Tuesday, November 30, 2010

jahatnya PKR--nak hilangkan melayu

Ketuanan Melayu...Angkara PAS dan PKR!!?
PKR dan PAS ni memang tak boleh harap. 53 tahun memerintah Malaysia, entah apalah yang dibuat agaknya?

Temasik sudah jadi Singapura. Diberi begitu saja kepada Lee Kuan Yew.

Pulau Batu Putih, PAS dan PKR main2 di Mahkamah Dunia (Hague) sehinggakan Singapura sekali lagi memalukan kita semua.

Persekutuan Tanah Melayupun PAS dan PKR gadaikan dan kini namanya dah bertukar kepada Malaysia.

Punyalah celaka PAS dan PKR, dipindanya perlembagaan negara pada tahun 1983 dan 93 yang melibatkan Raja-raja Melayu. Kuntut dah kuasa Duli2 Tuanku Raja-raja kita dek kerja jahat PAS dan PKR. Patutlah Sultan Selangor murka.

Entah apalah yang PAS dan PKR buat selama 53 tahun? Nama saja parti melayu dan islam. Statistik terakhir menunjukkan peratus miskin tegar negara yang paling tinggi adalah milik orang melayu rupanya. 96.7% peratus yang hidup di paras kemiskinan ialah orang melayu.

30% sasaran ekuti untuk bumiputera masih tidak upaya dicapai setelah 53 tahun merdeka. Dari RM54b ekuiti dan saham bumiputera, hanya RM2b sahaja masih kekal milik mereka. Siapa kebas? Dah tentulah PAS dan PKR.

Habis dah bahasa melayu dan Utusan Melayu ditongganglanggangkan....ini sapa punya kerja kalau bukan Anwar dan Hj. Hadi?

Siapa yang menghancurkan sistem kehakiman negara kalau bukan PAS dan PKR? DAP jangan ceritalah. PKFZ jadi rugi berbillion2 RM tu kerja sapa kalau bukan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Khalid Ibrahim yang asalnya cuma bomoh siam jadi kaya raya buat rumah sampai RM24juta. Habis diangkut bibik2 dan tukang gunting rambutnya ke Disneyland guna duit rakyat masa jadi MB. Kalau tak jatuhkan dia...habis perbendaharaan Selangor.

Sehari semalam aku boleh tulis kat sini pasal kedurjanaan PAS dan PKR. Tapi lu orang fikirlah sendiri ya...

53 tahun di bawah PAS dan PKR (walaupun baru ditubuhkan 12 tahun yang lalu), memang jahanam orang melayu. Patut sangatlah kita semua pakat2 mengundi UMNO pada pilihanraya akan datang. Itupun orang melayu tak sedar2.

che det komen lagi

ahmad maslan buat pa ni?

Monday, November 29, 2010

pkr hutan melintang



"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal... agar kita sentiasa berfikir agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun. " ('bolt hitam' adalah huraian Kesavan pada maksud ' manusia berakal' bagi ayat 190)

Monday, November 22, 2010

naib presiden pkr 2010




timbalan presiden pkr2010

Sunday, November 21, 2010

Monday, November 15, 2010

Thursday, November 4, 2010

betultu knapa kerajaan pinggirkan?islamkan mereka smua

semuanya islam tapi?

kurafat tak?

apa boleh buat negara ni umno punya

jika main bola
padang dia punya
gol dia punya
bola dia punya
refree dia punya
penjaga garis dia punya
pintu gol kita 25 kaki
pintu gol dia hanya 3 inchi luas

bila kita nak tendng masuk gol dia
wisel berbunyi
kita dituduh curi ayam

setiap kali penjaga gol kita tangkap bola
wisel berbunyi – bola diusik tangan
mereka dapat penalty