Kelantan, Wan Ubaidah mencadangkan agar lelaki muslim yang mahu beristeri lebih dari satu mengambil janda sebagai isteri kedua atau ketiga atau keempat mereka. Ini adalah lebih baik dan mulia daripada mereka mengambil anak dara sebagai isteri tambahan.
Wan Ubaidah yang merupakan exco wanita, keluarga dan kesihatan negeri Kelantan, berkata terdapat seramai 16,500 janda yang berumur bawah 60 tahun di negeri Kelantan. Jika lelaki muslim mengambil mereka sebagai isteri kedua dapat mengurangkan beban para janda tersebut menyara keluarga serta anak-anak mereka.
Dia menekankan bahawa bukanlah tujuannya untuk menggalakkan poligami, tetapi sebagai satu cara membantu golongan ibu tunggal yang memerlukan pertolongan.
Beliau menyarankan suami yang meninggalkan isteri mereka begitu saja tanpa sebab- yang munasabah dihukum rotan sebagai salah satu cara mengingatkan para suami agar bertanggung jawab.
Cadangan di atas patut disambut dengan baik oleh para suami yang berhasrat membuat kebajikan dengan menghulurkan bantuan kepada para janda dan anak-anak mereka.
Kerajaan juga sepatutnya menyediakan satu skim galakan kepada mereka yang menyambut dan melaksanakan cadangan di atas. Skim galakan yang boleh diberikan adalah seperti pengecualian cukai pendapatan, kemudahan pembelian rumah, kemudahan proses kelulusan berkahwin poligami, kemudahan pinjaman perniagaan dan lain-lain lagi yang dapat menyibukkan keluarga tersebut.
Dengan kesibukan mendapat dan menguruskan segala kemudahan di atas maka akan berkuranganlah aktiviti cemburu serta gaduh antara para madu. Ini akan dapat menghindarkan para suami dari pening kepala melayan kerenah isteri masing-masing.
No immediate need to recalibrate budget - PM
5 years ago
No comments:
Post a Comment