PAS mengambil sikap menunggu hasil siasatan yang dilakukan oleh kerajaan berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang sebelum membuat sebarang pendirian.
NONESetiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (tengah) berkata proses siasatan yang dilakukan sekarang berdasarkan kepada undang-undang dan perlembagaan yang sedia ada.
"Dari sudut PAS, PAS kata siasat dahulu sebab proses yang dilakukan oleh kerajaan ini berdasarkan kepada undang-undang dan perlembagaan yang ada.
"Ia bukan berdasarkan kepada kaedah Islam. Jadi (PAS) ikut proses perlembagaannya, (dan mengikut) undang-undang yang sedia ada
NONE"Kalau kerajaan memutuskan cara mengikut Islam, (di) Mahkamah Syariah. Tapi di Mahkamah Syariah dalam kes liwat (sebelum ini) dah tolak dah... Kalau itu, kita lihat posisi kita lagu (macam) mana.
"Kalau betul-betul kerajaan memutuskan kes ini mengikut cara Syariah misalnya, kita akan adakan satu pendirian kita," katanya dalam satu sidang media hari ini.
Beliau menjawab soalan wartawan berhubung cadangan bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mencadangkan supaya ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah mubahalah (sumpah laknat) bagi membersihkan dirinya dari tuduhan bahawa individu dalam video tersebut adalah mirip kepada beliau.
NONEMenjawab soalan bahawa dengan bersumpah, Anwar dapat membersihkan dirinya dari tuduhan tersebut, Mustafa enggan mengulas "perkara yang tidak berlaku" dan sekali lagi berpegang kepada pendirian yang dinyatakannya sebelum itu.
Mustafa juga enggan menjawab andaian bahawa lelaki dalam video itu adalah Anwar.
"Kalau bukan dia (dalam video) macam mana...sehingga betul bahawa itu adalah (Anwar), baru kita boleh buat pendirian macam mana," katanya.
Mengulas kesediaan Datuk T - Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim menjadi saksi dalam kes video tersebut, Mustafa berkata:
azlan"Dalam Islam orang yang layak jadi saksi ada kriteria, kena tegoklah trio ini layak jadi saksi atau tidak. Saya tidak mahu komen jauhlah sebab kita kenal pesonaliti ini.
"Jadi ada kaeadah-kaedah berlainan. Jadi kena lihat dari sudut konteklah. Kalau nak cara Islam caranya begini. Tapi kerajaan sekarang menggunakan cara megikut undang-undang, kita ikut lunas itulah".