Tuesday, December 7, 2010

INIKAH TRANFORMASI ALA UMNO

1. Asyik - asyik ISA ! UMNO ni dah kehabisan hujjah ker ? Hujjah hanya menyusun kata . Modalnya ilmu dan air liur, kenapa sampai mahu menggunakan ISA ? tangkap melulu tanpa bukti dan beri peluang membela ? Saya jangka transformasi merubah segalanya , rupanya sekadar indah khabar dari rupa.

2. Datuk Hafarizam Haruni ni Penasihat Undang - undang UMNO . Sepatutnya sebagai pengamal undang - undang beliau tahu benar bahawa ISA ini adalah undang - undang jakun , primitif , barbarian dan ketinggalan zaman. Tidak sepatutnya diguna pakai dalam negara kita yang dijolok sebagai negara membangun dan menuju majunya pada 2020 .

3. Letih saya dengan sikap UMNO nih ! dah kata nak berubah , sudah - sudahlah dengan perangai dan sikap lama tu. Berlapang dadalah dengan pandangan orang lain sekalipun tidak serupa . kalau tidak setuju , hujjah dilawan dengan hujjah. Kenapa pula Datin Seri Wan Azizah mahu dihadapkan dengan akta sezalim itu.

4. Tidak setuju dengan Datin Seri Wan Azizah kerana beliau tidak setuju dengan Ketuanan Melayu ? Masaalahnya bukan Datin Seri Wan Azizah sahaja yang tidak setuju ! Saya pun tidak setuju , Tuan Guru Nik Abdul Aziz pun tidak setuju dan Tuan Guru Hj Abdul Hadi pun tidak setuju . Malah ribuan lagi dan mungkin jutaan rakyat yang tidak setuju dengan ketuanan melayu itu , apakah mereka juga akan di ISAkan ? Aduss , letih tengok cara UMNO berfikir dan bertindak . Ada berapa hektar luasnya kandang ISA itu ? atau UMNO sudah hilang aqal ?

5. Saya tidak mahu berkasar dengan UMNO ni , kerana mereka punya segalanya . Mereka ada cota , ada gari , ada water canon , ada gas pemedih mata , ada PDRM , ada penjara dan menteri ! saya hanya ada gigi dan lidah . kalau UMNO tidak mahu berhujjah menggunakan lidah , apa boleh saya buat ? tapi saya tegas ingin nyatakan rasa tidak bersetuju dengan penggunaan ISA sebagaimana saya juga tidak bersetuju dengan Ketuanan melayu yang dipertahankan oleh UMNO . Maka UMNO kena ajak orang yang tidak bersetuju dengan mereka berhujjah , bukannya ajak gaduh. Kata UMNO bersikap terbuka ? Transformasi konon !

6. Sebab saya lihat , sudah 53 tahun rakyat beri mandat pada UMNO dan BN untuk berdaulat . Sehingga kini melayu tidak menjadi tuan pun ? mereka pertahankan ketuanan melayu itu untuk apa ? Oh ya ! mereka kata menentang ketuanan melayu membuatkan melayu terancam. Rasanya tidak munasabah Datin Seri Wan Azizah mahu mengancam diri sendiri sebab dia juga melayu .Saya pun begitu . Apabila saya tidak setuju dengan ketuanan melayu , saya tidak terancam pun ? rasanya UMNO yang terancam sebab ketuanan melayu selama ini adalah batu loncatan mereka untuk mereka meloncat naik ke takhta kuasa serta membolot harta negara agar menjadi kaya raya . Kata rakyat didahulukan ? kalau begini , rakyat kena dulu . Transformasi konon !

7. Ramai melayu miskin tidak terbela . Rakyat Kelantan dinafikan hak sejak 20 tahun lalu semata - mata kerana negeri itu diperintah oleh PAS sedang rata - rata penduduk Kelantan adalah melayu malah pemimpinnya juga melayu. kenapa mereka sekat , halang dan tekan rakyat Kelantan kalau mereka perjuangkan ketuanan melayu . Sejak RMK ke 6 , ada 118 projek yang sepatutnya boleh membangunkan negeri Kelantan dengan lebih hebat di halang dan disekat oleh kerajaan yang sekarang mempertahankan ketuanan melayu . Tok Guru Nik Aziz tu tidak cukup melayu kah untuk dibantu ? sekarang mereka sekat Royalti minyak petroleum pula .Transformasi konon !

8. Janganlah guna ISA nanti rakyat akan meluat dan bertambah benci kepada kamu ! Setakat isu ketuanan melayu dan kamu tidak bersetuju dengan datin Seri Wan Azizah , takkanlah kamu hilang kewarasan dengan terus mencadangkan agar beliau ditahan dibawah ISA ? sudahlah kamu zalimi suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim sedemikian rupa . Kamu ni macam tidak ada perut pedal ! Rakyat marah tau ! Tidak percaya , cuba lah ! Transformasi konon !

9. Saya pun tidak bersetuju dengan Datin Seri Wan Azizah apabila beliau tolak ketuanan melayu lantas mencadangkan agar ketuanan rakyat diperjuangkan , sebab saya mahu Ketuanan Islam itu diperjuangkan justeru Islam itu adil untuk semua sekalipun terhadap non muslim . Panjanglah hujjahnya , kita boleh bincang dilain masa , tapi janganlah nak tangkap dia . Inilah penyakit orang berkuasa dan angkuh dengan kuasa yang dimiliki . tangkap tangkap tangkap .. yang hendak ditangkap hanya lawan politik mereka , sedang penjenayah berleluasa , bermaharajalela dan semakin ketara . Negara tidak aman dan selamat. Saban hari ramai yang jadi mangsa jenayah kejam ini. Malangnya fokus orang politik yang diberi mandat memerintah ini , hanya kepada lawan politik mereka . Kata dokong demokrasi ... Transformasi konon !

10.Yakinlah , rakyat masih benci UMNO kalau begini cara UMNO. Mereka buat Konvensyen Barisan Nasional menghimpun ribuan anggota untuk disuntik semangat , nyata ribuan juga rakyat diluar hadhir tanpa sebarang upah untuk mengadakan demonstrasi , membantah , menolak dan menentang kezaliman . kalau naik tarif air rakyat marah , apakah UMNO jangka rakkyat tidak marah apabila mereka gunakan ISA ? Macam mana UMNO boleh miliki penasihat undang - undang seperti itu ? ermmm , Tragedi sebuah Transformasi .

No comments:

Post a Comment