Tuesday, August 30, 2011

pejuang kemerdekaan sebenar!



yang memegang senapang itu polis melayu yg menjadi balaci british masa itu,klu macam tu macamana polis bukit kepong/rumah pasong yg dianggap wira,betulle penjajah menipu kita.

Dapatkah diterima orang-orang Melayu yang menjadi polis dan askar Melayu di zaman negara dijajah oleh Inggeris sebagai pejuang bangsa dan negara?... Mereka menjulang bendera Unioon Jack. Merekalah yang memberikan keamanan dan keselesaan kepada penjajah Inggeris mengaut kekayaan negara. Mereka melupakan pejuang-pejuang seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok janggut, Ahmad CD, Samsiah Fakeh dll.

Jangan dinafikan sejarah tulen bahawa Mat Indra berjuang semasa negara dijajah oleh Inggeris dan mata-mata di Rumah Pasong Bukit Kepong itu adalah kakitangan kerajaan penjajah Inggeris.

Adakah Ahmad CD dan Samsiah Fakeh itu komunis yang tidak beragama?
Mereka mendapatkan bekalan daripada pihak komunis bagi menghalau penjajah Inggeris. Apa salahnya?

Adakah kerajaan Malaysia yang mendapatkan bekalan pesawat pejuang dari Rusia maka kerajaan Malaysia juga adalah komunis?

Memang patut semua mereka yang makan gaji sebagai polis dan askar Melayu di zaman penjajahan Inggris diguris hati mereka kerana mereka adalah pengkhianat bangsa dan negara kerana mereka melindungi penjajah Inggeris dari dapat dihalau oleh pejuang-pejuang Melayu tulen. Mereka menjulang bendera Unioon Jack.


Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan.

Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setiap tahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai tadbir Pentadbiran British yang berasal daripada Singapura, menggantikan raja yang berkuasa di daerah itu. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai.

Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk menangkap Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah ditikam oleh Tuk Janggut lalu terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh.

Encik Latiff pula telah melarikan diri melalui ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.

Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan serba salah. Atas Desakan Pegawai Penasihat British pada masa itu Sultan Kelantan terpaksa menganggap Tuk Janggut sebagai seorang penderhaka. Pada hal Tuk Janggut bangkit menentang atau melawan pentadbiran British yang menggunakan undang-undang cukai baru di seluruh Kelantan, termasuk Pasir Putih.

Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah terkena tembak lalu meninggal dunia. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari.

Mayat beliau digantung songsang (kaki di atas dan kepala di bawah)beberapa hari di Padang Bank (Padang Merdeka).Kemudian mayatnya itu telah ditembak oleh sepasukan pihak British sehingga putus dua badannya. Selepas itu mayatnya dibungkus dan dibawa dengan perahu ke Pasir Pekan untuk dikebumikan. -

Wednesday, August 10, 2011

azan dlm gereja

Wednesday, August 3, 2011