Saturday, November 21, 2009

SPRM bodohkan rakyat




Agensi berita Bernama semalam melaporkan bahawa Hakim Mohd Ariff Mohd Yusof, dalam keputusannya, berkata Seksyen 30(3)(a) Akta SPRM 2009 tidak memberi kuasa kepada SPRM untuk menjalankan siasatan ke atas saksi 'siang dan malam'.

'Frasa 'dari hari ke hari' dalam seksyen itu tidak bermakna 24 jam tetapi waktu pejabat biasa,' kata hakim itu dalam keputusannya.

'Oleh itu, saya bersetuju bahawa pemohon dalam kes ini telah ditahan secara tidak sah oleh SPRM,' kata Hakim Mohd Ariff.

Katanya, SPRM telah 'melanggar matlamat perundangan' dan hak asasi seperti termaktub dalam di bawah Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan.

Encik Tan, 39 tahun, menyaman ketua SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, penolong superintendennya, Encik Mohammad Hassan Zulkifli, dan SPRM kerana menahannya dan menyoal siasat secara salah.

Mahkamah mengarahkan SPRM membayar ganti rugi kepada Encik Tan. Pendaftar mahkamah diserah menetapkan jumlahnya.

Lebih 70 peratus daripada sekumpulan responden yang disoal selidik berhubung rasuah di Malaysia mendakwa sudah hilang kepercayaan terhadap usaha kerajaan membanteras rasuah dan bosan dengan penularan gejala itu.

Presiden Transparency International (TI) Malaysia, Datuk Paul Low, berkata antara rungutan utama di Malaysia ialah mengenai kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap orang kenamaan dan tokoh politik yang terbabit dalam kes rasuah besar.

'Umum berpendapat perubahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menghasilkan keputusan diharapkan, sebaliknya lebih banyak kepincangan agensi itu didedahkan sejak kebelakangan ini.

'Kes kematian Teoh Beng Hock ketika disoal siasat SPRM menimbulkan pelbagai persoalan berhubung kaedah operasi agensi ini, terutama cara mengendalikan soal siasat serta mengumpul bukti.

'Selain itu, pihak berkuasa di sini juga didakwa pilih kasih ketika mengambil tindakan dan tidak bersikap saksama,' katanya pada sidang media mengumumkan Laporan Rasuah Global 2009 TI yang dikeluarkan di sini, kelmarin.

Laporan yang menjurus kepada isu rasuah dalam sektor swasta membabitkan maklum balas dari 46 negara itu adalah penilaian awal kepada Barometer Rasuah Global, merangkumi laporan terperinci bagi setiap negara, yang akan diumumkan November ini.

Datuk Low berkata, kedudukan Malaysia sekarang di kalangan negara serantau tidak boleh dianggap selesa kerana Indonesia sudah jauh mengatasi dengan 76 peratus rakyatnya berpuas hati dengan tindakan kerajaan mereka membanteras rasuah.

Antara sebab utama, katanya, isu skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), ketiadaan tindakan susulan terhadap kes V.K. Lingam yang membabitkan campur tangan dalam pelantikan hakim dilihat rakyat sebagai pencabulan hubungan antara kerajaan, sektor awam dan swasta.

Beliau berkata, majoriti yang disoal selidik mahu hubungan sektor korporat, swasta, kerajaan dan ahli politik dipantau berterusan bagi memastikan mereka sentiasa dikawal selia bagi menjamin tiada amalan rasuah. -AFP, Reuters.

No comments:

Post a Comment