Wednesday, March 24, 2010

S trategi Bijak Ong Ka Ting..



Oleh : Shen Yee Aun

Berikut adalah strategi-strategi yang digunapakai oleh Ong Tee Keat dalam menguasai MCA..Tolong jangan terus terperangkap. Terus terpedaya. Terus ditipu. Terus dipekak dan dibutakan

Strategi 1~Bergerak di kegelapan dan bayang-bayang, menggunakan tempat-tempat tersembunyi, atau bersembunyi di belakang .

Ka Ting cukup bijak apabila dia merancang dan menjadi dalang kepada segala permasalahan yang melanda MCA pada hari ini tanpa diketahui pergerakkannya. Dengan begitu senyap dia mampu memerangkap dan menjerat Dr Chua Soi Lek dalam isu seks skandalnya tanpa disedari Dr Chua dan penyokong akan rancangan yang sudah dirancang dengan begitu rapi sebelum proses rakaman tersebut dirakam. Begitu senyap juga apabila Liow Tiong Lai mula bermusuh dengan Ong Tee Keat tanpa masyarakat siapa mengetahui siapa yang merajai Liow Tiong Lai dan rakan - rakan.

Strategi 2~Ketika musuh terlalu kuat untuk diserang, seranglah sesuatu yang berharga yang dimilikinya

Dr Chua Soi Lek sebenarnya jika bukan kerana isu seks skandalnya beliau sebenarnya seorang pemimpin yang serba lengkap dan berkebolehan. Kekuatan beliau untuk berdebat , berhujah , bekerja dan berstrategi amat menggagumkan. Oleh sebab itu terdapat juga strategi dalam falsafah Cina yang menyatakan “ Never Be Better Than You Boss Even If You Do “. Ketika Ka Ting menjadi Presiden MCA pada ketika itu Dr Chua Soi Lek hanya seorang daripada 4 orang Timbalan Presiden. Namun pengaruh , aura dan karismanya jauh melebihi Ong Ka Ting yang sememangnya terkenal sebagai seorang pemimpin yang tidak beraura dan berkarisma.

Sebagai seorang Presiden mungkin dia tidak mampu menerima hakikat bahawa Dr Chua Soi Lek lebih berkebolehan daripadanya daripada pelbagai segi maka dia cuba untuk menjatuhkan Dr Chua Soi Lek. Mungkin ketika sedang mencari keadah untuk menjatuhkan Dr Chua Soi Lek dia tidak dapat memikirkan cara kerana Dr Chua Soi Lek terlalu kebal dan hampir sempurna.

Namun selemah – lemahnya Ong Ka Ting dia bijak berstrategi. Dia faham akan erti setiap manusia yang kuat ada kelemahan mereka. Oleh itu , tindakan memberi isyarat dan mandate kepada Liow Tiong Lai mengetuai perangkap isu skandal seks Dr Chua Soi Lek dirancang dengan teliti dan seterusnya dicetak dan disebarkan ke seluruh negara.

Mungkin benarlah slogan kempen Ka Ting kali ini berbunyi “ Stability for the family and nation” apabila abang dan adik dalam keluarga MCA sanggup dijatuhkan olehnya.

Strategi 3~Pinjam tangan seseorang untuk membunuh

Dia pinjam tangan Liow Tiong Lai untuk mencetuskan isu skandal Dr Chua Soi Lek. Dia sekali lagi mencaturkan Liow Tiong Lai , Chew Mei Fun dan Wee Ka Siong untuk merancang undi tidak percaya terhadap Ong Tee Keat. Dia sekali lagi pinjam tangan mereka untuk mendesak pemilihan parti berlansung.

Lihat betapa bijaknya Ka Ting tanpa perlu mengotorkan tangannya. Saya mula ragu – ragu akan kebolehan dan kewibawaan tangan yang dia pinjam untuk bunuh kerana lawan sahaja tidak mati namun mampu bangkit hidup kembali daripada keranda. Kedua – dua mangsa yang hendak dibunuh menjadi semakin kuat. Pembunuh yang tidak berguna. Bagaimanalah orang sebegini mampu menjadi Timbalan Presiden ? Gagal dua kali dalam assassination .

Strategi 4~Buat musuh kelelahan sambil menghemat tenaga.

Jika kita imbas titik permulaan masalah berlaku di MCA. Ka Ting tidak pernah muncul pun sebagai watak di dalam wayang ini dalam diam - diam. Namun dia bijak melaga – lagakan persengketaan antara Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek. Dia bijak mencaturkan satu situasi Ong Tee Keat akan mengambil tindakan pemecatan terhadap Dr Chua Soi Lek dan dia menyedari kekuatan Dr Chua Soi Lek dalam parti sejak dia menjadi Presiden lagi atau mungkin sejak dia menjadi tukang beg Tun Ling Liong Sik lagi. Dia tahu masalah ini tidak akan terhenti begitu sahaja. Tepat ramalannya . Naga Soi Lek bangkit menentang Ong Tee Keat maka permusuhan antara 2 puak berlaku. Maka timbul pepecahan antara MCA. Maka hasrat 1 Malaysia Perdana Menteri tidak tercapai. Maka MCA kini terbahagi kepada 2.

Sambil 2 buah catur yang bodoh ini tidak menyedari mereka sebenarnya sedang dicaturkan oleh seorang strategis musang handalan mereka pun mula pertempuran yang besar dan berlanjutan begitu lama. Pada ketika itulah Ka Ting sedang membuat persedian dan menyimpan tenaga untuk menunggu masa yang sesuai untuk melancarkan serangan. Bila Ka Ting lancar serangan ? Lihat strategi 5.

Strategi 5~Gunakan kesempatan saat terjadi kebakaran untuk merompak

Hebatnya Ka Ting berbanding strategis handal seperti Zhu Ge Liang dan Sun Tzu perlu tunggu kebakaran berlaku baharu ambil kesempatan dia mampu rancang untuk terjadinya kebakaran juga. Dia sudah rancang untuk berlakunya kejadian kebakaran setelah sekian lama.

Akhirnya pergelutan menjadi semakin parah dan tidak terkawal maka bermulah pemilihan MCA kali ini sedangkan pemilihan bakal dilakukan setahun dari sekarang. Tanpa melengahkan masa dan tepat pada masanya akhirnya musang ini keluar dan membawa imej sebagai bomba. Hendak padamkan api yang dia cetuskan.

Orang yang memecahkan MCA kepada 2 kini kepada 3 pula hendak melaungkan perpaduan dan penyelesaian yang cuba dibawa.

Strategi 6~Berpura-pura menyerang dari timur tetapi sebenarnya menyerang dari barat

Sebenarnya sudah lama dia tidak berpuas hati terhadap Ka Ting. Ka Ting gagal menjatuhkan Soi Lek seperti yang dia harapkan. Ka Ting hendak buka kitab sejarah skandal lama semasa pemerintahannya. Dia sememangnya akan cuba sedaya upaya untuk menghalang kitab itu dibuka oleh Tee Keat.

Tetapi dia begitu bijak sampai seolah – olah dia tidak bermusuhan dengan Tee Keat. Sebab itu dia menelefon Tee Keat supaya tidak bertanding dan bagi dia laluan berdepan dengan Soi Lek kerana dia sedar hanya pengaruh Tee Keat dan dia mampu mengalahkan Soi Lek. Jika hanya bergantung pada pengaruh peribadinya tidak cukup untuk menang dalam pertempuran kali ini.

Dia hendak yakinkan Tee Keat seolah – olah mereka dalam puak yang sama. Seolah – olah musuh mereka semata – mata Soi Lek. Kali ini Tee Keat sudah tidak ditipu lagi. Musang sudah mula menunjukkan belangnya. Hanya manusia yang bodoh dan jahil akan percaya pada si musang ini.

Dia berpura – pura seolah – olah hanya bermusuh dengan Soi Lek tetapi realitinya 2 orang pemimpin hendak dia hapuskan sekali gus.

Tawaran kekal menjadi Menteri jika benar khabar angin ini maka sah – sah Ka Ting boleh didakwa sebagai cuba merasuah.

Strategi 6~Mengorbankan batu demi emas

Realitinya apabila beliau meminjam tangan Liow Tiong Lai , Wee Ka Siong dan Chew Mei Fun beliau sebenarnya sedang mengorbankan ketiga – tiga batu ini untuk mendapat keuntungan yang tidak ternilai. Ketiga – tiga batu ini tidak sedar mereka merupakan buah catur yang dikorbankan di medan perang sehingga ke saat ini.

Cuba kita fikir. Ong Ka Ting sudah pernah menjadi Presiden dan Menteri selama 3 penggal.

Liow , Wee dan Chew yang berkuasa dan memegang jawatan pun tidak sampai 2 tahun. Dianggap sebagai pelapis MCA. Diramalkan sebagai darah baharu. Dikatakan sebagai bersih dan setia. Baik perwatakan mereka selama.

Namun imej mereka terjejas setelah menerima arahan daripada Ka Ting. Ka Ting got nothing to lose in this peperangan. But think back again. If all this did not happen. For sure Ka Siong will be the future Vice President easily and Liow Tiong Lai will be the President if looking back at their close relationship with Tee Keat before this.

Kini ketiga – tiga mereka dimaki ,dicari dicemuh. Hilang imej sebagai pemimpin berwatakan baik. Dianggap pembelot. Dianggap jahat dan kejam. Dianggap gila kuasa. Dilabel pelbagai situasi. Dan skandal mereka 1 per 1 dibongkarkan. Liow dengan isu kereta Toyota Estima. Wee dengan isu PKFZ oleh Malaysia Today.

Apa yang terjejasnya percaturan ini dan kesan kepada Ka Ting ? Jawapannya NOTHING !

Dia kini dilihat sebagai kuasa ketiga yang neutral. Baik. Penyelamat dan penyatu MCA. Superman Ironman and Ultraman MCA.

Strategi 7~Permainkan harimau untuk meninggalkan sarangnya

Setelah rancangan untuk mendesak Tee Keat berundur dan lepaskan takhta. Setelah rancangan gagal untuk sekat Soi Lek kembali berkuasa. Setelah Tee Keat dan Soi Lek sudah bersatu menentang Liow yang merupakan batu dan buah catur pengorbannya. Dia sudah tahu. Dia sudah kalah dalam peperangan ini. Tidak lama lagi akan checkmate kalau perpaduan dan penyatuan Tee Keat dan Soi Lek semakin kukuh. Tiada sesiapa lagi dan tiada benda lagi yang mampu dibuat lagi bila ketika keadaan itu berlaku. Maka sebelum keadaan itu benar – benar menjadi dan menjadi semakin kukuh.

Entah apa teknik diguna sehingga menyebabkan Soi Lek akhirnya meninggalkan sarangnya dan memberi laluan kepada pemilihan presiden dan akhirnya dia sudah ada peluang untuk kembali merebut jawatan Presiden. Emas yang ditunggu – tunggu oleh beliau setelah sekian lama.

Daripada slogan saya tidak mahu campur tangan kepada saya mahu menyelamatkan MCA.

Strategi 8~Persiapkan sebuah jerat dan perdaya musuh anda dengan umpan

Dia berjaya mengumpan Liow , Wee dan Chew untuk menjadi buah caturnya. Dia berjaya mengumpan Tee Keat dan Soi Lek bergaduh. Dia berjaya mengumpan Soi Lek memutuskan tindakan penyatuannya dengan Tee Keat. Dia beri harapan palsu kepada Tee Keat bahawa dia akan menang sebab itu Tee Keat begitu berani menyatakan kalau kalah sedikit pun dia akan letak jawatan. Namun akhirnnya dia membelot dan undi tak percaya terhadap Tee Keat. Tee Keat termakan dengan kenyatannya sendiri. Nasib baik Tee Keat tidak diumpan sepenuhnya jika tidak Tee Keat benar – benar akan letak jawatan dan tidak akan tahu sehingga hari ini Ka Ting yang merancang kejatuhannya. Dia juga tidak akan tahu Liow , Wee dan Chew akan membelotnya. Ketika itu Liow Tiong Lai akan menjadi Presiden yang akan diperkudakan.

Strategi 9~Pura-pura menjadi seekor babi untuk memakan harimau

Sebijak – bijaknya saya hebohkan strategi Ka Ting namun dia tidak pernah dilihat sebagai seorang pemimpin yang bijak. Selalu nampak lemah. Itulah kelebihannya. Dahulu peribahasa Cina ini bermaksud jika pemburu hendak tangkap seekor harimau dia kena memakai pakaian dan berlakon seperti seekor babi kerana makanan harimau adalah babi. Ketika dalam pakaian babi itu sudah diselit senapang di dalamnya. Apabila harimau mencari makannya maka tertembak si harimau itu.

Strategi 10~Seberangi sungai dan hancurkan jambatan

Sebelum Ong Tee Keat benar – benar boleh membongkarkan kitab skandal berbillion ringgit dia kena hapuskan jambatan supaya Tee Keat tidak mampu menyeberangi sungai. Jambatan yang dia hapuskan kali ini adalah jawatan Presiden. Hanya apabila Tee Keat hilang jambatan ini maka lenyaplah isu PKFZ selama – lamanya. Kitab ini juga akan jatuh ke dalam sungai dan tidak akan dapat dicari sesiapa lagi.


Konklusi

Kesemua percaturan Ka Ting sudah dibongkar dan jika selepas ini penyokong Soi Lek dan Tee Keat masih buta untuk mengetahui siapa sebenarnya api dalam sekam , musuh dalam selimut , gunting dibawah tikar , musang berwajah sembilan dan musuh sebenar anda berdua memang wajib kamu berdua kalah dalam pemilihan.

Kalau pertandingan 3 penjuru sudah tidak dapat dielakkan namun posisi lain Tee Keat dan Soi Lek sepatutnya bekerjsama mulai detik ini. Semua penyokong Tee Keat dan Soi Lek harus sokong Kong Cho Ha dan singkirkan Liow Tiong Lai. Begitu juga dengan timbalan presiden dan lain. Begitu juga dengan CC. Begitu juga dengan pemilihan Wanita dan Pemuda lain kali

No comments:

Post a Comment