Saturday, September 12, 2009

cakap tak serupa bikin


#“Dalam sistem demokrasi berparlimen, suara keramat ialah suara rakyat dan kuasa mutlak adalah di tangan rakyat bagi menentukan nasib BN dalam setiap pilihan raya.

“Sebab itu saya selalu mengingatkan bahawa tiada guna kita menjadi popular di kalangan ahli parti sahaja tetapi tidak popular di kalangan rakyat.
“Kalau kita popular di kalangan ahli parti, kita boleh menang jawatan dalam parti. Tetapi sama ada parti kita relevan atau tidak, ia bergantung kepada sama ada kita boleh memenangi hati rakyat untuk menyokong BN". #

Rakyat sudah cerdik dan pandai menilai dasar-dasar kita. Oleh itu, untuk parti komponen BN kekal relevan, kita mesti membina hubungan dengan rakyat dan menjadi pembela rakyat yang sebenarnya.

No comments:

Post a Comment