Friday, July 31, 2009

Apakah Fatwa hanya utk rakyat MARHAEN sahaja

DS Najib Tidak Patuhi Majlis Fatwa Kebangsaan

Majlis Fatwa Kebangsaan dalam muzakarah Kali ke-19 pada 06-07 Oktober 1987 telah memfatwakan perbuatan bertafakkur dihadapan Tugu Negara ini sebagai perbuatan syirik dan mesti dihentikan serta merta. Saya sendiri telah membangkitkan isu ini pada sidang Parlimen 29.06.2009, dimana Menteri Bahagian Agama Islam JPM menjawab bahawa Kerajaan menyedari berkenaan fatwa tersebut.

Setelah hampir 22 tahun fatwa tersebut diputuskan, sehingga hari ini majlis syirik ini masih diamalkan malah ia diamalkan oleh Perdana Menteri DS Najib Abd Radzak.

Perdana Menteri bersama dengan Ketua Polis Negara berserta Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Udara dan Panglima Tentera Laut akan berdiri bertafakkur dihadapan Tugu Negara, dituruti oleh semua hadirin yang ada termasuk anggota pasukan keselamatan yang berbaris sejak subuh tadi.

Tidak ada kah Mufti Mufti yang berani menegur akan perbuatan ini ?????? Mungkin takut jawatan mufti akan di tarik ... Mufti Perak .. Ada apa apa komen ??

Mana penasihat agama Jabatan Perdana Menteri?
Ketua Polis Negara anak tokoh agama,bapa tidak tegur ke?
Panglima Angkatan Tentera,mana ustaz2 KAGAT membisu?
Mana Ketua2 agama negeri?
Mana YADIM,jakim.......membisu?
Mana ahli2 akademik bidang agama?
Mana Mufti?
Kalau rakyat marhaen semua ambil bahagian menegurnya,
dulu Al Arqam habis2an dihancurkan sampai ke pendidikan,ekonomi semuanya HARAM?
dulu anak muda merokok jadi tidak merokok,
tak sembahyang jadi kaki sembahyang,
tak tutup aurat,tutup aurat
badan yang buat macam ni semua,
jadi exco,menteri agama kerj
tetapi dek kerana fatwa semuanya HARAM takut anak muda nak dekat!!!!
sekarang mana
a haram sana sini,
nak buat kerja ISLAM semuanya tengok fulus dulu ada masuk tidak.

SEMUANYA FULUS,PANGKAT DAN KUASA ADA MASUK BOLEH KELUAR HUKUM.
IKUT ATAU TIDAK BELAKANG KIRA.

No comments:

Post a Comment