Wednesday, November 9, 2011

awal je semangat sekarang dh membisu




tidak mesra dengan orang melayu hutan melintang lebih teruk drpd MIC dulu,lihat kat pejabatnya mana ada wakil melayu utk menyelesaikan masaalah org melayu

sama je





nak bayar makan susah sgt mari kawan2 konon nk belanja tapi susah bayar sama je mna2 politik

blum satu penggal sbgai adun dah pakai camry baru,kami masih motor cabuk tu le

bgaimana nk cari kawan?

bagaimana nk pilih pmimpin?

Tuesday, September 20, 2011

penasihat agma Mb terengganu meninggal




bagaimna dgn ceramah merata2 mngatakan kes anwar bukan konfirasi?

Tuesday, August 30, 2011

pejuang kemerdekaan sebenar!



yang memegang senapang itu polis melayu yg menjadi balaci british masa itu,klu macam tu macamana polis bukit kepong/rumah pasong yg dianggap wira,betulle penjajah menipu kita.

Dapatkah diterima orang-orang Melayu yang menjadi polis dan askar Melayu di zaman negara dijajah oleh Inggeris sebagai pejuang bangsa dan negara?... Mereka menjulang bendera Unioon Jack. Merekalah yang memberikan keamanan dan keselesaan kepada penjajah Inggeris mengaut kekayaan negara. Mereka melupakan pejuang-pejuang seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok janggut, Ahmad CD, Samsiah Fakeh dll.

Jangan dinafikan sejarah tulen bahawa Mat Indra berjuang semasa negara dijajah oleh Inggeris dan mata-mata di Rumah Pasong Bukit Kepong itu adalah kakitangan kerajaan penjajah Inggeris.

Adakah Ahmad CD dan Samsiah Fakeh itu komunis yang tidak beragama?
Mereka mendapatkan bekalan daripada pihak komunis bagi menghalau penjajah Inggeris. Apa salahnya?

Adakah kerajaan Malaysia yang mendapatkan bekalan pesawat pejuang dari Rusia maka kerajaan Malaysia juga adalah komunis?

Memang patut semua mereka yang makan gaji sebagai polis dan askar Melayu di zaman penjajahan Inggris diguris hati mereka kerana mereka adalah pengkhianat bangsa dan negara kerana mereka melindungi penjajah Inggeris dari dapat dihalau oleh pejuang-pejuang Melayu tulen. Mereka menjulang bendera Unioon Jack.


Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan.

Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setiap tahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai tadbir Pentadbiran British yang berasal daripada Singapura, menggantikan raja yang berkuasa di daerah itu. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai.

Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk menangkap Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah ditikam oleh Tuk Janggut lalu terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh.

Encik Latiff pula telah melarikan diri melalui ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.

Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan serba salah. Atas Desakan Pegawai Penasihat British pada masa itu Sultan Kelantan terpaksa menganggap Tuk Janggut sebagai seorang penderhaka. Pada hal Tuk Janggut bangkit menentang atau melawan pentadbiran British yang menggunakan undang-undang cukai baru di seluruh Kelantan, termasuk Pasir Putih.

Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah terkena tembak lalu meninggal dunia. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari.

Mayat beliau digantung songsang (kaki di atas dan kepala di bawah)beberapa hari di Padang Bank (Padang Merdeka).Kemudian mayatnya itu telah ditembak oleh sepasukan pihak British sehingga putus dua badannya. Selepas itu mayatnya dibungkus dan dibawa dengan perahu ke Pasir Pekan untuk dikebumikan. -

Wednesday, August 10, 2011

Wednesday, August 3, 2011

Saturday, June 18, 2011

anak najib bertunang






Nooryana Najwa.
Nooryana Najwa, 22, menerima ijazah Bachelor of Science in Foreign Science selepas empat tahun belajar di School of Foreign Service. Kurikulum School of Foreign Service mewajibkan pelajarnya untuk mempelajari satu bahasa moden dalam masa empat tahun, dan Bahasa Arab menjadi pilihan Nooryana semasa pengajian di sana.

Beliau mendapat kelulusan ijazah pertama daripada Georgetown School of Foreign Service.

Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan lawatan kerja ke New York dan Washington DC dari 16 hingga 24 Mei, beliau telah hadir ke majlis konvokesyen Nooryana Najwa di Healy Lawn universiti itu pada 22 Mei.

Turut hadir dalam majlis itu ialah anak lelaki mereka Nor Ashman dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis.

Sebab itulah Dzulkefly Ahmad menegur bagaimana beliau menggunakan dana kerajaan untuk keluar negara atas nama urusan rasmi negara, tetapi dalam masa yang sama pergi ke majlis konvokesyen anaknya.

Begitu juga dalam lawatan kerja ke Kazakhtan, beliau dan isteri menggunakan kesempatan ini untuk merisik perkahwinan Nooryana Najwa. Tidak menjadi kesalahan bagi perdana menteri merisik perkahwinan anaknya di Kazakhstan tetapi Najib sepatutnya mengambil cuti rasmi dan tidak membelanjakan dana awam.



Daniyar Nazarbayev
Nama akhir Daniyar iaitu Nazarbayev adalah sama dengan nama President Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev – namun ada kemungkinan juga ia tidak mempunyai sebarang kaitan.

Latar belakang Daniyar, mempunyai kehidupan yang serba mewah dan penuh kontroversi kerana 'tuah' nama akhir “Nazarbayev” yang diberi ibunya selepas bercerai dengan suami terdahulu D. Kesikbayev sebelum berkahwin dengan Bolat Nazarbayev, seorang ahli kerabat Presiden Kazakhtan.

Pada Oktober 2006, New York Post melaporkan Daniyar Nazarbayer, yang dinamakan sebagai ‘anak kepada President Nursultan Nazarbayev’, telah membeli beberapa apartment di 55 Wall Street.

Salah satu apartment dengan dua bilik bernilai $2.9 juta dan satu lagi dengan satu bilik bernilai $2.1 juta. Tidak pasti sama ada ia benar ataupun khabar angin, tapi akhbar ada melaporkan ‘President Nazarbayev telah melawat rumah tersebut sendiri semasa menghadiri UN Summit (Persidangan PBB) dan memberikan kebenaran untuk pembelian tersebut. Ia nampaknya melibatkan banyak duit,”.

Daniyar patut berterima kasih kepada emaknya Mayra Kurmangaliyeva kerana menukar nama akhir beliau dan segala transformasi/perubahan yang berlaku adalah kerana nama akhir tersebut.

“Mengapa tidak (untuk berkahwin dengan Daniyar)? Seorang jejaka terkenal, penuh adunan dan dengan nama akhirnya yang cukup menawan… tapi, jika saya ialah bapa Malaysia, saya akan semak dulu takut-takut: adakah Daniyar sudah berkahwin semasa zaman muda? Buah epal adalah dari pokok epal, seperti yang kita tahu… dan Alma-Ata (ibu kota Kazakhstan) ialah bandar buah epal dan pokok epal,” nasihat Leonid.

Leonid Komarovskiy ialah seorang “wartawan” daripada New York dan menulis peribadi Daniyar ini di bawah artikel bertajuk “Borat is out of competition.”

Thursday, June 16, 2011

Mesej Ras Adiba ‘You’re joking right, OWC?’ bantah Kelab Taat Suami






Peguam syarie bidas Kelab Isteri Taat
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mengecam kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed yang menyarankan golongan isteri mesti patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama'.

Timbalan presidennya, Musa Awang menyifatkan kenyataan Dr Rohana itu sebagai satu kenyataan yang "biadap dan celupar" kerana meletakkan diri seorang isteri serendah seorang pelacur.

"Isteri bukanlah seorang pekerja seks bagi suami. Tugas isteri melayan suami adalah suatu ibadah yang diberi ganjaran pahala dari Allah.

"Walaupun suami diwajibkan memberikan nafkah kepada isteri dalam bentuk tempat tinggal, makan minum, pakaian atau wang ringgit, ia bukanlah sebagai ganti kepada khidmat seks yang isteri berikan.

"Ia adalah suatu amanah dan tanggungjawab kerohanian yang telah ditetapkan oleh agama, yang juga diberi ganjaran pahala oleh Allah," katanya.

Pelacur kelas pertama

Minggu lalu, Dr Rohana dilapor mengingatkan seseorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama' bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Katanya, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami antara punca utama kegagalan rumah tangga dan punca suami beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Musa berkata kenyataan itu tidak sepatutnya keluar daripada seorang wanita yang berpendidikan kerana ia "menjatuhkan imej wanita walaupun mungkin niatnya baik supaya isteri mentaati suami".

"Bukan menjadi kelaziman masyarakat Melayu Islam untuk melanggan pelacur, cuma hanya segelintir sahaja yang berbuat demikian.

"Tidak semua lelaki tahu bagaimana servis seorang pelacur kelas atas. Jadi kenyataan tersebut menggambarkan seolah-olah semula lelaki Melayu Islam melanggan pelacur," katanya.

Sehubungan itu, pihaknya menyeru kepada semua wanita supaya tidak menyertai kelab tersebut kerana dari awal lagi telah menampakkan kecelaruan halatuju dan matlamatnya, serta merendah-rendahkan martabat wanita.

Menurutnya, penubuhan kelab itu tidak akan membantu dalam menyelesaikan masalah perceraian yang dikatakan berlaku setiap 15 minit atau anak luar nikah yang lahir setiap 17 minit.

Sebaliknya, kelab seperti ini sepatutnya melebihkan usaha yang padu ke arah melahirkan suami, bapa, anak lelaki dan muslimin mithali sebagaimana yang dipandu oleh Islam. - Malaysiakini

* Orang Melayu ni sukar menerima sesuatu pendekatan, strategi, idea yang baru (tidak bertentangan dengan Islam) tapi kalau maksiat yang baru no 1 dia ikut...

Monday, June 6, 2011

KedahLanie.info: BEKAS CEO TNB dedahkan kenapa JANAKUASA SWASTA unt...

KedahLanie.info: BEKAS CEO TNB dedahkan kenapa JANAKUASA SWASTA unt...: "@Pantherian -Jika Ex CEO sudah bocor EPU PEKENA TNB untuk paksa tandatangani penjanjian berat sebelah, maka Tun Mahathir dan Tun Daim per..."

2009-rm1.4juta 2010-rm1.8juta 2011-rm?juta

Monday, May 23, 2011

Thursday, May 12, 2011

ada kaitan ngan Rosmah rupanya?





Tapi mengapa kematian kejam ibu saudara Rosmah dan saudara mara Rosmah yang lain itu tidak dikaitkan oleh akhbar dengan nama Rosmah? Mengapa tidak ada akhbar yang melaporkan "Ibu Saudara Datin Seri Rosmah Dibunuh Kejam" atau mengapa tak dilaporkan, "Suspek Pembunuhan Kejam Gemencheh Ialah Anak Saudara Pupu Rosmah Mansor"???

Tuesday, May 3, 2011

perbedaan PM Najib dengan MB Kelantan..



Lihat perbedaan PM Najib dengan MB Kelantan..

KL 3 Mei 11: Datuk Seri Najib Razak berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad hari ini. Najib adalah PM Malaysia dan Pengerusi BN,

Sedangkan Mursyidul AmPAS dan MB Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, "Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.”

Tambah Tok Guru lagi, itulah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Menurutnya, sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.

Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.

Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.

Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.
TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.

di tipu hidup2 AS

Saturday, April 30, 2011

Friday, April 22, 2011

Video Sex : Pendirian PAS





PAS mengambil sikap menunggu hasil siasatan yang dilakukan oleh kerajaan berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang sebelum membuat sebarang pendirian.

NONESetiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (tengah) berkata proses siasatan yang dilakukan sekarang berdasarkan kepada undang-undang dan perlembagaan yang sedia ada.

"Dari sudut PAS, PAS kata siasat dahulu sebab proses yang dilakukan oleh kerajaan ini berdasarkan kepada undang-undang dan perlembagaan yang ada.

"Ia bukan berdasarkan kepada kaedah Islam. Jadi (PAS) ikut proses perlembagaannya, (dan mengikut) undang-undang yang sedia ada

NONE"Kalau kerajaan memutuskan cara mengikut Islam, (di) Mahkamah Syariah. Tapi di Mahkamah Syariah dalam kes liwat (sebelum ini) dah tolak dah... Kalau itu, kita lihat posisi kita lagu (macam) mana.

"Kalau betul-betul kerajaan memutuskan kes ini mengikut cara Syariah misalnya, kita akan adakan satu pendirian kita," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau menjawab soalan wartawan berhubung cadangan bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mencadangkan supaya ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah mubahalah (sumpah laknat) bagi membersihkan dirinya dari tuduhan bahawa individu dalam video tersebut adalah mirip kepada beliau.

NONEMenjawab soalan bahawa dengan bersumpah, Anwar dapat membersihkan dirinya dari tuduhan tersebut, Mustafa enggan mengulas "perkara yang tidak berlaku" dan sekali lagi berpegang kepada pendirian yang dinyatakannya sebelum itu.

Mustafa juga enggan menjawab andaian bahawa lelaki dalam video itu adalah Anwar.

"Kalau bukan dia (dalam video) macam mana...sehingga betul bahawa itu adalah (Anwar), baru kita boleh buat pendirian macam mana," katanya.

Mengulas kesediaan Datuk T - Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim menjadi saksi dalam kes video tersebut, Mustafa berkata:

azlan"Dalam Islam orang yang layak jadi saksi ada kriteria, kena tegoklah trio ini layak jadi saksi atau tidak. Saya tidak mahu komen jauhlah sebab kita kenal pesonaliti ini.

"Jadi ada kaeadah-kaedah berlainan. Jadi kena lihat dari sudut konteklah. Kalau nak cara Islam caranya begini. Tapi kerajaan sekarang menggunakan cara megikut undang-undang, kita ikut lunas itulah".

bangga anak perak mewah



Kemewahan Hidup Anak Ramli Ngah Talib Bekas MB Perak

Kereta mewah, Lamborghini bernombor plat JEJ41 ini dikatakan sebagai milik kepada bekas suami Nora Danish dan pakwe kepada Fasha Sandha. Memang gempak, baguslah ada anak melayu yang boleh pakai kereta mewah macam ni - malaysiasensasi.net

Sumber: Gambar Kereta Lamborghini Jejai

Thursday, April 21, 2011

imbas kembali kes video sek bekas timbalan speaker


Pita video lucah Vijandran muncul setelah rumah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vinjandran dimasuki pencuri pada 8 Ogos 1988 . Pencuri tersebut telah mencuri 11 pita video dipercayai aksi lucah D.P Vijandran yang tersimpan dalam sebuah peti besi . Ibu dan anak saudaranya yang berada di dalam rumah itu turut diugut.



Dua bulan kemudian , Datuk Megat Junid Megat Ayub selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri mengumumkan bahawa 4 orang lelaki telah ditahan dan sedang disiasat oleh pihak polis PDRM kerana memiliki pita video tersebut.


Pada 6 Disember 1989 , Karpal Singh seorang peguam dan ahli parlimen Jelutong , Pulau Pinang telah membangkitkan isu pita video lucah tersebut. Pada 11 Disember 1989 beliau menamakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vijandran sebagai lelaki dalam video tersebut. D.P Vijandran segera menafikan hal itu dan menutup suis pembesar suara Karpal Singh dan mengarahkan Karpal Singh keluar dari Dewan Rakyat. Tetapi Karpal Singh terus membuat dakwaan di luar parlimen dan mendesak V.P Vijandran meletak jawatan . Lalu D.P Vijandran membuat saman malu terhadapnya.


Datuk Zaman Khan selaku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah , PDRM menjelaskan bahawa Polis Bukit Aman akan menyerahkan laporan penuh kepada Kementerian Dalam Negeri. Terdapat percanggahan kenyataan antara Datuk Zaman Khan dengan Peguam Negara , Tan Sri Abu Talib Osman.


Tan Sri Abu Talib menasihati polis memusnahkan kesemua 11 pita video dan 4 sampul surat yang dicuri dari rumah D.P Vijandran sedangkan semua itu boleh menjadi barang kes / bahan bukti terpenting di mahkamah. Seksyen 413 Kod Prosedur Jenayah menyatakan hanya majistret mempunyai kuasa memusnahkan bahan bukti. Itupun melalui peraturan yang ketat. Sebaliknya Tan Sri Abu Talib menyatakan beliau tidak melanggar sebarang undang-undang kerana telah mendapat persetujuan daripada pemiliknya, D.P Vijandran, tokoh masa depan MIC.


Ironinya, mengapa D.P Vijandran tidak didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 24(1) Akta Penapis Filem 1952 iaitu memiliki video lucah. Denda RM10,000 dan 6 bulan penjara boleh dikenakan atau kedua-duanya sekali serta membuat laporan palsu kepada polis.


Majlis Peguam membidas tindakan Peguam Negara yang bertindak tidak mengikut undang-undang sedia ada. Tetapi Peguam Negara hanya berdiam diri dan enggan menjawab sebarang tohmahan. Pada 1988, Peguam Negara dan Majlis Peguam bertelagah berhubung pemecatan Tun Salleh Abbas selaku Ketua Hskim Negara.


Percanggahan berlaku kerana Tan Sri Abu Talib menyatakan barang kes dimusnahkan setelah mendapat kebenaran D.P Vijandran sementara Datuk Zaman Khan menyatakan polis sedang menyiasat. S.M Mohd Idris selaku Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hairan bagaimana pita video itu dimusnahkan setahun tahun (1988). Masyarakat mempunyai hak untuk mengetahui perkara sebenar. Peguam Negara sepatutnya memberitahu seawal mungkin , bukan selepas setahun dimusnahkan. Mengapa mesti dimusnahkan ?.


M.G Pandhithan yang juga bekas Naib Presiden MIC ketika itu menyatakan tokoh tertentu jelas terbabit dan D.P Vijandran harus meletakkan jawatan sebelum menjadi isu politik menjelang Pilihan raya umum Malaysia 1990. Datin Paduka Hajah Rahmah Osman selaku Ketua Pergerakan Wanita Semangat 46 mahu D.P Vijandran meletakkan jawatan sebagaimana pemimpin politik Jepun meletakkan jawatan apabila terbabit dengan skandal membabitkan geisha dan skandal penyelewengan dana parti politik.