Wednesday, December 29, 2010

perasuah jd pengurusi felda-hancur

air utk semua jd bahan perniagaan-amat menguntungkan

Ada beberapa perkara menarik sekitar budaya yang mahu saya tulis untuk wacana kali ini sebenarnya. Tapi, ada pula satu hal yang sejak beberapa hari lalu asyik menjenguk ke dalam fikiran, dan seperti meminta supaya dibicarakan, atau setidak-tidaknya diperhatikan.

Perkara tersebut ialah mengenai gaji seorang tokoh perniagaan, yang banyak diperkatakan akhir-akhir ini, apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mahu mengembalikan kemakmuran ekonomi Selangor kepada rakyatnya, atau apa yang disebut-sebut sebagai "merakyatkan ekonomi".

Ini satu daripada beberapa perkara baik yang segera dilakukan oleh Khalid Ibrahim apabila mengambilalih teraju pentadbiran Selangor pada Mac 2008. Dia sendiri seorang tokoh korporat, seorang tokoh perniagaan, sebelum masuk ke bidang politik. Maka sesuai dengan kepakaran dan pengalamannya itu, dia memberi perhatian lebih kepada hal-hal ekonomi.

Salah satu perkara yang diperhatikannya ialah air (di samping soal pasir dan sebagainya). Air di Selangor, seperti yang kita semua tahu, diswastakan pengurusannya kepada sebuah syarikat, dan syarikat itu (seperti yang kita semua pun tahu) dikenali sebagai Syabas. Kerja ini, yakni menswastakan pengurusan air ini, dilakukan di zaman negeri Selangor diperintah oleh Umno-BN.

Khalid Ibrahim memang tahu dan arif sangat dengan perkara penswastaan ini. Dia tahu kenapa pemimpin Umno-BN melakukannya, (kerana dia sendiri pun pernah berada di situ juga dulunya). Keputusan untuk memberi air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan kepada rakyat Selangor itu bukanlah dibuatnya secara sembrono, tanpa mengkaji untung ruginya terlebih dahulu. Dia mempunyai cukup maklumatnya.

Maka dia mahu hentikan amalan gila merompak hak dan kekayaan rakyat yang sekian lama diamalkan oleh para pemimpin Umno-BN itu, yang salah satunya adalah melalui penswastaan air. Ada banyak lagi yang lain-lainnya, yang akan ditanganinya satu persatu. (Mungkin selepas ini Alam Flora).

Ini adalah antara episod pendedahan kerja-kerja jahat-zalim pemimpin Umno yang cukup menarik untuk diperhatikan, dan didedahkan kepada rakyat, supaya rakyat faham dan sedar siapa sebenarnya pemimpin Umno yang sekarang sedang menjerit-jerit "ketuanan Melayu" itu.

Dan paling menarik dalam episod ini, setakat ini, (sekurang-kurangnya bagi orang atau rakyat biasa seperti saya), ialah apabila didedahkan jumlah gaji dan elaun yang diterima oleh tauke dan ketua eksekutif (CEO) syarikat yang menguruskan air bersih di Selangor itu, sebanyak RM425 ribu sebulan, atau RM5.1 juta setahun (seperti dilaporkan).

RM425 ribu sebulan! Bukan RM4,250 dan bukan RM42,500 pun. Tapi RM425 ribu atau hampir setengah juta ringgit sebulan. Sesuatu yang kita tak pernah terfikirkan pun. (Pernahkah? Oh ho, oh ho!) Dan syarikat itu apa perniagaannya? Air!

Air apa? Air biasa! Air yang kita buat minum, mandi, basuh pakaian dan sebagainya itu. Mereka buat perniagaan daripada air itu, yang sumber asalnya boleh didapat percuma di merata-rata bumi di negara kita ini, mereka buat berniaga dan mereka boleh untung sampai begitu besar sekali, sampai taukenya boleh terima gaji sebanyak hampir setengah juta ringgit sebulan.

Ada dua perkara menarik di sini. Pertama, benda yang diperniagakan, dan kedua, jumlah gaji yang terlalu besar.

Benda yang diperniagakan, seperti telah disebut tadi, ialah air. Benda biasa. Benda yang asalnya adalah hak semua orang. (Dan sepatutnya ia terus menjadi hak semua orang, yakni hak Kerajaan, yang memegang amanah untuk rakyat, 'kan!) Alih-alih, di tangan Umno-BN ia ditukarkan menjadi barang perniagaan yang boleh membawa keuntungan yang tersangat besar.

Kalau tidak tersangat besar, macamana taukenya boleh ambil gaji sampai dekat setengah juta ringgit sebulan?

Tahu banyak mana RM425,000 sebulan tu? Kalau anda nak beli rumah teres dua tingkat di sekitar Kuala Lumpur, anda tak perlu tunggu lama. Sebulan gaji saja cukup untuk bayar cash. RM425,000 bahagi 30, jadi RM14,167 sehari.

Kerja apa boleh dapat untung bersih untuk seorang RM14 ribu setiap hari?
Hah ha ... kerja menguruskan air untuk rakyat jelata sebuah negeri yang sebesar negeri Selangor. Siapa yang bayar dia? Siapa yang upah dia? Siapa yang pilih dia untuk buat kerja yang semudah itu?

Tanyalah apa nak tanya pun, dan katalah apa nak kata pun. Memang tak masuk akal. Tak ada penjelasan. Melainkan bahawasanya itu adalah satu penipuan dan perompakan hak rakyat secara terang-terang, yang dilakukan sendiri oleh sebuah kerajaan yang bernama Umno-BN.

Dan satu perkara yang cukup menariknya di sini, bagi saya, ialah bagaimana seorang manusia Islam boleh dengan bersahajanya dan selambanya mengambil duit sebanyak itu setiap bulan dan menganggap itu sebagai hak dia. Dan apabila ada seorang Menteri Besar baru hendak membuat perundingan semula dengan dia supaya perkara itu menjadi lebih wajar, waras, masuk akal dan bersifat agak kemanusiaan, dia membantahnya dengan sekeras-kerasnya dan mempercayai bahawa hukum atau undang-undang akan menyebelahinya.

Menarik! Cukup menarik! Melihatnya dari sudut kajian kemanusiaan, atau kajian manusia. Bagaimana seorang manusia boleh atau mampu mengambil wang sebegitu banyak daripada rakyat jelata yang sebahagian besarnya masih bermasalah untuk membayar bil air walaupun sekadar RM50 sebulan.

Masyarakat apakah masyarakat kita sekarang, yang boleh mewajarkan hal-hal seperti ini berlaku di kalangan kita? Seorang Menteri Besar (yang dipilih oleh rakyat) terpaksa berhadapan dengan seorang manusia yang diberikan hak-hak tertentu dan dikawal oleh undang-undang negara, apabila dia hendak mengembalikan semula air yang asalnya adalah hak rakyatnya, kepada rakyatnya.

boleh nampak menteri tu?



“Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali. Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah. Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07,”

“Tolong kami Pak. Bersihkan kehormatan wanita Indonesia yang mencari rezeki buat anak-anak yang sekolah. Apakah memperkosa pembantu rumah pekerja asing yang tak bisa baca dan tak bisa tulis, adalah satu budaya orang kenamaan di Malaysia,”

“Kakak saya akan ceritakan segala-galanya. Saya sertakan foto majikannya bersama kakak saya yang berdiri disebelahnya bersama pembantu rumah yang lain dan Datin isterinya,”

“Tolong bapak rahsiakan alamat kakak saya kerana Pak Menteri itu punya banyak wang dan kenalan di Indonesia. Khuatir nanti keluarga kakak saya akan diapa-apakan seperti kasus Altantuya di Malaysia,”

Anda mungkin juga meminati:

andainya ini anwar ibrahim


Andaikata yang Merogol Amah itu Anwar Ibrahim..

Sekadar Hiasan...

Andaikata yang didakwa merogol amah itu bukanlah seorang Menteri dari Barisan Nasional tetapi ianya adalah Anwar Ibrahim, pasti kita akan menyaksikan Anwar Ibrahim akan diheret kemuka pengadilan dengan sepantas kilat, tak kiralah walau dimana beliau berada samada didalam Malaysia atau di Turki.

Necsaya akan merengkoklah Anwar dalam penjara dalam kadar segera.. mungkinkah akan lebam kedua-dua belah matanya pula..

Maka akan riuh-rendahlah media-media tunggangan UMNO memainkan isu ini selama 7 hari 7 malam jika mengizinkan akan dimainkan isu ini sehingga PRU13 nanti.. Gegak gempitalah seluruh blog yang menyokong UMNO/BN memainkan isu ini.

Akan diketawakan mereka penyokong PKR yang bermati-matian menyokong Anwar.. ditertawakan akan kebodohan mereka kerana terlalu taksub dengan Anwar Ibrahim.

Najib nescaya akan berkata “Lihatlah bagaimana bijaknya Anwar menipu rakyat jelata, berpura-pura seperti insan yang baik, padahal diri terpalit penuh noda. Hentikanlah menyokong PKR sokonglah UMNO yang dibarisi pemimpin yang bersih.”

Nazri mungkin berkata “ Terbukti Anwar memang hipokrit”

Andaikata Anwar yang dituduh merogol itu, Saiful pasti akan turut gembira, gembira kerana kononnya bukan dia saja yang menjadi mangsa malah ada lagi manusia yang turut menjadi mangsa kerakusan nafsu Anwar yang menggila tanpa mengenal jantina.

Tapi itu andaikata Anwar yang dituduh merogol amah bukannya Menteri dari Barisan Nasional punya kerja..

Kita telah melihat Media tunggangan UMNO menggunakan sebaik mungkin peluang yang ada berikutan pendedahan WikiLeaks tentang kisah tuduhan liwat keatas Anwar mereka memainkan isu itu seolah-olah apa yang didedahkan oleh WikiLeaks itu memang benar biarpun pihak Singapura mengatakan apa yang didedahkan oleh Wikileaks itu tidak selari dengan maklumat yang ada pada mereka.

Apabila ada pendedahan oleh WikiLeaks yang menyentuh mengenai isu Najib dan Altantuya seluruh Media tunggangan UMNO menutup pendedahan itu dengan sebaik mungkin..

Dan bila ada lagi pendedahan oleh WikiLeaks yang dibongkar keluar oleh Rocky Bru melibatkan kisah rogol seorang Menteri.. disiarkan di berbagai-bagai blog tak kira menyokong BN atau PR hingga kini tiada sebarang penafian dari pihak yang berkenaan.

Adakah ini kerana Menteri itu merupakan Veteran UMNO yang masih bernilai disisi Najib maka Menteri itu sewajarnya diberikan imuniti?

inilah pejuang bangsa yg sebenar?


Pegawai Khas Perdana Menteri Najib Tun Razak, Nasir Safar diminta meletakkan jawatan kerana menggelar pendatang awal India ke Malaya sebagai pengemis dan pendatang Cina sebagai pelacur. Tetapi tu bukan ‘cerita panasnya’. ‘Cerita panas’ pada hari ini adalah Nasir Safar adalah orang yang dinyatakan dalam perkara 30, Akuan Bersumpah Bala:

"Azilah bertanya kepada saya adakah wanita itu Aminah dan saya menjawab, 'Ya'. Dia kemudiannya beredar dan membuat beberapa panggilan dengan menggunakan telefon bimbitnya. Sepuluh minit kemudian, sebuah Proton Saga biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu melalui kawasan itu dengan perlahan-lahan. Tingkap bahagian pemandu terbuka dan pemandu itu memandang ke arah kami.”

Saturday, December 25, 2010

cimb dh dapat,yg ini pula dapat mna bank

siapa APCO,kaitan yahudi n one malaysia


* APCO Worldwide baru sahaja mengeluarkan satu afidavit APCO tak terlibat dengan program One Israel
* Afidavit daripada perunding politik yang terlibat dengan “One Israel” yang menyatakan bahawa dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap APCO adalah palsu
* Juga tidak benar ialah APCO terlibat dengan kewujudan One Malaysia (1Malaysia)
* APCO hanya mendapat tahu mengenai inisiatif 1Malaysia pada awal 2009, beberapa bulan selepas ianya diumumkan dalam satu ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
* APCO hanya menyediakan khidmat kepada kerajaan Israel dua kali iaitu kali pertama untuk menguruskan persidangan perdagangan dua hari di Washington, DC pada 1987 dan sekali lagi pada 1992 apabila ia mengendalikan kerja-kerja perhubungan awam untuk memperkukuhkan perdagangan antara Amerika Syarikat dan Israel.
* Majlis Penasihat Antarabangsa APCO (IAC) dibentuk untuk mendapatkan nasihat daripada bekas pegawai-pegawai kanan kerajaan, pemimpin perniagaan dan pertubuhan bukan kerajaan dari seluruh dunia dan mereka tiada pengaruh ke atas syarikat itu.
* Tiga bekas pegawai kanan Israel dalam IAC, daripada 50 orang keseluruhannya, tidak melakukan sebarang kerja bagi Malaysia dan tiada sebarang kaitan dengan kontrak APCO Malaysia.




1. APCO beribu pejabat di Amerika. Alamat penuhnya ialah 700, 12th Street, N.W, Suite 800, Washington DC 20005. Washington seperti yang diketahui ramai merupakan pusat jewish lobbyist.
2. Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Eksekutf APCO kebanyakannya adalah mereka berketurunan Yahudi
3. Manakala penasihat utama APCO ialah pakar-pakar yang pernah berkhidmat dengan rejim Zionis termasuk bekas Ketua Agensi Keselamatan Israel, Doron Bergerbest-Eilon; bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Shein dan bekas duta Israel ke Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.
4. Pengarah Urusan APCO di Malaysia ialah Paul Stadlen, yang juga seorang berketurunan Yahudi, yang sebelum ini bertugas di pejabat APCO di London
5. APCO juga memberi perkhidmatan melindungi beberapa diktator dan penjenayah dunia termasuk diktator Nigeria, Sani Abacha dan presiden seumur hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev serta jutawan Rusia Mikhail Khodorkovsky, yang dikaitkan dengan kegiatan mafia.
6. Ketua Menteri Gujarat, India Narendra Modi yang menjadi penyebab kepada pembunuhan hampir 1,000 orang Islam di Gujarat pada Februari 2002 juga adalah pelanggan APCO.
7. Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel – Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman), dan Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat) – serta Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.
8. Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin. Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.
9. Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata – mengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.
10. Penglibatan Shin Bet dengan APCO tidak terhad kepada satu individu. ASERO merupakan sebuah syarikat adik-beradik kepada APCO yang berkait rapat secara terbuka dengan APCO dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara. Selain Doron Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama ASERO adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet – David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.
11. Selain itu, Naib Presiden ASERO Carl Truscott, dan penasihat ASERO, Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat.
12. APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth – anak kepada Margery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO dan ASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.
13. Dengan pengupahan APCO, pengaruh Zionis, penyeksa serta mereka yang handal menyalahgunakan kuasa kerajaan kini telah dibenarkan menentukan hala tuju negara, serta kini mempunyai akses kepada semua peringkat kerajaan – termasuk maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara. Ketua Kewangan ASERO, Denise Teeling, yang bekerja untuk bekas pegawai Shin Bet, terlibat secara terus dengan operasi APCO di Malaysia?
14. Selain daripada Israel dan Amerika Syarikat, kepada pengaruh siapakah Malaysia kini dibukakan? Di antara pemimpin ASERO satu-satu individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng – seorang bekas polis Singapura.
15. APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.
16. Jonathan Winer merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana dia menuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas, dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.
17. Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma’alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur’an) seorang “musuh” dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.
18. Klien-klien dan bekas klien APCO termasuk beberapa ‘tokoh’ yang cukup terkenal. Di antaranya adalah Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir RM 10 billion duit rakyatnya semasa presiden Nigeria. Jeneral Abacha turut dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah, termasuk penahanan dan pembunuhan aktivis-aktivis.
19. Nursultan Nazarbayev, diktator Kazakhstan yang didakwa bersama keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa pembunuhan, turut merupkan seorang klien APCO. Di antara strategi APCO adalah untuk “membeli” beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat.
20. Narenda Modi pula, Ketua Menteri Gujarat di India yang dikatakan membiarkan rusuhan kaum berlaku antara rakyat Hindu dan Muslim, mengakibatkan hampir 2,000 kematian – kebanyakannya Muslim – juga pernah mengupah APCO untuk mengharumkan balik imejnya.

Thursday, December 23, 2010

Wednesday, December 22, 2010

Negara tergadai jika Anwar jadi PM - Khairy

Gaji Bulanan Perdana Menteri Malaysia
RM22,826.65

Gaji Bulanan Perdana Menteri Malaysia
RM22,826.65

Gaji Bulanan Timbalan Perdana Menteri
RM18,168.15

Gaji bulanan setiausaha politik
RM5,709.99

Jumlah yang telah dibayarkan kepada Anggota kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.

Sumber
- Bernama

Bagaimana pula dengan elaun yang diberikan kepada mereka?

Tuesday, December 21, 2010

Monday, December 20, 2010

harta berdarah m taib

bagaimana pakatan rakyat perak tumbang?

Kali ini saya akan menulis kembali bagaimana sejarah kerajaan malaysia dan Jabatan Polis yang menjadi barua kepada Kerajaan yang Zalim mereka cipta bukti dan tuduhan, terbaru bagaimana Teresa kok menjadi mangsa kepada hasil laporan Utusan dari hasil fitnah Khir Toyo ukan hasil penyiasatan, dan sebelum itu Exco Kerajaan Negeri Perak , manakala pada bulan jun yang lalu dengan mereka cipta sekali lagi satu Konspirasi Liwat. mereka tidak pernah serik.

Polis di Bukit aman bertindak amat jahat dan kejam. mereka sangggup memberi alasan Bodoh untuk dan dangkal bagi memuaskan serakah pemimpin yang mahu mempertahankan kuasa. dan jangan lupa awal tahun ini semasa pilihanraya Polis , SPR dan jabatan peguam Negara mereka cipta berita palsu bersama utusan yang mana tangkapan telah dibuat terhadap kumpulan yang cuba membuat huru hara semasa hari pengundian dengan membawa maksuk " dakwat hitam kekal", dan akhirnya berita ini disahkan tidak wujud, tiada tangkapan? bagaimana Ketua Polis, spr dan Jab Peguam negara boleh membuat sidang media? padehal laporan polis pun tidak wujud! inilah bukti mereka bersedia pada bila bila masa mereka cipta tuduhan palsu!!

pertamanya saya akan dedahkan bagaimana BPR telah mereka cipta tuduhan yang sengaja dirancang untuk menjatuhkan kerajaan pakatan. dan bahagian dua kita akan dedahkkan siapa imran abdullah yang memerangkap Exco Perak. dia agen BPR putrajaya yang menjadi barua kepada perancangan jahat tingkat 4 dan hamzah Zainuddin? dan apa kaitan agen ini memerangkap Hakim Mahkamah syariah Ipoh itu saya akan dedahkan dibahagian2 pendedahan saya. betul dia orang yang sama memerangkap Hakim Mahkamah Syariah. nantikan pendedahan ke 2 saya.

Artikel Saya Pertengahan Bulan Ogos

dibawah artikel pendedahan KONSPIraSI BPR!!

Berita terbaru suara Keadilan mengesahkan artikel saya pagi semalam bahawa penangkapan 2 Exco Keadilan adalah rancangan jahat bukan sahaja dari BPR Perak malah diatur dari ibu Pejabat Putrajaya bersama pemimpin Umno, sehinggakan Ketua Pengarah BPR yang muka Panjang dan akalnya pendek naik angin dalam sidang media hari ini,bila BPR dikaitkan dalam Konspirasi. cepat betul BPR rasa pedasnya. dan pendedahan saya semalam bukanlah yang pertama, tetapi pernah dalam satu artikel lain tahun lepas saya menulis artikel bertajuk "Mungkinkah Juga Pengarah BPR PERAK pun Barua UMNO?".

artikel ini disiarkan di Tranungkite pada 4.11.2007. Ok !! hari ini kita akan dedahkan satu persatu siapa disebalik permainan ini dan kita kenali personaliti mereka. Apakah benar personaliti Umno ada kaitan memerangkap Ketua Hakim Mahkamah Syariah pada tahun lepas? modus Operandinya sama. dan sehingga kini kes tersebut masih senyap seribu bahasa.


Begitulah juga kisahnya kes melibat bekas ketua Polis Bahagian Siasatan jenayah Komersil Datuk Ramli Yusuf yang diperangkap BPR sehingga sekarang ia hanya dijadikan alat untuk memerangkap orang. tidak ada pendakwan susulan. Bekas ketua BPR Dato' Zulkifli pernah dilaporkan rasuah oleh Pengarah BPR sabah Ramli Manan.dan sehingga kini tiada tindakan.seperti juga laporan rasuah terhadap bekas ketua Hakim Negara sehingga kini senyap sunyi kes mereka dari perhatian BPR walaupun suruhanjaya sudah memutuskan mereka bersalah. dan Pengarah BPR sekarang ( muka panjang akal pendek)yang menggantikan Dato Zulkifli adalah orang kepercayaan untuk kerja kerja jahat dari Putrajaya.dan kini masih menjalankan kerja jahat di Putrajaya.

ada yang mengatakan mungkinkah BPR sejahat Polis. jawapan saya mudah, ia lebih jahat dan hina kerana pernah dalam suatu ketika pegawai BPR menahan anak dan isteri seorang anggota Polis sebagai ugutan dalam kes Dato ramli Yusuf, tindakan mereka betul betul mengaibkan. mereka juga pernah menahan seorang peguam yang mewakili Dato Ramli Yusuf pada hari esoknya adalah hari orang menyambut hari raya. dan lebih hina lagi bagaimana BPR Perak berkomplot dengan pemimpin UMNO dan tauke kelab malam memerangkap Hakim Tinggi Mahkamah Syariah Ipoh. menjalan kerja jahat dari Putrajaya. mereka beroperasi dari Putrajaya ala operasi Unit Cawangan Khas Bukit Aman. mereka akan menjalankan agenda pemimpin Umno walaupun mereka tiada langsung bukti dan mereka hanya mereka reka bukti seperti mana yang dilakukan tuduhan liwat keatas Dato Seri Anwar. kini Konsiprasi mereka sudah bermula di Negeri Perak, tetapi siapa pula barua mereka di Perak?

SIAPA SHAMSIAH ABU BAKAR, PENGARAH BPR PERAK ?

Pengarah BPR Perak adalah wanita pertama menjawat jawatan Pengarah BPR Negeri, Namanya Shamsiah Bt Abu Bakar.dia dilantik sebagai Pengarah BPR Perak pada 2 Febuari 2007.Ibunya bernama Rahmah Mat Akit merupakan bekas ketua Wanita Umno Ulu kenas(Kuala Kangsar) yang memang sentiasa mengundi Rafidah setiap kali Pilihanraya. malah secara berterus terang dalam temu bualnya dengan Mingguan Malaysia pada 11 Febuari 2007, Shamsiah mengatakan Rafidah Aziz adalah Idolanya.mungkin pegawai BPR boleh mencari surat khabar pada tarikh berikut untuk mengetahui siapa sebenarnya Bos mereka. antara petikannya dalam temubual dengan wartawan Mingguan Malaysia dia mengatakan seperti berikut " Saya bila tengok Rafidah berkempen dan bercakap saya selalu kata aku nak jadi macam dia. Saya tengok beliau berani kerana menyuarakan perkara benar dan tidak nampak kredibilitinya boleh dipersoalkan. Beliau adalah contoh terbaik bagi wanita.- MINGGUAN MALAYSIA 11FEB 2007". Apakah boleh seorang Pengarah BPR menjadikan Rafidah sebagai Idola dan secara terang terangan mahu menjadi seperti rafidah? apakah sebagai pegawai tertinggi BPR dia tidak tahu bahawa sudah ada kes melibatkan Rafidah dalam hal Rasuah.dan saya boleh dedahkan bila bila masa 8 salinan dokumen BPR bertarikh 14 Mac 1995 yang dikategorikan sebagai sulit untuk tatapan Shamsiah Abu Bakar si Barua.... .apakah mahu Shamsiah melakukan tangkapan keatas Idolanya? kertas tuduhan itu ia berkaitan dengan peruntukan saham khas Bumiputera dua syarikat tersenarai Leader Universal Holdings Bhd (1,500,000 unit saham) dan First Allied Corporation Bhd (8,000,000 unit saham) kepada menantu Rafidah, Fazrin Azwar Md Nor

Dalam kes penahanan EXCO Perak ini keterlibatan Shamsiah nampak jelas apabila mengeluarkan kenyataan Palsu dan Fitnah berkenaan tangkapan dan satu kenyataan yang berbau Fitnah. Ini berdasarkan kepada kenyataan beliau yang mengatakan salah seorang Exco tersebut, Kapt (R) Mohd Osman Mohd Jailu di tangkap di sebuah hotel di bandar raya Ipoh bersama empat orang lain. sedangkan Menurut Setiausaha Perhubungan KeADILan Perak, Madzi Hasan yang juga seorang peguam Mohd Osman sebenarnya di tahan di Kluang Station Cafe, Bandar Ipoh Raya berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan dan bukannya di sebuah hotel. Madzi berkata lagi "Kenyataan Samsiah bercanggah dengan fakta dan beliau cuba mengelirukan rakyat dengan mengaitkan penahanan dibuat di sebuah hotel bagi menguatkan teori rasuah seks yang telah beliau bersama Umno rancang" malah ketika tahanan itu dilakukan pada jam 6 petang Cafe yang terletak berhadapan Bagunan Kerajaan Negeri dipenuhi dengan Pelanggan. Mustahil perkara tersebut(Rasuah) dilakukan. malah pertuduhan yang dibuat hari ini tidak lagi berkisar soal RM 100,000 tetapi hanya RM 5000. Konspirasi ini jelas seakan akan pertuduhan palsu yang dilakukan terhadap Anwar, iaitu satu pertuduhan yang penuh penipuan dan cacat cela.dan mereka masih menggunakan motif seks. malah diberitakan seorang Pegawai Juruteknik PKNP terlibat dalam komplot ini? dan seorang pelakon BPR dari Putrajaya. dia dikatakan punca teori palsu projek Bandar Sri Iskandar yang bernilai 180juta direka cipta, malah yang lebih malang lagi andai betulpun projek ini wujud,projek yang dikatakan dikategorikan sebagai projek Mega, dan tidak mungkin diluluskan oleh seorang Exco dan Exco tersebutpun hanya memegang Portfolio Pertanian dan pelancongan.

Namun Shamsiah jangan buat buat lupa, kerana ada satu lagi kes menggunakan modus Operadis yang sama dibawah pentadbiran Pengarah ini. iaitu penangkapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak atas dakwaan Rasuah! penangkapannya mirip kepada penangkapan 2 Exco Perak. siapa Hakim tersebut?

SIAPA HAKIM MAHKAMAH SYARIAH MENJADI MANGSA BPR?

Hakim tersebut adalah Hassan Basri Syafie, Hakim tersebut adalah Hakim yang telah memutuskan dalam penghakimannya supaya Hamzah Zainuddin Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat membayar bekas isteri pertamanya Nooraini sebanyak RM 11.2juta hasil perkongsian hidupnya setelah bercerai. Hakim tersebut telah lama menjalankan tugas dengan baik. malah dikalangan pegawai Jabatan Agama sudah lama mengenali personaliti Hakim tersebut sebagai tegas dan Bersih. selain Hakim Tinggi tersebut seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam juga diperangkap dengan cara yang sama, semuanya ada kaitan dendam pemimpin Umno dan mereka menjadi proksi tauke tauke kelab malam disekitar Ipoh. untuk lebih lanjut cerita soal serbuan termasuk melibatkan 2 adun Perak anda boleh membaca artikel yang ditulis pada 4.11.2007. kini hakim tersebut dikuarantin di bagunan SUK. Shamsiah dikatakan terlibat dalam Konspirasi melibatkan Hakim ini bersama pemimpin Umno, Kesilapan Shamsiah kerana mengulang Konspirasi yang sama seperti Konpirasi liwat2 , bila dia diulang maka nampaklah banyak cacat celanya. mungkin bila saya tulis keterlibatan Pengarah BPR Perak pada November 2007 ramai yang tidak percaya tetapi bila kes berulang ia menampakkan siapa dalangnya. Hamzah Zainudin memang menyimpan dendam kepada Hakim ini kerana memerintahkannya untuk membayar bekas isterinya sebanyak 11.2juta, jadi cuba anda nilai berapa pula hartanya sekarang.

Hamzah Zainudin dikatakan berdendam kepada Hakim tersebut.

Setelah Hakim tersebut ditangkap, beberapa minggu selepas itu, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah menolak penghakiman Hassan Basri diatas tuntutan 11.2juta. jadi siapa yang untung atas penangkapan Hakim Mahkamah Syariah Ipoh? tidakkah Hamzah Zainuddin? sudah tentu penghakiman Hassan Basri ditolak kerana pada ketika itu kredebiliti Hakim tersebut telah berjaya dipertikaikan diatas komplotnya bersama BPR. mudah betul, Komplotnya seakan sama dirasuah oleh seorang yang tidak dikenali. mudah betul penyiasatan BPR Perak duit sebanyak RM 4ribu dikatakan dimasukkan ke dalam akaun Hakim tersebut atas sebab itu Hakim Mahkamah Syariah itu ditangkap dan dihina. mungkin anda boleh bezakan bagaimana pula layanan BPR(Baruan Pengamal rasuah) kepada Peguam mabuk VK Lingam, Eric Chia dan Bekas ketua Hakim Tun Ahmad Fairus, sehingga kini mereka tidak disentuh sedikitpun oleh BPR, sedangkan jelas bukti Video menunjukkan wujud salahguna kuasa dan aktiviiti Rasuah dikalangan mereka.

Hakim Makkamah Syariah Perak dihina, digari dan diseret ke Mahkamah Sivil hanya kerana wujud satu transaksi duit RM4ribu ke Akaunnya. apa susahnya untuk memasukkan duit kepada akaun seseorang.bayangkan seorang Hakim Mahkamah Syariah diperlakukan negitu oleh Komplot Umno dan BPR. mungkin tahun lepas anda masih ingat bagaimana isu Murtad & serangan keatas pekerja seks anak Melayu di kelab kelab malam giat dilakukan Jabatan Agama Islam Perak. atas sebab itu pemimpin Umno berkomplot untuk kenakan Hakim dan penguatkuasa Jabatan agama tersebut . yang sedihmya komplot itu dilakukan bersama tauke kelab malam. BPR sekali lagi menjadi alat untuk Konspirasi mereka, malah kerja mereka lebih mudah dengan perlantikan Shamsiah Abu Bakar pada 2fevuari 2007 sebagai Pengarah BPR( Barua Pengamal Rasuah) Perak.kali ini komplot dia adalah mengenakan Exco Perak bagi merampas Negeri Perak dengan cara yang kotor dan terdesak setelah kompromi mereka dengan Pas dan rundingan dengan dengan Adun lain gagal. dalam artikel saya pada 4.11.2007 ada menceritaka 2 adun yang ditangkap khalwat tetapi ditutup kesnya, antaranya termasuklah setiausaha MB Tajol Rosli sendiri yang bergelar Al-hafiz (palsu) kononnya.

SIAPA HAMZAH ZAINUDDIN ?

Hamzah pada tahun 1980 hanya kontraktor biasa. Hamzah pernah menjadi Ketua Umno Ipoh Barat dan kini Ahli Parlimen Larut dan menjawat jawatan dalam kabinet Paklah sebagai timbalan Menteri Perumahan.Dia juga bekas pengerusi Felcra Berhad iaitu satu agensi kerajaan dimana Hamzah banyak menggadaikan tanah tanah Flecra dan menekan peneroka. dia banyak menggunakan Felcra sebagai badan untuk mengayakan dirinya. malah dia terlibat dengan Annuar Musa dalam kes kehilangan 40juta wang rakyat miskin di Kelantan.

Pada 12.3.2004 Lim Kit Siang dalam sidang medianya pernah mengeluarkan satu kenyataan agar BPR membuat siasatan terhadap Hamzah kerana harta luar biasa yang dimilikinya,tetapi seperti biasa BPR tak mampu lakukan apa apa. dan kini BPR adalah rakan seperjuangan Hamzah dan Rafidah Aziz. Hamzah merupakan salah seorang saksi sewaktu perbicaraan Anwar yang dilibatkan dengan dakwaan cuba menggoda isteri barunya (isteri no. 2).Dalam perbicaraan tersebut, Hamzah telah mendedahkan rakaman perbualan antara isteri barunya dengan Anwar sebagai bukti. rumah Isteri keduanya itu dikatakan terletak di Meru Hight pada ketika itu.

Sebenarnya ,’suara’ Anwar dalam rakaman tersebut adalah suara ‘Yusof Chong’ pelawak terkenal yang pandai meniru suara orang-orang terkenal seperti Samy Vellu, Lim Keng Yaik, Mohammad Rahmat, Ling Leong Sik, dan ramai lagi. Beliau suatu ketika dulu mempunyai siaran rancangan diTV dimana beliau telah mempamerkan kepakarannya meniru suara orang terkenal dalam negara terutamanya para pemimpin politik.kebetulan semalam Malaysiakini menyiarkan artikel yang sama berkenaan skandal isteri keduanya. apakah ada kaitan Hamzah dengan penangkapan 2 Exco ketika pilihanraya kecil permatang pauh yang berjalan ketika ini. malah dia dan tajol rosli, bersama Ezam berusaha untuk mengembalikan Perak kepada Umno sebelum 31Ogos2008.kini Hamzah juga sedaya upaya mahu menghalang Anwar untuk menang di Permatang Pauh, segala pengalaman Jahat dan Fitnah diera Dr Mahathir dulu cuba diulang kembali agar Anwar gagal di Permatang Pauh. kebetulan artikel terkini mendedahkan kerja jahat Hamzah Zainuddin. lihat : http://malaysiakini.com/news/88240

Hamzah telah meninggalkan isteri pertamanya, Nooraini, seorang yang bersopan santun seperti mana wanita kampong yang biasa untuk berkahwin dengan isteri barunya yang kelihatan lebih bergaya, seseorang yang kononnya telah dapat menggoda Anwar. Antara kejayaan Hamzah ialah menjadi saudagar pengedar dadah yang diharamkan oleh Jabatan Vetirinar untuk ternakan babi dan ayam.Dan inilah cara bagaimana dia beroperasi.Hamzah menubuhkan sebuah syarikat diberi nama Medik & Kimia 2000 Sdn Bhd. Syarikat ini bertindak sebagai pengimpot tunggal secara resmi bagi Rhone Poulenc, sebuah syarikat yang ada kepentingan dengan kerajaan Perancis.Pengurus Besar Rhone Poulenc, James AW, mempunyai kepentingan dalam Medik dan Kimia 2000 dan bertindak sebagai ‘rakan tidur’

Medik & Kimia 2000 kemudiannya mengimport dadah untuk ladang terrnakan babi dan ayam dari perancis.

Tetapi mengapa Rhone Poulenc perlu melantik Medik and Kimia 2000 sebagai pengimpot tunggalnya? Kenapa Rhone Poulenc tidak mampu mengimpot sendiri bahan-bahan tersebut?Kerana dadah tersebut tidak diluluskan oleh Jabatan Veterinar. jadi Hamzah ada lesen Besar untuk lepas dari pemeriksaan kerana dia adalah ahli Umno. ahli Umno ada lesen untuk buat apa sahaja tanpa halangan termasuk meletupkan seorang model dengan bom C4.mereka tak perlu disiasat, tak perlu ditahan , cukuplah dengan bersumpah ala Saiful. maka terlepaslah mereka atas segala rasuah komisen 500juta dan membunuh orang.

TAJOL ROSLI, PROKSI KHAIRY (KETUA PEMUDA UMNO PERAK), HAMZAH & BPR BERKOMPLOT.

Tajol Rosli antara orang yang merestui segala Konspirasi dari pemimpin UMNO termasuk ketua pemudanya yang baik dengan Khairy. jadi soal arahan dari Putrajaya boleh dibereskan dengan mudah. kerana Khairy memegang kuasa disebalik PM Andullah Badawi. Tajol Rosli bukan jenis orang yang pandai buat kerja kerja macam tu, kerana jahat Tajol Rosli hanya mengayakan sanak keluarganya di Pengakalan Hulu, hinggakan tanah yang sudah dianugerahkan Sultan untuk sekolah agama, diserahkan kepada tauke Balak yang juga kroni tajol, begitu juga halnya dengan runtuhnya bagunan RM 4 juta ditasik Banding, entah kenapa Pengarah BPR senyap sunyi sehingga tiada seorangpun dipertanggung jawabkan. Shamsiah.. Shamsiah.., semua cerita Rasuah Tajol kita akan dedahkan dalam artikel yang lain.Shamsiah juga sering kelihatan bertemu dengan pemimpin Umno di sekitar Ipoh. itu semua kita tunggu untuk didedahkan. yang penting kini jelaslah BPR menjadi (Badan Barua UMNO= Barua Pengamal Rasuah). mereka akan lakukan apa sahaja demi jawatan dan pangkat. termasuklah ketua pengarahnya yang mukanya Panjang tetapi akal pendek.mereka mengeluarkan kenyatan seperti mereka ketua cawangan Umno. mereka mencipta bukti, mereka cipta Fitnah untuk memenuhi hasrat tauke mereka di Putrajaya, kalau BPR Perak boleh jadi barua Tauke kelab malam, inikan Tauke mereka di Putrajaya.

Saya Berharap agar semua jentera PKR ,PAS & DAP menyebar luaskan artikel ini kepada semua rakyat yang termakan dengan Media Umno, dan kalau boleh Fakskan ke pejabat BPR Perak tentang pendedahan ini, malah Fakskan bersama Dokumen Rasuah Rafidah Aziz dan terus membuat satu laporan kepada BPR agar Shamsiah dapat bertindak segera keatas Idolanya. Shamsiah juga mungkin harus bersedia menerima pembalasan seperti Musa Hassan dan Dr Qistina. cuma waktu yang dapat menentukan. Musa Hassan telah mendapat depositnya dari Tuhan. cuma dia menunggu saat penentuan. Ayuh semua jentera kita gerakkan kembali gerakan risalah..!! sedarkan rakyat atas komplot jahat mereka!

Wednesday, December 15, 2010

Saturday, December 11, 2010

Thursday, December 9, 2010

habiskan rm131juta

48peti besi rm2juta kat umah-s/u menteri kew 2-mana dakwaan

5o tahun ketuanan melayu?

Apabila pemimpin Umno bercakap soal ketuanan Melayu, sama seperti kalau isteri pemimpin umno menyeru wanita semua kena menutup aurat, kerana ini adalah arahan Allah. Inilah analogi yang layak dipakai, dalam erti kata yang lain cakap tidak serupa bikin.

Selepas PRU 2008 pemimpin umno macam orang kena sawan. Berbagai formula yang dicari untuk menyembuhkan penyakit. Sudah banyak doktor pakar datang merawat, sudah banyak tok bomoh membaca jampi, namun penyakit ini tidak juga sembuh malahan makin parah.



Cuma ada satu lagi ubat untuk dicuba iaitu Ketuanan Melayu. Dengan muka tidak malu pemimpin Umno mula menunjukkan umno juara melayu dan Pakatan Rakyat tidak bela melayu. Dakwaan mereka, yang boleh tegak ketuanan melayu ialah melalui Umno. Sebenarnya umno cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji, kerana cuba untuk menutup kegagalan mereka selama ini.

Orang Melayu jangan tertipu lagi dengan slogan ketuanan melayu ala umno. Pemimpin Umno cuba meniupkan sentimen ini melalui media televisyen terutamanya. Media ini akan pusing isu ini seolah-olah umno sahaja yang mempertahankan ketuanan melayu sehingga setengah rakyat yang menganggap umno begitu suci dan tidak boleh diganggu.

Sebenarnya ketuanan Melayu umno hanya untuk menjadi tiket pemimpin mereka menggadai hak melayu dan memberi kesenangan kepada keluarga dan suku sakatnya sahaja. Dalilnya sudah lebih separuh abad umno diberi peluang untuk menjaga hak Melayu akhirnya satu persatu tergadai. Bukankah ini semua angkara Umno?

Faktanya ketuanan melayu umno telah merugikan orang melayu, bukan mengangkat martabat melayu di negara ini.

- Ketuanan melayu umno menjadikan taraf hidup orang melayu semakin menurun, malahan lebih teruk daripada kaum India. Dalam parlimen pada tahun 2007 , disebutkan bahawa lebih 600,000 rakyat di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang dari RM800. Statistik kaji selidik pendapatan isi rumah yang dilakukan menunjukkan hampir 90 peratus daripada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan adalah orang Melayu. Memanglah kemiskinan adalah satu senjata untuk umno guna bagi mengekalkan kuasa, dalilnya Sabah dan Terengganu yang berada di bawah ketuanan melayu umno merupakan negeri termiskin di Malaysia walaupun keduanya kaya dengan minyak

- Ketuanan melayu umno yang menindas negeri Kelantan, walaupun majoriti rakyatnya Melayu. Sebanyak 118 projek pusat di sekat sejak RMK 6 tahun 1991. Apakah Tuan Guru Nik Aziz yang memimpin Kelantan seorang Bangladesh?

- Ketuanan Melayu umno, menyebabkan peneroka bandar telah dihalau macam anjing. Yang menjadi broker ialah pemimpin umno dengan pemaju. Contoh yang terdekat seperti yang berlaku kepada penduduk setinggan di Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang. Mereka sudah tinggal 30 tahun dan menjadi penyokong tegar umno. Sewaktu mereka dihalau batang hidung pemimpin umno tidak nampak. Begitu juga apa yang terjadi di Kampung Berembang Ampang di zaman umno berkuasa. Ini semua kawasan tegar menyokong umno. Sewaktu berhadap dengan pemaju ialah daripada Pas, Pkr, Dap dan NGO sehingga ada yang merengkok dalam lokap. Mana pergi pemimpin umno yang hendak menegakkan ketuanan melayu ketika penyokong mereka dihalau.

- Ketuanan melayu umno menyebabkan orang melayu ketinggalan kebelakang. Diskriminasi sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsa merempat di bumi sendiri. Kita tidak pernah dengar bagaimana pemimpin kaum lain yang menindas kaum sesama bangsa kerana berlainan ideologi. Tetapi ini berlaku kepada pemimpin umno akhirnya peratus kemiskinan di kalangan bumiputera meningkat. Seperti yang dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Dato’ Zainal Osman China 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%.

- Ketuanan melayu umno mengorbankan kepentingan agama dan bangsa sendiri. Persempadanan semula 2003, menunjukkan umno telah mengkhianat orang melayu-Islam semata-mata untuk melawan Pas. Akibat persempadanan ini selepas pilihan raya umum ke 11 pada 21 Mac 2004 lalu, kerusi Melayu tinggal hanya 54.33 peratus sahaja. SPR dengan arahan BN enggan menambah kerusi majoriti Melayu, khuatir kedudukan politik mereka terancam. Walaupun pertambahan pengundi di Kelantan 24 %, Terengganu 21.76% dan Kedah 17.4%. Malangnya kerusi Parlimen di negeri tersebut tidak bertambah.

- Ketuanan melayu umno, menyebabkan lesap RM52 bilion saham yang diperuntukkan kepada para pelabur bumiputera dari 1984 hingga 2005. Hanya nilai RM2 bilion sahaja yang masih ada di tangan bumiputera.

- Ketuanan melayu umno punya angkara, sehingga pernah menjual saham BERNAS (Syarikat Beras Negara) kepada syarikat Wan Tak Co. Ltd yang berpengkalan di Hong Kong sebanyak 31.36%. Umno tidak sedarkah majoriti yang mengusahakan sawah ialah orang melayu. Apakah jaminan petani-petani ini tidak dizalimi. Amat merbahaya apabila syarikat asing menguasai lesen beras negara di negara yang tercinta. Cuba bayangkan kalau yang menjual itu ialah kerajaan Pakatan Rakyat, nescaya akan dituduh agen asing di negara ini.

- Ketuanan melayu umno sehingga sanggup mengkhianati hak orang miskin contohnya lesap wang PPRT sebanyak 32 juta ditipu oleh lelaki Cina Ooi Kee Siang. Yang menjadi menterinya pada waktu itu ialah Datuk Anuar Musa daripada umno.

- Ketuanan melayu umno yang sanggup membunuh bahasa sendiri dengan menyokong mata pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris, walaupun berpuluh Profesor dan pakar pendidikan tidak bersetuju. Demi untuk memberi projek kepada kroni, biarlah bahasa hancur dan RM6 bilion wang negara hangus. Sedangkan berapa lama usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu telah hancur berkecai. Malahan pemimpin umno melemparkan tuduhan kepada pejuang bahasa sebagai pelampau. Jika bahasa sendiri pun umno tidak boleh pertahankan, apa yang hendak diharapkan untuk menegakkan satu bangsa yang lebih gagah.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2010/12/kenali-ketuanan-melayu-ala-umno.html#ixzz17btQmjHR

banyak duit pun tak jamin kebahagiaan-rm450k sbulan





kereta anak,bapa lg mewah(rakyat suruh jimat)








kami nk hantar memo je-GAPS=saja nk kacau

hasil judi negara/harap ada yg tak mau duit gaji

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hasil yang disumbangkan oleh sektor perjudian kepada negara dari tahun 2000 hingga 30 September 2010 adalah seperti berikut:
Tahun Jumlah (RM)
2000 1,958,380,415.89
2001 1,972,252,986.48
2002 1,922,115,807.36
2003 1,797,401,240.15
2004 1,849,176,119.10
2005 1,984,615,754.74
2006 2,266,814,152.52
2007 2,416,963,021.54
2008 2,561,892,892.66
2009 2,606,378,658.57
Sehingga 20 September 2010 1,952,406,090.08

2. Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, kesemua hasil perjudian tersebut dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Hasil dalam Kumpulan Wang Disatukan ini digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun Negara tanpa disasar kepada sesetengah golongan sahaja.

Tuesday, December 7, 2010

ketuanan melayu-sultan perak

Istilah ketuanan Melayu adalah berbeza dengan hak keistimewaan Melayu kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain, kata mantan mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

NONE“Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan 'keistimewaan' tidak boleh disamakan dengan ketuanan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Mohd Asri, jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata-mata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam.

Bangsa terpilih
“Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka 'bangsa terpilih' (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam,” katanya.

Mohd Asri berkata istilah ketuanan Melayu adalah istilah yang kabur yang tidak mempunyai pentakrifan khusus.

NONEKatanya, jika merujuk kepada perkataan 'ketuanan Melayu', ia adalah dari akar perkataan 'tuan' kepada ketuanan dan digabungkan dengan 'Melayu'. Ini, katanya membawa bermaksud orang Melayu berada dalam status 'tuan' atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy).

“Jika merujuk kepada bahasa bererti orang Melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan orang bukan Melayu. Jika hendak ditakrifkan maka bererti kedudukan orang Melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia”, katanya.

Justeru, menurut beliau adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.

Dipandang mulia
“Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain Melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.

amin iskandar article 291008 merdekaMemetik Surah al-Hujurat: 13, Mohd Asri berkata ayat itu menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.

Katanya, prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.

Beliau memetik hadis Nabi Muhammad SAW: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas 'ajam (yang bukan arab), atau 'ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai Hasan oleh al-Albani)”.

Katanya lagi, hujah bahawa ketuanan Melayu adalah tidak relevan berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah (Riwayat Muslim)”.

pkr congress 281110 wan azizahIsu ketuanan Melayu menjadi hanta apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada kongres parti itu minggu lalu mencadangkan konsep itu diketepikan jika bangsa Melayu ingin ke depan.

Kenyataannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpik kerajaan BN dan juga pertubuhan bukan kerajaan Melayu, khususnya PERKASA yang melabelkan Wan Azizah sebagai 'pelacur politik'.

ketuanan melayu-Asri

Istilah ketuanan Melayu adalah berbeza dengan hak keistimewaan Melayu kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain, kata mantan mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

NONE“Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan 'keistimewaan' tidak boleh disamakan dengan ketuanan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Mohd Asri, jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata-mata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam.

Bangsa terpilih
“Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka 'bangsa terpilih' (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam,” katanya.

Mohd Asri berkata istilah ketuanan Melayu adalah istilah yang kabur yang tidak mempunyai pentakrifan khusus.

NONEKatanya, jika merujuk kepada perkataan 'ketuanan Melayu', ia adalah dari akar perkataan 'tuan' kepada ketuanan dan digabungkan dengan 'Melayu'. Ini, katanya membawa bermaksud orang Melayu berada dalam status 'tuan' atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy).

“Jika merujuk kepada bahasa bererti orang Melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan orang bukan Melayu. Jika hendak ditakrifkan maka bererti kedudukan orang Melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia”, katanya.

Justeru, menurut beliau adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.

Dipandang mulia
“Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain Melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.

amin iskandar article 291008 merdekaMemetik Surah al-Hujurat: 13, Mohd Asri berkata ayat itu menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.

Katanya, prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.

Beliau memetik hadis Nabi Muhammad SAW: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas 'ajam (yang bukan arab), atau 'ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai Hasan oleh al-Albani)”.

Katanya lagi, hujah bahawa ketuanan Melayu adalah tidak relevan berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah (Riwayat Muslim)”.

pkr congress 281110 wan azizahIsu ketuanan Melayu menjadi hanta apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada kongres parti itu minggu lalu mencadangkan konsep itu diketepikan jika bangsa Melayu ingin ke depan.

Kenyataannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpik kerajaan BN dan juga pertubuhan bukan kerajaan Melayu, khususnya PERKASA yang melabelkan Wan Azizah sebagai 'pelacur politik'.

BN penyamun rakyat

banyak duit khir 3jam je dh dpt

PERLEMBAGAAN PERAK DIPINDA UTK ELAUN KERABAT DIRAJA.

Usul khas itu timbul berikutan mesyuarat kali ke-147, Istana Perak yang diketuai oleh Sultan Raja Azlan Shah (kiri) pada 12 Ogos lalu. Banginda menitahkan Artikel 58 (1)(a) bahagian Kedua, Perlembagaan Negeri Perak dipinda.

Pindaan itu bagi membolehkan empat lagi Raja Bergelar dengan jawatan Raja Kecil Besar, Raja Kecil Sulong, Raja Kecil Tengah and Raja Kecil Bongsu dimasukkan dalam kerabat Istana.


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2010/12/perlembagaan-perak-dpinda-tanpa.html#ixzz17PuCyB1M

INIKAH TRANFORMASI ALA UMNO

1. Asyik - asyik ISA ! UMNO ni dah kehabisan hujjah ker ? Hujjah hanya menyusun kata . Modalnya ilmu dan air liur, kenapa sampai mahu menggunakan ISA ? tangkap melulu tanpa bukti dan beri peluang membela ? Saya jangka transformasi merubah segalanya , rupanya sekadar indah khabar dari rupa.

2. Datuk Hafarizam Haruni ni Penasihat Undang - undang UMNO . Sepatutnya sebagai pengamal undang - undang beliau tahu benar bahawa ISA ini adalah undang - undang jakun , primitif , barbarian dan ketinggalan zaman. Tidak sepatutnya diguna pakai dalam negara kita yang dijolok sebagai negara membangun dan menuju majunya pada 2020 .

3. Letih saya dengan sikap UMNO nih ! dah kata nak berubah , sudah - sudahlah dengan perangai dan sikap lama tu. Berlapang dadalah dengan pandangan orang lain sekalipun tidak serupa . kalau tidak setuju , hujjah dilawan dengan hujjah. Kenapa pula Datin Seri Wan Azizah mahu dihadapkan dengan akta sezalim itu.

4. Tidak setuju dengan Datin Seri Wan Azizah kerana beliau tidak setuju dengan Ketuanan Melayu ? Masaalahnya bukan Datin Seri Wan Azizah sahaja yang tidak setuju ! Saya pun tidak setuju , Tuan Guru Nik Abdul Aziz pun tidak setuju dan Tuan Guru Hj Abdul Hadi pun tidak setuju . Malah ribuan lagi dan mungkin jutaan rakyat yang tidak setuju dengan ketuanan melayu itu , apakah mereka juga akan di ISAkan ? Aduss , letih tengok cara UMNO berfikir dan bertindak . Ada berapa hektar luasnya kandang ISA itu ? atau UMNO sudah hilang aqal ?

5. Saya tidak mahu berkasar dengan UMNO ni , kerana mereka punya segalanya . Mereka ada cota , ada gari , ada water canon , ada gas pemedih mata , ada PDRM , ada penjara dan menteri ! saya hanya ada gigi dan lidah . kalau UMNO tidak mahu berhujjah menggunakan lidah , apa boleh saya buat ? tapi saya tegas ingin nyatakan rasa tidak bersetuju dengan penggunaan ISA sebagaimana saya juga tidak bersetuju dengan Ketuanan melayu yang dipertahankan oleh UMNO . Maka UMNO kena ajak orang yang tidak bersetuju dengan mereka berhujjah , bukannya ajak gaduh. Kata UMNO bersikap terbuka ? Transformasi konon !

6. Sebab saya lihat , sudah 53 tahun rakyat beri mandat pada UMNO dan BN untuk berdaulat . Sehingga kini melayu tidak menjadi tuan pun ? mereka pertahankan ketuanan melayu itu untuk apa ? Oh ya ! mereka kata menentang ketuanan melayu membuatkan melayu terancam. Rasanya tidak munasabah Datin Seri Wan Azizah mahu mengancam diri sendiri sebab dia juga melayu .Saya pun begitu . Apabila saya tidak setuju dengan ketuanan melayu , saya tidak terancam pun ? rasanya UMNO yang terancam sebab ketuanan melayu selama ini adalah batu loncatan mereka untuk mereka meloncat naik ke takhta kuasa serta membolot harta negara agar menjadi kaya raya . Kata rakyat didahulukan ? kalau begini , rakyat kena dulu . Transformasi konon !

7. Ramai melayu miskin tidak terbela . Rakyat Kelantan dinafikan hak sejak 20 tahun lalu semata - mata kerana negeri itu diperintah oleh PAS sedang rata - rata penduduk Kelantan adalah melayu malah pemimpinnya juga melayu. kenapa mereka sekat , halang dan tekan rakyat Kelantan kalau mereka perjuangkan ketuanan melayu . Sejak RMK ke 6 , ada 118 projek yang sepatutnya boleh membangunkan negeri Kelantan dengan lebih hebat di halang dan disekat oleh kerajaan yang sekarang mempertahankan ketuanan melayu . Tok Guru Nik Aziz tu tidak cukup melayu kah untuk dibantu ? sekarang mereka sekat Royalti minyak petroleum pula .Transformasi konon !

8. Janganlah guna ISA nanti rakyat akan meluat dan bertambah benci kepada kamu ! Setakat isu ketuanan melayu dan kamu tidak bersetuju dengan datin Seri Wan Azizah , takkanlah kamu hilang kewarasan dengan terus mencadangkan agar beliau ditahan dibawah ISA ? sudahlah kamu zalimi suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim sedemikian rupa . Kamu ni macam tidak ada perut pedal ! Rakyat marah tau ! Tidak percaya , cuba lah ! Transformasi konon !

9. Saya pun tidak bersetuju dengan Datin Seri Wan Azizah apabila beliau tolak ketuanan melayu lantas mencadangkan agar ketuanan rakyat diperjuangkan , sebab saya mahu Ketuanan Islam itu diperjuangkan justeru Islam itu adil untuk semua sekalipun terhadap non muslim . Panjanglah hujjahnya , kita boleh bincang dilain masa , tapi janganlah nak tangkap dia . Inilah penyakit orang berkuasa dan angkuh dengan kuasa yang dimiliki . tangkap tangkap tangkap .. yang hendak ditangkap hanya lawan politik mereka , sedang penjenayah berleluasa , bermaharajalela dan semakin ketara . Negara tidak aman dan selamat. Saban hari ramai yang jadi mangsa jenayah kejam ini. Malangnya fokus orang politik yang diberi mandat memerintah ini , hanya kepada lawan politik mereka . Kata dokong demokrasi ... Transformasi konon !

10.Yakinlah , rakyat masih benci UMNO kalau begini cara UMNO. Mereka buat Konvensyen Barisan Nasional menghimpun ribuan anggota untuk disuntik semangat , nyata ribuan juga rakyat diluar hadhir tanpa sebarang upah untuk mengadakan demonstrasi , membantah , menolak dan menentang kezaliman . kalau naik tarif air rakyat marah , apakah UMNO jangka rakkyat tidak marah apabila mereka gunakan ISA ? Macam mana UMNO boleh miliki penasihat undang - undang seperti itu ? ermmm , Tragedi sebuah Transformasi .

UMNO PENIPU RAKYAT

1- Indeks Kebebasan Media KE 166
2-Himpunan BERSIH dalam penghakimannya menegaskan pihak polis telah melanggar Artikel 11 - Kebebasan Beragama

3-pampasan RM400 Juta kepada kontraktor akibat kegagalan kerajaan UMNO/BN meneruskan pembinaan Jambatan Bengkok di Selat Tebrau, Johor.
4- RM28 Billion wang negara hilang setiap tahun akibat perbuatan rasuah,
5- menggunakan media cetak, media massa dan media elektronik untuk meracuni fikiran dua golongan orang Melayu in
6-mengasak dengan isu ketuanan melayu dan dimainkan isu agama s
7- Tulisan Jawi, Akhbar Jawi, Bahasa Melayu dan biasiswa kepada anak Melayu yang cerdik bertukar menjadi PTPTN,
8-persempadanan semula menjadikan suara wakil rakyat berbangsa Melayu menjadi kurang di Parlimen

rasuah khir toyo

Senarai Dakwaan Rasuah Khir Toyo
Mengarahkan pembelian kereta Mercedes S350 bernilai RM1 juta dengan menggunakan dana anak syarikat Selangor (Kumpulan Darul Ehsan)
Membelanjakan RM40 juta hanya untuk membuat 10 buah 'banglo' bagi penempatan ahli Exco Kerajaan Negeri.
Dokumen berkaitan kejadian pencerobohan Taman Pertanian Bukit Cahaya, Seri Alam yang setelah didedahkan di media Khir Toyo sendiri mencabar BPR menyiasat namun semuanya senyap dan ditutup.
Dokumen berkaitan dakwaan kerajaan negeri yang menyatakan Kerajaan BN sebelum ini telah menghilangkan 'keuntungan' RM30 billion. Contoh punca kehilangan ialah Canal City joint-venture project yang dianugerahkan oleh Khir Toyo melibatkan 810ha secara 'percuma' kepada sebuah syarikat swasta.
A special investigative team which was set up for the purpose would probe how certain senior officers of the corporation were holding 30% shares in a subsidiary. This included a investigation of RM100,000 gift to former Mentri Besar as a bonus. In 2007, the state government only collected RM17mil revenue from sand mining instead of the RM170mil which it was supposed to get
Setelah tiga hari kejatuhan kuasa kerajaan negeri Selangor ke atas Pakatan Rakyat, Zaharah Kechik yang merupakan mantan pengerusi Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) memanggil mesyuarat tergempar Balkis untuk membubarkannya dan menutup akaunnya sehari kemudian. Wang kira-kira RM9.9 juta milik Balkis dilapor dipindahkan ke satu akaun lain, sebelum sampai kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti).
Percubaan membubarkan Balkis melalui Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 13 Mac bagaimanapun berjaya dihalang Menteri Besar baru Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tindakan Zaharah Kechik itu dikatakan tidak sah di sisi undang-undang karena mengikut perlembagaan Balkis, badan itu dipengerusikan oleh isteri Menteri Besar kerajaan semasa, di mana pada hari mesyuarat tergempar tersebut, beliau bukan lagi isteri Menteri Besar negeri Selangor. Isu itu akan dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri pada mesyuarat yang akan datang.
Pembohongan tentang Konsultansi Juruaudit, Zaharah Kechik pernah berkata bahawa sebelum pemindahan dana RM9.9 juta Balkis juruauditnya pernah dirujuk. Namun, pada 28 April 2008, Juruaudit Balkis, Yee Choon Kong & Co menafikan firma itu pernah dirujuk sebelum pemindahan tersebut. Malah, firma itu beberapa kali menghubungi bendahari Balkis, Suraimi Sapuan, agar beliau menyerahkan rekod-rekod kewangan seperti penyata bank, buku resit rasmi, baucer pembayaran, dokumen sokongan, resit deposit tetap, minit mesyuarat, butiran keahlian dan senarai langganan untuk membolehkannya mengaudit kewangan tahunan Balkis bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007. Walau bagaimanapun, panggilan telefon kepada bendahari Balkis tidak dijawab dan juruaudit turut mengesahkan bahawa penyata kewangan Balkis masih kekal tanpa audit dan ia juga tidak pernah mengeluarkan Laporan Audit yang sah berhubung urusan kewangan Balkis bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 kepada anggota-anggotanya.
Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.
Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.
Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.
Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.
Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.
Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.
Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.
Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.
Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.
Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.
Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.
Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?
Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.
Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.
Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.
Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.
Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.
Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.
Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.”
Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.
Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.
Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.
Dipetik dari blog www.jomjahanam.blogspot.com

Friday, December 3, 2010

Thursday, December 2, 2010

inikah ketuanan melayu


Lihatlah senarai projek permulaan (EPP) yang ditandatangani sempena pelancaran Pelan Hala Tuju Program Transformasi Ekonomi (ETP) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Program transformasi bukan mimpi, projek mana satu merupakan program pembasmian kemiskinan?

* Syarikat Jerman, LFoundry menempatkan dan melabur lima loji Fabrikasi Wafer di Taman Teknologi Tinggi Kulim, Kedah dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan permulaan RM214 juta dan pelaburan keseluruhan RM1.9 bilion.
* Pemborong dan pengusaha peruncit tempatan, Mydin Mohamed Holdings Bhd melabur RM1 bilion bagi membuka 14 cawangan baru dalam tempoh tiga tahun.
* St Regis, jenama antarabangsa dalam bidang hospitaliti bertaraf enam bintang membina hotel 208 bilik dan 160 unit kediaman di KL Sentral membabitkan pelaburan RM1.2 bilion.
* Syarikat perkhidmatan medan minyak, Schlumberger membuka hab perkhidmatan, Eastern Hemisphere Global Financial Services Hub di Bandar Utama, Petaling Jaya bagi menarik 100 syarikat multinasional untuk menempatkan operasi di Lembah Klang menjelang 2020.
* Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memberi konsesi 25 tahun kepada syarikat pembinaan dan infrastruktur, WCT Bhd untuk membina dan mengendalikan operasi kompleks integrasi di Terminal Tambang Murah (KLIA2), Sepang bernilai RM486 juta.
* Syarikat pelaburan Asia Barat, Mubadala bekerjasama dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk membangunkan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur bernilai RM26 bilion di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
* Premium Renewable Energy Sdn Bhd akan membina lima loji minyak bio dalam tempoh lima tahun dengan kos loji pertama RM124 juta di Lahad Datu, Sabah.
* Asia e-University dilantik Kementerian Pengajian Tinggi sebagai Universiti Gateway untuk pembangunan pembelajaran dalam talian dan jarak jauh antarabangsa dijangka menghasilkan pendapatan negara kasar (PNK) RM341 juta.
* Genting Berhad membina Johor Premium Outlets di Genting Indahpura merangkumi hotel, taman rekreasi air antarabangsa dan pusat beli-belah besar membabitkan pelaburan RM150 juta.

Sebab itu Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (gambar kiri) ketika menyampaikan syarahan di Universiti Nasional Australia (ANU) pada 15 November 2010 berkata, Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan Perdana Menteri hanya menumpukan perhatian kepada projek mega yang mengenyangkan kelompok kroni UMNO-Barisan Nasional tanpa perincian kepada program untuk membasmi kemiskinan tegar dan projek berteraskan kebajikan rakyat.