Friday, August 7, 2009

Islam tinggal nama

Nabi saw bersabda : "Tidak lama lagi akan datang kepada manusia satu zaman yang tidak tinggallah Islam kecuali namanya dan tidak tinggallah Al-Quran kecuali tulisannya."

Thursday, August 6, 2009

lihat,dengar dan fikir

Tok KenaliMat Kilau

Hj Fadzil Bentan

Hj Fadzil Bentan

Pejuang Tulin

Dato Bahaman

Monday, August 3, 2009

Siapa fitnah siapa?

Tan Sri Muhyidin Yassin, TPM mengeluarkan kenyataan berkaitan dan rasa kecewa beliau kepada sikap Anwar ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) semalam.

Segala yang berlaku:

1. Bermula dengan kemenangan pembangkang di PRU 12.
2. Beraninya blogger Raja Petra mengfitnah kepimpinan negara.
3. Beraninya Karpal Sigh menghina kedaulatan Sultan.
4. DAP semakin lantang menghina Melayu dan menidakkan keistimewaan Melayu.
5. Hidraf dan tuntutan melampaunya.
6. Suruhanjaya Antara Agama dan tuntutan menghina Islam.
7. Belakunya beberapa siri demontrasi jalanan yang mengugat keamanan negara.

Dan pelbagai lagi pengkhianatan kepada kontrak sosial, perlembagaan dan hak-hak Melayu kesemuanya Anwar memihak kepada pembangkang yang langsung tidak menyebelahi orang-orang Melayu.

Anwar juga adalah jelas sebagai agen yahudi yang mahu menjayakan protokol zionis ke-10 iaitu mahu menghuru-harakan negara Islam supaya pengaruh yahudi akan lebih mudah masuk.

Namun, dek kerana terpukaunya orang-orang Melayu dengan pidato Anwar segala penipuan terancangnya dapat ditutup rapi malah orang Melayu lah yang mahu menghapuskan hak istimewanya sendiri.


Hakikat sebenarnya:-

1.kemenangan pembangkang pd PRU12 kerana:-
a.rakyat sudah pandai dan berani memilih mana yg baik dan mana yg betul.
b.sudah jemu/bosan dgn perangai pemimpin UMNO dri tertinggi hinggalah dibawah bahagian dan cawangan.Asyik isi tembolok sendiri saja,sombong tak mahu bergaul dgn selain mereka sahaja.
c.suka mencantas kalau ada pelapis yg boleh mengganti dlm parti.

2.Raja Petra tiada tempat lagi mahu mencerita apa yg berlaku sebenar,media perdana jgn diharap.kalau betul fitnah bawa kemahkamah yg adil,panggil saksi tanpa kecuali tak kira siapa dia.Tiada yg kebal,ini tidak ada kuasa,hartawan kebal tidak lut didakwa.

3.Bagi bukti hina Sultan,apakah teguran tidak boleh dibuat,Sultan pun manusia!

4.Melayu yg macam mana istemewa!kroni,yg sudah kaya tambah kaya,apa rakyat marhaen dapat.melayu yg kaya ni cuba dedahkan rumahnya,keretanya,hartanya tidak terkira,bagaimana rakyat biasa nak biayai anak sekolah pun teruk.

5.Apakah tuntutan keadilan samarata itu melampau?Apa bezanya kita sesama manusia?Apakata dtakdirkan kita berada dinegara lain dan diperlakukan macam ini,adil atau tidak?

6.Apakah kita orang Islam tidak menghina Islam?Mengaku Islam tetapi penuh kedai no ekor,pub malam,minum arak,ujudkan persatuan dakwah islam tapi kerja tarik kereta orang,pukul orang,kaki samseng.
Bukan islam hina Islam kerana tidak faham,orang Islam hina Islam kerana apa?

7.Demonstrasi jalanan,apakah semasa menuntut kemerdekaan tiada ini semua,orang UMNO tidak pernah buat ini semua?Mungkin kerana UMNO buat tak ramai tak salah,tapi pembangkang buat ramai salah!
Siapa yg kacau siapa,yg demontrasi tak bersenjata hanya berjalan kaki,biarkan saja.Apa pasal ditembak gas pemedih mata,tangkap,dilokapkan apa salah mereka?


Anwar ejen Yahudi,kenapa Zahid Hamidi baru ni jumpa org penting Yahudi tidak pula jadi ejen Yahudi.Pembangkang tidak boleh berbaik dgn sesiapapun nnti jadi ejen(ejen cina,ejen hindu)

Siapakah yg mendedahkan rasuah,salahguna kuasa pemimpin tertinggi,hartawan,penguasa2 tertinggi kalau bukan Anwar,apakah ia tidak takut dgn upahan2 utk membunuhnya? Orang lain belum tentu sanggup ini semua.

Apakah tindakan seterusnya?

03 August 2009

ADUN Kemasik Ditahan SPRM

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu hari ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000.

ADUN tersebut, Rosli Othman, 42 ahli dewan undangan negeri kawasan Kemasik dipercayai menerima wang suapan terbabit bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek lanskap di Kuala Lumpur.

Difahamkan, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal, dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada Rosli.

Ketika ditahan, ADUN berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan ADUN terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.

Apakata kenyataan ini?

Mengulas mengenai kenyataan pimpinan UMNO yang menyuarakan keyakinan tinggi meraih sokongan rakyat pada pilihan raya kecil Permatang Pasir, Nik Aziz berharap parti tersebut tewas dalam pilihan raya itu.

“Saya harap UMNO tidak akan naik (kembali) sampai bila- bila, tidak perlu ada UMNO tetapi jika tidak ada Pas tidak boleh. Kalau orang UMNO masuk Pas lagi baik, selagi ada UMNO selagi itu tindakan karut berlaku.

“Di Manek Urai, undi (Pas) turun sebab duit, orang kampung kelabu mata. Jika tidak ada duit UMNO tidak akan wujud di muka dunia ini,” katanya.