Thursday, February 25, 2010

untung berlipat ganda

Isu kenaikan harga tenaga elektrik yang dijangka akan dibincangkan diperingkat Kabinet diharap tidak memberatkan rakyat. Rakyat dah mengalami pelbagai kesengsaraan kerana pelbagai kenaikan iaitu dari kenaikan harga gula dan kini harga tenaga elektrik pula.

Saya amat berharap kajian segera dan mendalam dapat dibuat agar sebarang kenaikan kelak tidak akan membebankan rakyat.

Isu IPP (yang dibangkitkan oleh perwakilan UMNO semasa Mesyuarat Agong UMNO yang lalu) belum selesai kajiannya atau masih belum buat kajian?

Kenapa harus kita pertahankan IPP untuk waktu ini? Mereka semakin terus membuat keuntungan dan pembaziran tenaga yang berlebihan kerana tidak dugunakan.

Tidak perlu marketing atau teknikal. Apa jua jumlah gas dan bahan api yang dikeluarkan dan tidak dikeluarkan dari IPP akan dibayar penuh oleh TNB.

Ini walaupun TNB tak guna bahan api dari IPP tersebut kerana sumber yang ada mencukupi. Ini perjanjian namanya.

Sebarang kenaikan bahan api, IPP akan mendapat keuntungan bersih tanpa kos yg perlu ditanggung. TNB yg harus menanggung semua kos.

Kerajaan harus semak semula semua perjanjian dengan ini demi kepentingan rakyat. Pemilik IPP telah menjadi antara orang yang terkaya di Malaysia, kenapa harus ditanggung lagi oleh kerajaan. Sepatutnya, mereka harus membantu kerajaan.

Oleh itu, kami di Pemuda Seputeh menentang sekeras-kerasnya sebarang kenaikan harga elektrik yang membenbankan tanpa kerajaan membuat kajian dan mempamerkan hasil kajian kepenggunaan IPP terhadap TNB & rakyat.

No comments:

Post a Comment