Saturday, October 31, 2009

Poligami jalan penyelesaian

Kelantan, Wan Ubaidah mencadangkan agar lelaki muslim yang mahu beristeri lebih dari satu mengambil janda sebagai isteri kedua atau ketiga atau keempat mereka. Ini adalah lebih baik dan mulia daripada mereka mengambil anak dara sebagai isteri tambahan.

Wan Ubaidah yang merupakan exco wanita, keluarga dan kesihatan negeri Kelantan, berkata terdapat seramai 16,500 janda yang berumur bawah 60 tahun di negeri Kelantan. Jika lelaki muslim mengambil mereka sebagai isteri kedua dapat mengurangkan beban para janda tersebut menyara keluarga serta anak-anak mereka.

Dia menekankan bahawa bukanlah tujuannya untuk menggalakkan poligami, tetapi sebagai satu cara membantu golongan ibu tunggal yang memerlukan pertolongan.

Beliau menyarankan suami yang meninggalkan isteri mereka begitu saja tanpa sebab- yang munasabah dihukum rotan sebagai salah satu cara mengingatkan para suami agar bertanggung jawab.

Cadangan di atas patut disambut dengan baik oleh para suami yang berhasrat membuat kebajikan dengan menghulurkan bantuan kepada para janda dan anak-anak mereka.

Kerajaan juga sepatutnya menyediakan satu skim galakan kepada mereka yang menyambut dan melaksanakan cadangan di atas. Skim galakan yang boleh diberikan adalah seperti pengecualian cukai pendapatan, kemudahan pembelian rumah, kemudahan proses kelulusan berkahwin poligami, kemudahan pinjaman perniagaan dan lain-lain lagi yang dapat menyibukkan keluarga tersebut.

Dengan kesibukan mendapat dan menguruskan segala kemudahan di atas maka akan berkuranganlah aktiviti cemburu serta gaduh antara para madu. Ini akan dapat menghindarkan para suami dari pening kepala melayan kerenah isteri masing-masing.

Friday, October 30, 2009

BILA MAU BERKECUALI LAGI?

menteri ada kebal buat apa je lepas,polis tak berani tangkap


Gantung Polis Dahulu
Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: GoMalaysian
Tajuk: Gantung Polis Dahulu
Oleh : Raja Petra Kamarudin

Bukan apa lagi. Musuh utama bagi Malaysia sekarang adalah polis. Mereka adalah orang yang terlebih dahulu diturunkan sebelum kita menurunan satu lagi regim yang dinamakan Barisan Nasional. Rakyat Malaysia harus mengisytiharkan peperangan mereka kepada Polis.

Marilah kita melihat kembali ke sejarah. Bagaimanakah USSR dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimanakah Shah dari Iran dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimanakah Saddam dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimanakah Sukarno dan Suharto dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimana regim ini dapat mengekalkan kuasa mereka dalam sejarah 5,000 tahun yang lepas, ya, anda akan menemui satu persamaan diantara mereka. Persamaan itu adalah bagaimana polis untuk menolong regim itu untuk mengekalkan kuasa mereka, sama ada ia sah dari segi undang-undang atau sebaliknya.

Inilah situasi yang berlaku di Malaysia hari ini.

Kemudian kita lihat bagaimana regim ini dijatuhkan. Hanya ketika pihak polis menukar laluan sokongan mereka ataupun berlaku adil, barulah regim ini akan dijatuhkan. Iaitu apabila pakatan yang haram diantara polis dan regim berkecai barulah regim dapat dijatuhkan. Tiada apa cara lagi, sejarah telah membuktikannya. Regim tidak akan jatuh kecuali sokongan polis terhadap mereka retak. Jadi untuk menjatuhkan regim, polis harus diubah terlebih dahulu.

Perkara yang berlaku di Dewan Undangan Perak semalam merupakan jejak terakhir polis. Tindakan ganas polis terhadap Pakatan Rakyat merupakan paku terakhir untuk sebuah keranda.

Saya bukannya tidak tahu sehingga mana keganasan yang dilakukan oleh polis. Saya telah menjadi "tetamu" mereka lebih daripada sekali dan anak saya sering dipukul di Penjara Sungai Buloh di tangan polis. Setelah beberapa insiden "pembunuhan kedaulatan undang-undang" di Malaysia, sekiranya anda masih sangsi bahawa polis tidak bertindak diluar undang-undang, saya tidak tahu apa contoh yang lagi untuk anda.

Najib Tun Razak yang boleh dipenjarakan kini menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana konspirasi penutupan cerita di sebalik pembunuhan Altantuya Shaariibuu oleh polis. Siapa lagi sekiranya bukan IGP sendiri, Musa Hassan untuk menutup kes ini. Hal ini telah diceritakan kepada saya secara peribadi oleh Konsul Kehormat Mongolia ke Malaysia, Datuk Syed Alhabshi Rahman. Dia memberitahu saya bahawa dia telah memberikan Musa Hassan segala bukti tetapi bukti itu telah dikuburkan dan tidak dibenarkan untuk muncul dalam perbicaraan pembunuhan di mahkamah.

Biarlah saya membuat penjelasan disini. Faktor Perdana Menteri Najib tidak dipenjarakan kerana Musa Hassan dan polis Malaysia. Selain itu, Musa Hassan juga menganas terhadap pembangkang. Dan apa yang berlaku di Perak dapa meyakinkan lagi sekiranya anda masih tidak percaya dengan situasi sebenar yang berlaku.

Musa Hassan harus dihantar ke penjara. Dia tahu dia akan dihantar ke penjara sekiranya Barisan Nasional ditempatkan dalam situasi yang paling sukar iaitu menjadi pembangkang dan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan. Jadi Musa Hassan akan memastikan Pakatan Rakyat tidak akan menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan. Dan dia akan melakukan apa pun untuk memastikan perkara ini tidak terjadi.

Ada orang yang cuba mengatakan saya melarikan diri untuk "mengelakkan" hukuman saya kerana mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya. Itu yang mereka mahu anda percaya. Ia langsung tiada kena mengena dengan kesalahan yang didakwa dalam perbicaraan saya mengenai hasutan. Aku telah melarikan diri kerana aku tahu mereka akan menahan saya di bawah Internal Security Act (ISA) tanpa sebarang perbicaraan untuk menghentikan saya untuk mendapatkan bukti yang lebih lanjut tentang cara polis menutup fakta-fakta di sebalik pembunuhan Altantuya.

Namun fakta ini tidak akan disemubuyikan lagi. Sebelum sambutan Natal tahun ini akan wujud fakta-fakta tersebut. Malaysia akan diberitahu kebenaran yang berlaku di sebalik pembunuhan Altantuya. Malaysia akan dapat melihat diri sendiri bukti-bukti bagaimana Musa Hassan dan polis Malaysia memastikan bahawa Najib akan menjadi Perdana Menteri daripada dipenjarakan dengan konspirasi menutup kebenaran di sebalik pembunuhan itu.

Sudah terlambat bagi mereka untuk menghentikan saya sekarang. Bahkan sekiranya saya masih menghilangkan diri sendiri, ia tidak akan menghalang fakta daripada daripada dikemukakan. Setelah lapan bulan saya melarikan diri, saya tidak menghabiskannya dengan sia-sai. Fakta-fakta telah dikumpul. Saya telah mengumpulkan semua fakta yang berkaitan untuk dipersembahkan kepada Rakyat Malaysia. Dan, apabila ia dipersembahkan kepada Rakyat Malaysia, semua orang akan melihat bagaimana peranan Musa Hassan dan polis untuk menutup kes pembunuhan Altantuya untuk menyelamatkan orang-orang dalam pembunuhan itu daripada dihantar ke penjara.

Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menyesalkan bahawa Malaysia telah berubah menjadi negara polis. Mahathir, pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, marah kerana polis di negara ini dan membantu rejim haram yang dianggap oleh Mahathir untuk menjalankan tugas. Ini adalah pandangan Mahathir. Dan ini menjadi pandangan saya juga. Dan saya menolong Mahathir dalam perkara ini. Saya akan membantu Mahathir untuk membuktikan apa yang dia katakannya itu benar. Mahathir harus membuktikan juga bahawa apa yang dia katakan adalah benar iaitu Malaysia adalah negara polis dan polis membantu regim haram untuk mentadbir negara.

Tidak mengapa sekiranya Najib dan kumpulannya masuk penjara atau tidak. Yang saya prihatin ialah Musa Hassan akan menjadi orang yang pertama untuk dihantar ke penjara. Beliau harus dihantar ke penjara kerana beliau merupakan Ketua dalam kerja menutup kes pembunuhan Altantuya. Kemudian yang lain boleh dimasukkan penjara.

Polis di Malaysia merupakan sekumpulan gangster berseragam. Mereka sebenarnya lebih teruk daripada gangster. Bahkan gangster memiliki etika. Jika anda pernah bercampur dengan mereka, anda akan tahu apa yang saya maksudkan. Gangster yang berseragam tidak mempunyai etika sama sekali. Lebih teruk lagi, gangster berseragam ini sembahyang lima kali sehari dan menghala ke Mekah dan membayangkan diri mereka sebagai umat pilihan Allah yang telah dijanjikan sebuah tempat di Syurga , walaupun mereka tidak peduli apa pun dosa dan kejahatan yang mereka telah lakukan.

Saya telah dipenjara dulu. Penjara adalah satu tempat untuk mengumpul pelbagai jenis orang dan sampah masyarakat. Tapi banyak kali mereka yang disebut sebagai sampah masyarakat telah terbukti mereka adalah lebih baik daripada gangster yang berseragam. Saya telah, pada kenyataannya, telah diberikan perlindungan 24 jam oleh orang-orang yang akan anda anggap sebagai sampah masyarakat. Mereka berdiri di luar sel sementara saya tidur didalam demi memastikan bahawa tiada sebarang ancaman datang kepada saya supaya saya boleh hidup untuk meneruskan perjuangan untuk Malaysia.

Ya, apa yang ironi. Orang yang dianggap sampah masyarakat oleh kita telah menjadi penyelamat kepada saya ketika saya berada dalam penjara daripada orang-orang berseragam. Inilah pengajaran saya ketika dalam penjara. Ini telah membuat saya lebih mempercayai mereka sekiranya saya berada di tangan gangster, perampok dan penculik berbanding berada di tangan orang-orang berseragam.

Bukan apa lagi. Musuh utama bagi Malaysia sekarang adalah polis. Mereka adalah orang yang terlebih dahulu diubah sebelum kita dapat menurunkan satu regim yang dinamakan Barisan Nasional. Rakyat Malaysia harus mengubah Polis. Musa Hassan harus menjadi orang yang pertama. Sekiranya kita memisahkan kepala dari lehernya maka regim akan runtuh. Dan hanya selepas itu orang-orang di balik pelbagai pembunuhan dapat dibawa ke mahkamah.

tindakan polis perak pd ADUN PR





apa kerja sebenar polis?
apa nak jadi dgn 1 malaysia

Wednesday, October 28, 2009

Sunday, October 25, 2009

ayat suci timbul kat badan



Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pelbagai petanda kekuasaan Allah SWT telah dipertunjukkan bagi mereka yang mahu berfikir dan mengambil iktibar.

kes akan di buang,utk selamatkan BN?



Apabila dua ekor katak ini melompat menjadi Bebas yang menyokong BN, ramai yang telah membuat spekulasi bahawa kes mereka mungkin akan dibuang atau ditangguhkan sehingga PRU13 nanti..

Dan hari ini spekulasi mungkin kes akan dibuang ternyata benar kerana saksi utama kes telah menukar kenyataannya sekaligus menjadikan keterangannya bercanggah sama sekali dengan kenyataannya yang dahulu..

80% TBH di bunuh



Dr Pornthip Rojanasuna saksi profesional bagi pihak keluarga Teoh Beng Hock telah memberikan rumusan bahawa 80 peratus punca kematian Beng Hock adalah kerana dibunuh dan hanya 20 peratus sahaja kerana bunuh diri..

dlm BN dpt 1juta

rumah bekas MB mana ni?

PKFZ scandals



Saturday, October 24, 2009

Thursday, October 22, 2009

salahguna wang rakyat



acer aspire 5051 Rm42,000.00 seunit



Saturday, October 17, 2009

Thursday, October 15, 2009

normah mohd saman -wangsa maju




Sekarang ini, kita berdepan pelbagai rintangan termasuk politik wang dan bahaya rasuah yang sudah menjadi darah daging masyarakat kini,"

4 rukun muhiyyidin(tak termasuk tutup aurat)

1. Kesatuan Minda (Wahdatul Fikr)

2. Kesatuan Hati (Wahdatul Qalb)

3. Kesatuan Amal (Wahdatul Amal)

4. Kesatuan Matlamat (Wahdatul Hadaf)

mcmana ni tudung pun tiada nk jd pemimpin?



apakata ketua puteri umno kedah?tidakkah ini mencemar Islam bukan bloger le

tunjukkan keberanian pemuda




rakyat didungukan,pemimpin dikayarayakan

KJ juga perlu disiasat. Itu kata Anwar Ibrahim dan Angkatan Muda Keadilan.Kekayaan luar biasa yang ia miliki datang dari mana ?Adakah ECM Libra yang menjutawankannya atau sahabat karibnya Kalimullah Hassan.

Menurut sumber yang rapat dengan Kalimullah, beliau sendiri hanya pernah memiliki sebuah 'motosikal berwarna kuning' sahaja pada tahun 1980-an. Beliau juga dikatakan menjadi kaya dalam sekelip mata.

Nor Mohamed Yakcop bekas Menteri Kewangan Malaysia merupakan orang yang perlu disiasat sama. Baling batu sorok tangannya dalam banyak kes melibatkan negara masih belum dibongkarkan.

Satu ketika dahulu Ezam Md Nor beria-ia sangat membuat laporan dimerata tempat tentang perkara ini.

Pada fikiran pemerhati politik yang juga merupakan orang awam, Nor Mohamed, Kalimullah dan KJ perlu disiasat kerana banyak dakwaan mengatakan mereka membaham kekayaan negara.

Tentu Tun Dr Mahathir Mohamed bersetuju dengan pendapat awam ini dan akan meminta Najib mendahulukan kehendak rakyat.

Pak Lah PM billboard-Mahathir



cuba tgk di parlimen bagan datoh penuh gambar Zahid Hamidi

musa oh musa!!!

written by sactyr, October 15, 2009 17:43:03
Oi Musa,

Altantuya apa macam?
Kugan apa macam?
Teoh Beng Hock apa macam?
Khir Toyol apa macam?
Samy apa macam?
Mat Rempits apa macam?
Your own collaboration with Chinese underground syndicates apa macam?
All these people aren't guilty eh??
Crime is going right through the roof throughout the country, and you want to catch a blogger?? And what did you do to deserve your promotion??

nak selamat rasuah-masuk umno



Akhirnya seperti yang ramalkan oleh ramai pemerhati politik, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri telah menutup siasatan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri Lunas (ADUN), Mohammad Radzhi Salleh berhubung dakwaan beliau membuat tuntutan tidak munasabah ketika memegang jawatan Exco kerajaan negeri.

jumpa diperancis

masa jd timbalan menteri

Wednesday, October 14, 2009

TS samad md isa pejuang bangsa?

Surat ini pernah cheGuBard dedahkan lebih 4 bulan lepas, akhbar cina memberikan liputan luas malangnya akhbar berbahasa Melayu tidak ada yang ingin siarkan kerana dihalang tangan ghaib.

Surat ini diperolehi dari seorang teman yang rapat dengan pejabat tanah di Port Dickson.

Isunya ialah ketika hampir pilihanraya 2004, Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Sembilan telah memberikan kelulusan khas beberapa tanah antaranya ialah tanah pantai di Port Dickson.

Atas ini dipaparkan salinan dokumen Pemberi Milikan Tanah KERAJAAN seluas lebih kurang 4.046 meter persegi (Empat Ribu Empat Puluh Enam meter persegi) di Pantai Purnama, Mukim Pasir Panjang, Daerah Port Dickson.

Tanah tersebut telah diberi status HAKMILIK KEKAL kepada (tauke kaya) Yeow Chai Boon.

Siapa Yeow Chai Boon..?

Yeow Chai Boon ialah salah seorang daripada 4 individu yang dikatakan menjadi "Banker" kepada Isa Samad dan menjadi penaja besar kepada UMNO/Beer eNd dalam pilihanraya Bagan Pinang selain daripada Tan Sri Dr Gan Kong Seng, Dato' Chua Tiong Moon dan Dato' Yap Kat Boon.

Nah... ini ialah bagaimana KERAjaan UMNO/Beer eNd "memperjuangkan" hak-hak dan juga kepentingan orang melayu dan juga Malaysia, dengan cara menggadaikan kesemuanya kepada kroni-kroni mereka.

Dengan kuasa yang ada pada mereka, mereka boleh sahaja melanggar mana-mana undang-undang tanpa dikenakan apa-apa tindakan. tanah rizab dijual dan diberi status HAKMILIK KEKAL kepada kroni-kroni sesuka hati mereka.

Selain daripada ini, masih terdapat banyak lagi tanah-tanah rizab dan juga tanah-tanah adat telah dijual kepada kroni-kroni mereka tanpa pengetahuan orang ramai. aku ada deretan senarai tanah-tanah yang tersebut dan untuk pengetahuan korang, bukan sahaja tanah-tanah persisiran pantai sahaja yang tergadai, malah tanah laut, laut dan pulau pun turut tergadai dek kerakusan pemimpin Umno.

Satu lagi pemilik tanah itu juga abang kepada exco kerajaan negeri ketika itu. Ketika Isa mempengerusikan mesyuarat yang memberikan tanah pada abangnya dia ada dalam mesyuarat tersebut.

SPRM teruskanlah buta dan pekak !!!

apakah ini juga pengkianat bangsa,agen amerika?














Tuesday, October 6, 2009

kat sini kna pukul oleh 20 orang pas


negara rasuah lebih teruk dari yahudi



Malaysia Negara Islam yang lebih rasuah dari Yahudi


Cuba korang perhatikan dimanakah kedudukan Malaysia dalam carta "Corruption Perceptions Index 2009" (CPI) yang dikeluarkan oleh Transparency International di bawah ni..

Malaysia negara Islam yang ditadbir oleh majoriti orang Islam berada ditempat ke 47 dibelakang negara Yahudi yang berada ditempat ke 34.. dan jauh dibelakang Singapura yang ditadbir oleh bukan Islam yang berada ditempat ke 4.

Malaysia, negara tanah tumpahnya darah ku.. Negara Islam yang lebih rasuah dari negara Yahudi, Negara Yahudi aku kata kerana Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel.

Negara Isalam jenis apakah Negara kita ini?? Adakah Islam membenarkan rasuah diamalkan?

kalau ini siapa zalim-bukan yahudi lagi