klux Klan dalam penentangan mereka terhadap Pergerakan Hak Sivil dan penghapusan perbezaan kaum. Sekali lagi merujuk kepada bahagian latar belakang penubuhan PERKASA di laman web rasminya, PERKASA juga secara jelas memusuhi pejuang hak sivil dan penghapusan perbezaan kaum yang diistilahkan sebagai penganut pemikiran global dan universal, dan jika pejuang hak sivil serta penghapusan perbezaan kaum ini hadir dari kalangan orang Melayu sendiri, bagi PERKASA mereka adalah talibarut penjajah (entah penjajah mana…).

Disebabkan ini juga dapat kita lihat banyak kritikan yang dilemparkan oleh PERKASA secara rasminya atau melalui Presidennya, Ibrahim Ali, terhala kepada PKR atau terus kepada Anwar Ibrahim yang diwar-warkan sebagai penganut faham liberal demokratik.

Memang benar, tidak seperti Ku Klux Klan, PERKASA tidak menaja aktiviti keganasan. Tulisan inipun bukan mahu melihat persamaan pendekatan dari segi tindakan, tetapi lebih kepada sifat dan bentuk pertubuhan. Ku Klux Klan dikategori sebagai hate group iaitu kumpulan atau pergerakan terancang yang mempromosi kebencian, permusuhan atau kekerasan terhadap ahli kepada kaum, etnik, agama, jantina, orientasi seksual atau sektor-sektor tertentu yang lain dalam masyarakat. Apakah PERKASA tidak termasuk dalam kategori ini, berdasarkan kenyataan dan ucapan-ucapan pemimpinnya?

Tanpa keganasan dan kekerasan pun, PERKASA telah terbukti melemparkan salam kebencian dan pertentangan yang membahayakan. Ini terbukti dengan cuplikan seruan Ibrahim Ali, Presiden PERKASA yang dikutip dari laman web rasmi PERKASA sendiri;

"Salam kepada semua umat Melayu Islam: Bersatu kita pastikan Melayu tak akan hilang di dunia dan bumi kita tidak akan di pijak orang. Lim Kit Siang kerkata PERKASA adalah Syaitan di dalam blognya dan kita akan hadapi Iblis ini yang tidak mengenang budi atas pengorbanan umat Melayu selama ini. Kebangkitan Melayu bermula pada tanggal 27 Mac 2010."

"Pada akhbar The Sun yang melaga PERKASA dengan DYMM Sultan Selangor, membujur lalu melintang patah, genggam bara api biar sampai jadi arang."

Apakah kata-kata ini tidak kedengaran bernada hasutan? Siapakah Ibrahim Ali yang bebas untuk berkata apa sahaja? Bahasa yang digunakan adalah bahasa yang tidak sanggup untuk saya ucapkan, ia adalah bahasa kurang ajar yang hanya terbit dari mulut orang Melayu yang mahu bergaduh. Bagi orang Melayu yang masih dalam keadaan waras dan wajar, ini bukan bahasanya. Melayu dikenal dengan adab-sopannya, menegur pun masih berkias.

Saya bersetuju akan ada benarnya hujah PERKASA bahawa tidak banyak negara di dunia ini yang mempunyai komposisi kaum yang unik seperti Malaysia. Amerika Syarikat pun tidak sama dengan Malaysia. Kerana tidak sama, maka saya rasa tidak perlulah ada satu lagi klon Ku Klux Klan di Malaysia. Kita tidak perlukan PERKASA di negara ini, keutuhan negara kita tidak mampu menampung beratnya kesan yang lahir dari kemunculan kumpulan-kumpulan ultra nasionalis sebegini.

Saya fikir ada benarnya tempelak orang terhadap pengwujudan PERKASA ini. Tidakkah pelik di sebuah negara yang majoriti penduduknya Melayu, diperintah sejak merdeka oleh gabungan parti yang diketuai oleh parti Melayu, perlu wujud sebuah kumpulan pendesak Melayu yang katanya mahu memperjuangkan hak orang Melayu? Kalau PERKASA merasakan hak orang Melayu selama ini diabaikan, ia bukan salah sesiapa melainkan parti pemerintah yang bertanggungjawab merangka dasar dan program, ingat! Ibrahim Ali si Presiden PERKASA itupun pernah berada di dalamnya.

Ibrahim Ali sebenarnya menubuhkan PERKASA untuk apa? Untuk kepentingan perjuangan Melayu dan pribumi (pribumi? hahaha!!!)? Atau untuk koleksi peribadi? Di mana Majlis Tindakan Rakyat Kelantan sekarang? Semua orang tahu, sejak dari kampus, Ibrahim Ali tidak pernah berhenti dari berpolitik, sampai sekarang. Semua orang juga tahu, Ibrahim Ali menggunakan PAS untuk bertanding dan menang menjadi Ahli Parlimen, kalau tidak dia akan hilang wang pertaruhan. Salahkah kalau saya buat kesimpulan PERKASA adalah "bini" baru Ibrahim Ali bagi menggantikan PAS yang sempat dikahwin mutaah sekejap dahulu?