Monday, October 18, 2010

DAP kafir zimmi/harbi

1) Berapa ramai orang Islam yang telah dibunuh oleh DAP setakat ini.?? Sedangkan setahu saya 14 orang telah syahid di Memali kerana dibunuh oleh orang atau badan tertentu.

2) Berapa luas tanah orang Melayu yang telah dirampas oleh DAP?? Sedangkan tanah rezab Melayu semakin hari semakin kurang jika dibandingkan dengan 50 tahun dahulu ketika negara mula-mula merdeka. Siapa yang menggadaikan tanah rezab melayu ini???

3) Berapa banyak masjid dan surau yang telah dirobohkan oleh DAP??? Sedangkan semua orang tahu telah begitu banyak masjid dan surau dirobohkan oleh pihak berkuasa BN di Terengganu, Selangor dan lain-lain.

4) Berapa saham dan projek untuk orang Melayu dirampas oleh DAP??? Sedangkan projek dan saham ini dibolot oleh kroni-kroni orang tertentu!!

5) Berapa banyak hak dan kedaulatan Melayu di ragut di rampas oleh DAP??? Sedangkan semua orang tahu Hak Keistimewaan Raja-Raja Melayu telah dihadkan melalui pindaan perlembagaan pada era 90-an.

6) Berapa banyak hukum agama yang telah dihapuskan oleh DAP??? Sedangkan kerajaan sekarang yang diterajui oleh pemimpin Islam terus meminggirkan Hukum Islam, mengamalkan riba, meluluskan lesen judi, rumah urut, tempat maksiat dan sebagainya....

No comments:

Post a Comment