Saturday, August 28, 2010

faham ke sultan fungsi masjid


UMNO boleh memujuk semua sultan agar UMNO memegang semua kunci masjid dan surau, jangan benarkan ahli-ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat masuk ke dalamnya. Ia akan mempercepat UMNO terlingkup. Bagi umat Islam sebenar, mereka boleh mendirikan solat di mana-mana hatta segala masjid dan surau terkunci untuk mereka. Kerana Allah memerintahkan "dirikan solat", bukan dirikan masjid.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyertai senarai mereka menyokong tindakan ke atas Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching dengan menggesa agar wakil rakyat penggal pertama itu turut didakwa.

“Majlis Agama Islam Selangor (Mais) ada ambil tindakan terhadap bekas mufti (Perlis) Dr Asri kerana bagi ceramah dalam surau di Selangor tanpa tauliah.

“Oleh itu, Mais hendaklah segera mendakwa Ahli Parlimen Serdang yang mencemar Surau Al-Huda... kegagalan mendakwa bererti tidak menyahut titah Sultan Selagor yang amat murka dan dukacita,” kata Ibrahim dalam kenyataannya.

No comments:

Post a Comment