Tuesday, August 31, 2010

namewee lihat dari +ve,ramai orang marah-kalau nak potong cpat sangat.



Saturday, August 28, 2010

tuntutan peneroka felda

1. Penggredan Buah Tandan Sawit Segar (BTS) dilakukan dengan telus mengikut peraturan yang tertera dalam Manual Penggredan Buah Kelapa Sawityang dikeluarkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), termasuk penggredan BTS ‘bermutu’, ‘tidak bermutu’ dan muatan ‘ditolak’ yang menentukan pendapatan peneroka


2. Pengembalian semula Wang Tabungan Tanam Semula kepada peneroka yang tidak menyertai skim Felda


3. Penilaian semula levi RM10 sebulan bagi setiap ekar yang dimiliki peneroka.


4. Kebenaran bagi peneroka memiliki lesen MPOB bagi memasarkan sendiri hasil mereka (Akta Tanah GSA 1960)


5. Pengagihan lebihan keuntungan hasil atau bonus tahunan kepada semua peneroka meliputi mereka yang masih lagi atau sudah tidak menyertai skim Felda


6. Menggesa Felda memaklumkan dan meminta pandangan peneroka mengenai segala perubahan dasar-dasar Felda, terutama yang mempunyai kesan secara langsung kepada peneroka


7. Pembelian kayu getah dibuat pada kadar harga pasaran (semasa proses tanam semula, kayu-kayu getah dibeli oleh Felda pada harga rendah daripada harga pasaran).

adab dan hukum dlm masjid/islam,mana satu ok









Tindakan dan sikap yang diambil oleh Pengarah JAIS Khusrin Munawi dan Pengerusi MAIS Mohamad Adzib Mohd Isa yang tidak membenarkan non muslim memasuki masjid dan surau adalah bertentangan dengan fatwa yang telah diputuskan baru - baru ini .


YB Hannah Yeoh menyertai muslimat Masjid al-Falah dalam majlis Iftar Ramadhan. Beliau yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Subang Jaya turut menyampaikan sumbangan derma untuk satu majlis berbuka puasa di Masjid berkenaan.
YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini dalam isu hadir di surau, sekali lagi menerima jemputan dari masyarakat muslim di kawasannya. Teo dijemput ke surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota, di mana beliau juga sempat menyumbangkan RM500 kepada RELA.

faham ke sultan fungsi masjid


UMNO boleh memujuk semua sultan agar UMNO memegang semua kunci masjid dan surau, jangan benarkan ahli-ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat masuk ke dalamnya. Ia akan mempercepat UMNO terlingkup. Bagi umat Islam sebenar, mereka boleh mendirikan solat di mana-mana hatta segala masjid dan surau terkunci untuk mereka. Kerana Allah memerintahkan "dirikan solat", bukan dirikan masjid.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyertai senarai mereka menyokong tindakan ke atas Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching dengan menggesa agar wakil rakyat penggal pertama itu turut didakwa.

“Majlis Agama Islam Selangor (Mais) ada ambil tindakan terhadap bekas mufti (Perlis) Dr Asri kerana bagi ceramah dalam surau di Selangor tanpa tauliah.

“Oleh itu, Mais hendaklah segera mendakwa Ahli Parlimen Serdang yang mencemar Surau Al-Huda... kegagalan mendakwa bererti tidak menyahut titah Sultan Selagor yang amat murka dan dukacita,” kata Ibrahim dalam kenyataannya.

ezam: dulu sekarang dan selamanya berubah2

mcm2 dolak dalih


lagi rumah taib mahmud di Boylston Avenue East




RM21 juta

Saturday, August 21, 2010

umno kata mca kurang ajar



Sikap yang UMNO dah tunjukkan selama ini .. seperti membelakangkan agama, mengkhianati bangsa sendiri, adalah 10 kali lebih dari kurang ajar. Jadi memang tak kena kalau UMNO menuduh MCA kurang ajar.

Mari kita lihat sebahagian yang dipaparkan di bawah ini;

* Siapa yang kata Sultan Terengganu binatang ?
* Siapa yang cuba mengguling dan menukar takhta sultan Kelantan ?
* Siapa yang membuat fitnah liwat terhadap bangsa seagamanya sendiri ?
* Siapa yang membelasah bangsanya sendiri semasa dalam penjara ?
* Siapa menghentikan pelajaran jawi disekolah ?
* Siapa yang arah tutup sekolah agama?
* Siapa yang tarik balik bantuan untuk sekolah agama ?
* Siapa yang luluskan lesen judi dan arak di negara ini?
* Siapa yang membiarkan kes murtad berleluasa ?
* Siapa yang mendorong anak-anak remaja Melayu berzina?
* Siapa yang mengkhianati hak-hak istimewa orang Melayu?
* Siapa yang merogol gadis remaja Melayu yang masih dibangku sekolah?
* Siapa pemimpin yang suka songlap atau menggelapkan duit rakyat?
* Siapa pemimpin yang sewenang-wenang menghina nabi kita?
* Siapa pemimpin yang bunuh bangsanya sendiri semata-mata kerana politik?

ulamak umno tak haramkan?Doa Untuk Lim Guan Eng Vs Solat Hajat & Yassin Utk Kamala MIC




“Dua doa yang lain ialah kita mendoakan kesejahteraan seseorang pemimpin itu walaupun dia berlaku tidak adil, seolah-olah kita bersetuju dengan kezaliman dia, dan satu lagi ialah berdoa memuji kepimpinan, seolah-olah doa penghias kepimpinan)... kedua-dua ini tidak boleh dilakukan,” katanya.
Doa pertama menurut beliau, meminta seseorang pemimpin diberikan petunjuk atau hidayah manakala yang kedua berharap agar seseorang pemimpin itu bersikap adil atau bersimpati dengan nasib rakyat.

“Doa ini boleh dibacakan ke atas pemimpin sama ada mereka itu Islam atau bukan Islam,” kata Dr Asri

kedah bila lagi

bukti umno kianati bangsa


umno mendaulatkan bahasa?


Thursday, August 19, 2010

siksanya peneroka cari rezeki,Yusof nor senang dpt rm2juta setahun




Persoalan untuk dijawab oleh Felda
1. Bagaimana kedudukan pelaburan Felda didalam Syarikat Twin Technology US Inc (TRT US) pada tahun 2007 yang berjumlah RM270 juta?

2. Bagaimana pelaburan Felda melalui Felda Global Ventures Sdn Bhd dalam projek penternakan lembu berjumlah RM688 juta?

3. Mana perginya wang tabung tanam semula sejak 1970 hingga kini yang berjumlah hampir RM768 juta?

4. Berapakah keuntungan sebenar Felda Plantation dan kemanakah ia disalurkan?

5. Benarkah Felda Global Ventures Sdn Bhd ada meminjam dari KWSP untuk pelaburan yang mencecah bilion ringgit termasuk di Cincinnati dan Boston?

6. Kenapa Skim Pinjaman Perumahan Felda/Generasi Kedua tidak disubsidikan seperti Rumah Mesra Rakyat dibawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)?

Felda kaya raya atas keringat peneroka. Pemimpin berjoli sewenang-wenangnya atas nama pelaburan untuk menyenangkan kroni. Nasib malang kepada peneroka yang "hutang berantai" tidak pernah langsai. Harimau mati meninggalkan belang, peneroka mati dilonggokkan hutang!

Wednesday, August 18, 2010

cakap tak serupa bikin/tahanan ISA ni cmne



Saya faham perasaan beraya tanpa suami - Rosmah

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Isteri anggota keselamatan yang terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa kehadiran suami kerana bertugas di perbatasan dinasihatkan supaya bersabar menerima dugaan itu.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau sendiri pernah merasai pengalaman sedemikian apabila suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu berjawatan Menteri Pertahanan terikat dengan komitmen kerja pada hari raya.

"Suami saya mengambil keputusan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di Bosnia Herzegovina pada satu tahun sekitar 1990-an dan saya ditinggalkan di Rome, Itali pada pagi raya.

"Ketika beliau dalam perjalanan pulang ke Rome, helikopter yang membawanya terlewat dua jam kerana ada wakil media dari Malaysia yang mengikuti rombongan itu tersesat, jadi beliau terpaksa tunggu mereka. Itu baru dua jam, saya rasa macam 20 hari," katanya.

Beliau berucap selepas menyampaikan sumbangan 15,000 bungkusan kuih raya daripada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Friday, August 6, 2010

width="640" height="385">