Thursday, August 19, 2010

siksanya peneroka cari rezeki,Yusof nor senang dpt rm2juta setahun




Persoalan untuk dijawab oleh Felda
1. Bagaimana kedudukan pelaburan Felda didalam Syarikat Twin Technology US Inc (TRT US) pada tahun 2007 yang berjumlah RM270 juta?

2. Bagaimana pelaburan Felda melalui Felda Global Ventures Sdn Bhd dalam projek penternakan lembu berjumlah RM688 juta?

3. Mana perginya wang tabung tanam semula sejak 1970 hingga kini yang berjumlah hampir RM768 juta?

4. Berapakah keuntungan sebenar Felda Plantation dan kemanakah ia disalurkan?

5. Benarkah Felda Global Ventures Sdn Bhd ada meminjam dari KWSP untuk pelaburan yang mencecah bilion ringgit termasuk di Cincinnati dan Boston?

6. Kenapa Skim Pinjaman Perumahan Felda/Generasi Kedua tidak disubsidikan seperti Rumah Mesra Rakyat dibawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)?

Felda kaya raya atas keringat peneroka. Pemimpin berjoli sewenang-wenangnya atas nama pelaburan untuk menyenangkan kroni. Nasib malang kepada peneroka yang "hutang berantai" tidak pernah langsai. Harimau mati meninggalkan belang, peneroka mati dilonggokkan hutang!

No comments:

Post a Comment