Sunday, July 26, 2009

APAKAH MELAYU BODOH?

2 September 2009

Apakah selepas genap 5 tahun Anwar Ibrahim terlepas, dia akan dihumban semula ke neraka dunia melalui sebuah pertuduhan yang lengkap bukti dan saksinya? Itu kita belum boleh tahu sebab tarikhnya belum tiba.

Namun, apa yang pasti, Anwar Ibrahim semakin tidak dipercayai. Popularitinya menurun dan dia mula dipandang jelek oleh para penyokongnya sendiri. Apatah lagi mereka yang tidak menyokongnya.

Adakah 2 September 2009 akan memberi kesan besar ke atas politik Anwar khususnya, Malaysia amnya.Tetapi sesungguhnya, seorang berdarah Yahudi sangat licik. Anwar yang telah disuntik berdos-dos doktrik Yahudi sudah tentu mempunyai pengetahuan tentang mengapa 2 SEPTEMBER menjadi tarikh yang selalu hadir dalam hidupnya.

Tetapi sehebat manapun dia, Tuhan lebih berkuasa atas sesuatu. Anwar pasti menerima nasib malangnya. Adakah pada 2 September ini? Tiada siapa mampu meramal. Sebab ada yang menggelarkan Anwar ialah BAPA RASUAH ASIA. Semua dia akan bayar. Kecuali penyokongnya, ahli partinya dan mereka yang berjaya dipukaunya.

ke neraka dunia melalui sebuah pertuduhan yang lengkap bukti dan saksinya
Neraka dunia?
neraka dunia ciptaan manusia,
ada cacat celanya,
akhir zaman ini,yang kena mereka yg perjuangkan kebenaran,
semua suhada,pejuang islam dan kebenaran dikenakan neraka dunia oleh pemerintah zalim,
lihat saidina bilal,hasan albana,syed qutb dll
tetapi hasilnya kita dapat menikmati dunia islam sekarang,
apakah kita tidak perlu lagi pejuang2 kebenaran(Islam) seperti ini.
bagaimna keturunan kita akan datang?

Pertuduhan yg lengkap bukti?
bukti apa?
bagaimana bukti Doktor dari Pusrawi dan HBKL,
apakah doktor hospital tidak boleh dipercayai?
tempatnya? jgn lagi berubah2,masa berubah2,
DNA? itupun baru saja lulus,ada apa2ke?

saksinya siapa?
apakata org kuat syariah,tidakkira dari mahkamahke,badan2 islamke,muftike,
terang sikit,saksi yg mcamna dikehendaki Islam.
kaki judi?
kaki perempuan?
kaki rasuah?
kaki salahgunakuasa?



Popularitinya menurun
kalau menurun tidakle nak habis banyakmasa,wangringgit utk menghancurkannya.
dari Pak Menteri,Ketua bahagian hingga lah ke balaci2 kampung yg tidak tahu apapun perkembangan menyebut2 tentang liwat,liwat,liwat!!!
Sedangkan anakbini mereka berpeleseran,lelakiperempuan bukan muhrim tidak menutup aurat tidak pula diambil kisah.
Sekurang2nya anak/isteri anwar tutup aurat.
Apakah kita tidak rasa bersalah melantik pemimpin yg kehulu kehilir tanpa menutup aurat.
Lihat saja You Tube siapa yg lebih popular.

dipandang jelek oleh para penyokongnya sendiri
akan dipandang jelek kalau tak melakukan apa yg dikatakan
mengajak yg maaruf mencegah yg mungkar
siapa yg berani mendedahkan salahgunakuasa yg berprofil tinggi,
menteri2,jutawan2,ketua2 pihak yg berkuasa,
apakah ia tidak boleh dibuat sesuatu yg diluar dugaan oleh mereka ini.

Tuhan lebih berkuasa atas sesuatu
Kuasa tuhan membalas yg baik kiranya berbuat baik dimuka bumi ini,dan sebaliknya
pembalasan azab bagi yg membuat kejahatan.
pembalasan kadang2 dibayar tunai oleh Allah s.w.t dimuka bumi lagi.
Pejuang2 kebenaran tahu Allah s.w.t maha mengetahui apa yg dilakukan oleh hambanya.

BAPA RASUAH ASIA
Tangkap je,tunjukkan bukti!
Tapi ingat,siapa yg menangkapnya,mendakwanya,menghukumnya,mengarahnya bolehkah dipersoal intergritinya,ketelusannya.
Apakah ada tangan yg tersembunyi yg mengarah,merasuah,menghadiahkan sesuatu utk kehendak mereka.

penyokongnya, ahli partinya dan mereka yang berjaya dipukaunya.
penyokong,ahli parti ingin sama2 berjuang menegakkan kebenaran,mengajak berbuat baik kepada semua insan tidak kira bangsa,agama yg lebih universal.

ATAS SEBAB ITULAH BELIAU BERUSAHA MENCARI JALAN KELUAR UTK MENYELESAI
KEMELUT BANGSA MALAYSIA YANG TIDAK BERKESUDAHAN

No comments:

Post a Comment