Saturday, August 29, 2009

organ dijual zionis


Perniagaan organ badan para syuhada’ Palestin adalah satu jenayah yang sudah lama berlaku yang baru-baru ini menyebabkan pertelingkahan di antara orang-orang Sweden dan regim Zionis. Meskipun ia tidaklah dianggap sebagai jenayah yang utama, namun ia menambahkan satu lagi siri jenayah Zionis yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Friday, August 28, 2009

mana lebih zalim sivil/islam?







SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.













SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

Monday, August 24, 2009

Pendedahan yang adil dan terbuka,tahniah!

25 August 2009
SKANDAL CALON BN TERBURAI DIPERMATANG PASIR

Dari Kacamata Halik Zaman:

Para pemimpin UMNO tidak mahu peribadi calonnya diPermatang Pasir
didedahkan kepada umum. Salahlaku calon BN itu sebagai peguam juga
jangan diberi tahu kepada rakyat. Untuk kepentingan UMNO calon BN
diPermatang Pasir menafikan yang beliau ada mempunyai isteri kedua
yang tidak mendapat keadilan samarata dari padanya. Apa masalahnya
kalau calon BN itu mengaku sahaja yang dia punya isteri kedua?

Belum pun menang jadi wakil rakyat, pengundi sudah tahu calon UMNO ada
skandal. Bila skandal didedahkan Muhyiddin cakap jangan bawa soal
peribadi dalam politik. Muhyiddin lupa yang dia serang Dato Seri Anwar
Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa Melayu dalam ceramahnya diPermatang
Pasir?

Sebagai calon, pengundi berhak mahu tahu peribadi seseorang
pemimpinnya. Pengundi akan menilai tingkah laku dan peribadi seseorang
calon itu sebelum diundi. Jika dua orang isteri pun tidak dapat
dipimpinnya bagaimana nak pimpin berpuluh ribu rakyat Permatang Pasir?
Tentu rakyat Permatang Pasir kecewa memilih seorang calon yang
bermasalah.

Bila para pemimpin UMNO rasa, calon BN susah nak menang dalam Pilihan
Raya Kecil diPermatang Pasir, mereka mula pula nak mempertikaikan
pengundi hantu. Yang pelihara hantu adalah para pemimpin UMNO. Semua
Pegawai Pegawai SPR itu adalah orang Kerajaan. Mereka makan gaji
dengan Kerajaan UMNO/BN. Kenapa cerita pasal hantu pulak, yang sendiri
bela?

UMNO bela hantu, sekarang hantu pula nak makan tuannya. Mungkin
kerana tidak cukup diberi makan, maka hantu pun cari lah makan luar.
Pemuda UMNO pun menuding jari kepada SPR hantu mungkin berpaling
tadah? Kerananya dalam kepimpinan UMNO diPermatang Pasir pun sudah
kucar kacir.

Kata Muhyiddin Yassin,"Pengundi diPermatang Pasir mesti rasional
jangan emosional. Pengundi mesti berfikiran rasional untuk mengundi
calon BN". Kalau pada 25hb.Ogos nanti calon BN kalah juga maka
Muhyiddin berkata pula, "Pengundi pengundi diPermatang Pasir memilih
calon PAS kerana bersikap emosinal."

Kalau ditakdirkan pada 25hb.Ogos depan ini, UMNO kalah juga dalam PRK,
ini bererti rakyat tetap menyokong Pakatan Rakyat dan menolak UMNO
selama lamanya.

Para pemimpin UMNO mesti buat post-mortem kekalahan calon BN
diPermatang Pasir. Punca rakyat menolak UMNO/BN kerana peranan SPRM
dan polis, TV1 TV2 TV3 dan Astro Awani terlalu komited campur tangan
dengan politik UMNO kerana itu rakyat tidak menyukainya. Backfire pula
jadinya. Mungkin rakyat mahu SPRM dan polis dan arus perdana bersikap
berkecuali dalam politik dan mereka diminta menjalankan tugas dengan
tidak berat sebelah.

Berita TV1 jam 11.00 pagi menyiarkan bahawa Ketua Cabang PKR Padang
Serai keluar dari ahli PKR menyokong UMNO. Alasan kononnya dia dengar
khabar Dato Seri Anwar Ibrahim suruh YB. Gobalakrishnan membuat
kekacauan semasa penamaan calon diPermatang Pasir baru baru ini.

Saya bekas Ketua Bahagian PKR Sepanggar Kota Kinabalu, letak jawatan
sebagai Ketua dan keluar dari ahli PKR. Saya tidak buat kenyataan
bohong malah saya tidak mahu buat publicity apa apa. Alasan saya
keluar mahu berehat dulu sambil menguruskan perniagaan sarang burung
layang layang saya di luar Negara.

Sebagai bekas seorang ahli PKR seumur hidup, saya tidak pernah lihat
dan dengar Dato Seri Anwar Ibrahim mempunyai perangai seperti itu.
Setahu saya yang kenal rapat dengan Dato Seri Anwar Ibrahim, beliau
sebagai seorang pemimpin yang berhemah tinggi,
jujur, amanah, rendah diri, berkata kata dengan penuh kesopanan,
selalu memberi nasihat yang baik baik kepada ahli ahli, tidak pernah
ahli ahli PKR diajar oleh Dato Seri Anwar Ibrahim bersikap bongkak dan
sombong. Ahli ahli PKR dinasihatkan oleh beliau agar menghormati
undang undang Negara. Jadi, ternyata bekas Ketua Cabang PKR Padang
Serai Kedah berbohong dalam berpuasa. Mungkin sahaja beliau diberi
duit raya.

Sebagai seorang yang berkecuali, saya anggap Ketua Cabang PKR Padang
Serai Kedah itu telah diajar oleh para pemimpin UMNO untuk membuat
fitnah keatas Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai satu strategi untuk
membohongi pengundi diPermatang Pasir. Siapa pun tahu bahawa para
pemimpin UMNO sekarang sudah terlalu desparate untuk menang kerusi
Permatang Pasir.
.
DUN PKR Lunas Kedah keluar dari parti hari ini, kita pun tidak heran.
Sudah dijangka para pemimpin UMNO akan buat apa sahaja untuk menarik
perhatian pengundi Permatang Pasir demi untuk sebuah kemenangan moral
UMNO/BN. Dengan perletakan keahlian Ketua Cabang PKR Padang Serai dan
ADUN Lunas Kedah keluar dari PKR tidak akan merubah warna kekalahan
calon UMNO diPermatang Pasir sudah diambang kubur.

HZ

Sunday, August 23, 2009

Undian di laman web KDN 06.08.09

laman web pun ada pengundi hantu--bukan salah SPR

keputusan 10.08.09


















soalan 1 hingga empat jauh beza hanya dengan jarak beberapa jam shj

keputusan 11.08.09




1.248xx undi
2.13xxx undi
3.125xx undi
4.233xx undi

no 1 dan no 4 mana mai pengundi hantu,ini pun nak tipu,apakah semua rakyat malaysia bodoh.

lama dah PR minta bersihkan hantuni,BN ketinggalan lagi-SPR patut disalahkan,makan diri

mencatur Malaysia,bukan YDAgong--siapa pengkianat

Syarat Islam mesti Melayu?

Saturday, August 22, 2009

Dari Merbok Times


Kepimpinan UMNO Merbok seperti ULAR SAWA tiada gigi
Berikut ialah satu lagi pembongkaran yang dibuat oleh seorang bloggers yang menggelarkan dirinya sebagai ”jilid 3 ban Merbok”.

Jika ini ternyata betul dan terbukti bermakna UMNO Merbok dibawah Tajul Urus memang seperti ular sawa tiada gigi. Ular Sawa yang suka membelit dan akan menelan mangsanya hidup-hidup tanpa ada belas kasihan.

Dari Merbok Times

AHLI UMNO MERBOK TERTIPU ATAU DITIPU ?

Kulit Buku Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Merbok cukup HEBAT, ditampal dengan gambar YAB Tajul Urus dan YB Dato Noh Omar. Adakah ahli-ahli UMNO meneliti Penyata penyata yang dilampirkan didalam buku tersebut ? jawabnya-- tidak, kalau ada pun berapa kerat sahaja yang betul-betul baca, faham dan menghayatinya !

PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2008 amat keliru dan mengundang banyak soalan, andaian dan mungkin berlaku PENIPUAN.

Contoh 1 :
Pendapatan Sewa tahun 2007 RM 72,000.0 Pendapatan sewa tahun 2008 RM 66,000.00 Terdapat perbezaan kekurangaan sebanyak RM 6,000.00 Sebenarnya pendapatan sewa yang diperolehi dari Pelita Nasi Kandar ialah sebanyak RM 15,000.00 sebulan dan dibahagi dua di antara Bahagian Sungai Petani dan Merbok.
Ini bermakna tiap-tiap Bahagian akan dapat RM 7,500. 00 sebulan (RM 7,500 KALI 12 BULAN = RM 90,000.00).

Sepatutnya Bahagian Merbok kena menunjukan RM 90,000.00 dalam ruang pendapatan sewa dan bukannya RM66,000.00.
PERSOALANNYA KEMANA PERGINYA WANG SEBANYAK RM 24,000.00 ?

Contoh 2:
Perbelanjaan untuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri tahun 2007 RM 23,880.00, Tahun 2008 tiada sebarang perbelanjaan, Mustahil ?

Nota 6 Perbelanjaan Pergerakan Wanita ,Pemuda dan Puteri tahun 2007 ialah:

Wanita RM 6,900.00
Pemuda RM 2,300.00
Puteri RM 14,680.00
Jumlah RM 23,880.00

Betul ka Puteri dapat peruntukan sebanyak RM 14,680.00?
JAWAPANNYA TIDAK! INI SATU PENIPUAN.

Contoh 3 :
Nota 7 - Lain-lain Perbelanjaan RM 78,318.50, apa yang dibelanjakan tidak diperincikan. Kemungkinan wang ini lesap dibelanja di BANDUNG ?
(August 15, 2009 3:31 PM )





22 August, 2009
Datuk Syed Amin akan mengambil-alih keseluruhan konsesi tol negara ini
Kumpulan Datuk Syed Amin Al Jeffri, bekas Bendahari UMNO Bahagian Merbok telah menyerahkan cadangan pengambilalihan keseluruhan 22 konsessi tol di negara ini.

Melalui syarikat Asas Serba Sdn Bhd, syarikat yang diterajui oleh Datuk Syed Amin Al Jeffri, Ibrahim Bidin, Wan Kamarudin Wan Mohammad Ali dan Syed Budriz Putra telah menyerahkan cadangan pengambil-alihan itu pada 5 May yang lepas. Pengambil-alihan ini melibatkan pengurusan dan operasi keseluruhan pemegang-pemegang konsesi tol melalui ”wiling buyer wiling seller”.

Jika pengambil-alihan ini berjaya Kerajaan akan menjimatkan sebanyak M114 billion dari subsidi dan Kerajaan akan menjimatkan sebanyakRM20 billion jika 20% kadar diskaun diperkenalkan.

Mungkin tidak ramai generasi muda di Merbok yang mengenali Datuk Syed Amin tetapi di dalam senyap beliau telah banyak menyumbangkan sumbangkan dalam berbagai bentuk kepada NGO-NGO, pertubuhan kebajikan dan pelajar-pelajar miskin dalam Bahagian Merbok ini walaupun beliau bukan seorang Ketua UMNO Bahagian atau wakil rakyat.

Semoga Datuk Syed Amin akan berjaya di dalam perniagaan beliau.

HILANGNYA,SIAPA PENGKIANAT?

SPRM,SPR,PDRM,KEHAKIMAN,RTM,TV3,UM--BILA MAU MERDEKA?

LAWAK AHAD : Doktor Pakar



Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan di kuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumian pun berjalan dengan lancar.

Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata di kuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumian beliau juga berjalan dengan lancar.

Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya. "Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor. "Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu. "Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawab si doktor itu. "Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu. "Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut. "Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawab lelaki itu sugul...

Dulu kecam Ulamak Fulus




Dari PAS lompat Umno,dulu miskin sekarang ok

Fatwa Doraemon--sesat lagi menyesatkan?

FATWA DORAEMoN

Oleh Zulkifli Bin Noordin

Alhamdulillah selesai kita menyempurnakan hari pertama 'ibadah puasa. Moga-moga ALLAH menerima 'ibadah kita insyallah.

Saya agak terkilan melihat Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Prof. Abdul Syukor begitu cepat mengeluarkan fatwa menyesatkan Tok Guru Nik Aziz yang menegaskan bahawa Islam ala UMNo tidak akan membawa pengikutnya mendapat syurga.

UMNo/ Be End tak sudah-sudah dengan fitnah terhadap Tok Guru Nik Aziz. Seluruh media dan kempen memberi gambaran seolah-olah Tok Guru telah sesat, siap dengan suruh bertaubat lagi. Tak cukup dengan media, Jawatankuasa Fatwa sepantas kilat rela diperkudakan.

Punyalah banyak isu dan persoalan yang perlu dirungkai oleh para agamawan hadharion ini, tau-tau bile trumpet UMNo berbunyi, maka berkokoklah para hadharion sekelian.

Yang fatwa mereka keluarkan 22 tahun lepas memfatwakan bertafakkur depan Tugu Negara sebagai syirik sampai hari ni UMNo/Be End tak ikut, takde pulak mereka nak berkokok sakan. Inilah nasib bila golongan agamawan menjadikan 'ilmu mereka sebagai sumber cari makan.

Yang paling menghairankan bagaimana Prof. Abdul Syukor boleh mengeluarkan fatwa kilat tersebut. Bila masenya Majlis Fatwa bersidang? Dan sangatlah memalukan bagi sebuah Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa tanpa memanggil dahulu Tok Guru Nik Aziz memberi penjelasan, bermuzakarah atau membela diri!

Adalah hukum keadilan paling asasi bahawa tidak ada insan yang boleh dihukum sebelum diberi peluang mempeertahankan atau membela dirinya. Tau-tau keluar fatwa Tok Guru dah diisytihar sesat, menyeleweng dan disuruh bertaubat.

Apa Prof. Abdul Syukor ingat ni fatwa doraemon ke..main keluar terus dari poket. Dan apa yang jelas fatwa itu terang-terang dibuat kerana mengikut telunjuk UMNo/ Be End!

Saya nak tanya Prof. Abdul Syukor, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Hadorion ini, apakah mengubah ayat ALLAH saperti yang dibuat UMNo/Be End tidak sesat?
ALLAH perintahkan sebat/ rejam penzina, UMNo/ Be End tukar kepada denda;
ALLAH perintahkan qisas dalam kes bunuh, UMNo/ Be End pakai undang-undang Lord Reid;
ALLAH kata curi potong tangan, UMNo/ Be End tukar kepada penjara;
ALLAH perintahkan jangan sembah berhala, UMNo/ Be End terus menerus menyembah Tugu Negara walaupun difatwakan syirik oleh Majlis fatwa;
ALLAH perintahkan wanita Islam menutup aurat, namun UMNo/Be End biarkan pramugari muslim di syarikat Air Asia dan MAS dipaksa memakai mendedah aurat dan pakaian yang mengaibkan;
ALLAH kata Al Quran undang-undang tertinggi, UMNo/ Be End letakkan Perlembagaan Persekutuan mengatasi Al Quran (Artikel 4 Perlembagaan).

Apakah itu semua ok bagi Prof Abdul Syukor? Apakah itu tidak sesat? Tidakkah Prof Abdul Syukor merasakan UMNo/ Be End perlu bertaubat nasuha dan ubah segera segala perbuatan syirik, fahsyad, maksiat dan mungkar yang dilakukan UMNo/ Be End.

Apakah melakukan segala perbuatan syirik, fahsyad, maksiat dan mungkar itu membolehkan UMNo/ Be End layak mendapat syurga ALLAH?

Sepatutnya Prof. Syukor dan kekawannya dalam Jawatankuasa Fatwa menasihatkan UMNo/ Be End supaya kembali mentaati perintah ALLAH sepenuhnya.

Saya tidak nafikan ahli-ahli UMNo/ Be End beragama Islam. Saya sedar ada dikalangan mereka juga solat, puasa, zakat, haji, umrah dan lain-lain. Saya tak nafikan mereka menganjurkan musabaqah, mereka berarak semasa maulid dan hijrah, mereka sambut isro' mi'raj dan mereka bertarawih penuh 20 roka'at.

Namun mereka menyokong dan mendokong sebuah pertubuhan yang jelas dan terang-terang tidak mematuhi perintah ALLAH, malah melakukan sebaliknya hingga ke tahap menukar ayat Al Quran dan berbuat syirik!

Sebab itu kepada rakan dan kawan dalam UMNo/Be End, bertaubatlah dan kembalilah kepangkal jalan. Kembalilah tunduk kepada ALLAH, patuhilah Al Quran dan sunnah Rasul.

Dibulan Ramadhan Al Mubarak ini, marilah kita cerminkan diri kita. Terimalah teguran Tok Guru itu sebagai suatu nasihat untuk kita melakukan islah dan perubahan pada diri dan kumpulan kita.

Amatlah malang apabila Tok Guru memberikan teguran dan nasihat, bukan sahaja kita tak mau dengar, kita sesatkan dia pula. Kita pula yang menyuruh Tok Guru bertaubat. Kita kata Tok Guru menyeleweng, kita kata Tok Guru pemecahbelah umat.

Saya teringat kepada Nabi saw apabila Baginda menegur dan menasihatkan golongan musyrikin Makkah, menyatakan 'amalan mereka akan membawa mereka ke neraka; mereka bukan sahaja menuduh Nabi telah sesat, Nabi pemecah belah masyarakat.

Maka bersatulah golongan kuffar Makkah menjadi United Musyrikin National Organization, menentang risalah yang dibawa oleh Rasulullah.

Manusia jarang nak belajar dari sejarah, sedangkan sejarah itulah cermin buat diri mereka.

Moga Ramadhan ini membawa satu sinar baru keimanan dan ketaqwaan yang hakiki kepada bangsa Melayu yang bernasib baik diperlembagaankan sebagai Muslim. Janganlah dipersia-siakan anugerah dan ni'mat Islam & Iman yang ALLAH berikan.

Kemana perginya cukai dari rakyat




wanita pertama hukuman sebat-syariah












RAKYAT Sabah terasa sangat hairan kerana para pemimpin UMNO Sabah mempunyai rumah ala-mansion atau istana, namun tidak pun disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ?

Last Updated on Saturday, 22 August 2009 17:03
Read more...dlm SABAHKINI

http://www.sabahkini.net/v1/

kat sogo

15 malaysia

Friday, August 21, 2009

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani � 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

Wednesday, August 19, 2009

Yang terlibat dgn bisness peribadi?


Buang Kakitangan Awam



Lagi satu diharap kerajaan menukar dasar pentadbiran. Jadikan urusan pentadbiran seperti swasta. Buanglah terus mana mana pekerja termasuk pegawai yang malas dan tidak produktif. Cukup memalukan apabila kaum cina dan india memandang jawatan didalam kerajaan adalah tempat untuk orang melayu yang malas dan tak berguna.

Memang pedih untuk didengar tetapi inilah kenyataannya. Pergilah mana mana jabatan kerajaan didalam Malaysia. Lebih ramai orang yang berbual dari yang bekerja. Mereka juga sewenang wenangnya ponteng kerja.



Mereka semua hanya menyusahkan urusan orang ramai. Masih ramai orang diluar sana yang memerlukan pekerjaan. Buat apa disimpan orang yang tidak berguna. Bertindaklah sekarang sebelum negara terjerumus kepada kehancuran disebabkan kakitangan awam yang tidak berguna sama sekali.

Scorpene yg kontreversi di Malaysia

Tuesday, August 18, 2009

doa wabak H!N!

pengkianat bangsa dan negara?










Tiong dedah sewa RM1 bagi 32 unit kampus KTAR

Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing membuat satu lagi pendedahan, dengan mendakwa anak syarikatnya hanya mengenakan kadar sewa RM1 bagi kesemua 32 unit yang menempatkan kampus Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) milik MCA, di Penampang, Sabah.



Kesemua unit kedai terdiri daripada lapan blok bangunan empat tingkat milik Wawasan Development Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Dijaya Corporation. Ia disewa oleh KTAR sejak Februari 2007.

Sebelum ini, ketika ditemubual oleh akhbar berbahasa Cina, Tiong dilaporkan menyifatkan jumlah RM1 itu sebagai tanda simbolik sumbangannya kepada kolej dan parti berkenaan.

Pendedahan terbaru ini merupakan rentetan daripada pertelingkahan terbuka di antara Tiong dan presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat yang semakin serius - ekoran isu membabitkan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Tiong dalam satu temubual dengan Malaysiakini hari ini berkata kadar berkenaan kini tidak lagi sesuai memandangkan parti MCA yang merupakan pemilik kolej berkenaan didakwa mempunyai aset bernilai lebih RM2 billion.

Oleh itu, katanya, kadar sewa yang lebih setimpal patut dikenakan kepada Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) di Penampang, Sabah yang kini menduduki premis syarikat itu secara 'percuma.'

Tiong mahu tindakan tersebut diambil kerana berasa tertipu dengan saranan MCA supaya memberi sumbangan kepada parti itu bagi membantu komuniti Cina di negeri tersebut.

"Sebelum ini MCA datang kepada saya dan kata mereka tiada duit, kalau saya bantu akan kurangkan beban pelajar. Saya juga telah bayar RM200,000 untuk ubahsuai sebelum diserahkan kepada KTAR.

‘Saya rasa tertipu'

"Sekarang saya rasa tertipu. Kalau parti itu sudah ada lebih daripada RM2 billion, kenapa ia masih perlu meminta bantuan daripada saya," kata Tiong yang juga setiausaha agung Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) itu.

"Sekarang saya perlu menilai semula kepimpinan di dalam MCA, sejauh mana efisiennya mereka dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat. Tapi kalau macam ini, lebih baik saya gunakan sumbangan itu untuk orang yang lebih memerlukan."

"Tapi siapa tahu, mungkin mereka masukkan juga kos sewa bangunan dalam yuran walaupun sewa percuma? Ini mungkinlah, saya tidak tahu," tambahnya.

Tiong juga mahu bersemuka dengan Ong yang didakwa telah menjalankan usaha untuk mencemarkan nama dan menghakimi peribadi pemimpin ahli parlimen Bintulu melalui media.

"Saya tidak peduli tentang persepsi orang ramai (terhadap saya). Hal ini adalah antara saya dengan Ong. Saya mahu bersemuka satu sama satu dengan dia. Tak perlu libatkan orang lain," katanya lagi.

Jelasnya lagi, beliau maklum dengan saranan daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya dihentikan pertelingkahan dengan Ong kerana menimbulkan persepsi negatif terhadap BNl.

Tambahnya, beliau juga harus berani berhadapan dengan cabaran-cabaran daripada pemimpin tersebut.

"Saya tidak peduli dengan persepsi orang. Dia berani cabar saya, saya juga berani cabar dia. Sekarang saya pula panggil dia gengster politik, macam mana?

"Biarlah orang nilai sendiri perwatakan dia. Dia pandai menjaga imej sebagai pemimpin yang bersih dan telus. Setiap hari dia akan tunjuk kepada orang dia macam ini. Dia boleh sebab dia orang besar, saya bukan."

"Dia kata saya ini gengster, saya ini hisap darah, apa ini? Tapi kalau saya kata saya bukan gengster orang tidak akan percaya kepada saya kerana saya bukanlah siapa-siapa. Saya bukan menteri yang orang kena percaya. Jadi saya mahu dia buktikan (dakwaan-dakwaan tersebut) kepada saya.".

malaysiakini

pengantin baru akhil n waheeda-kat mana berbulan madu.sunat dinikahkan kali kedua!

inipun lakonanke


Monday, August 17, 2009

salahgunakuasa

Muhayyidin salah guna kuasa--Dari segi undang2 SPRM boleh buka fail

"SPRM sepatutnya boleh membuka fail siasatan terhadap Muhyiddin berdasarkan laporan akhbar. SPRM sepatutnya boleh menyerbu ke pejabat Muhyiddin dan mengheret setiausaha peribadi atau pembantu khas beliau di hadapan orang-ramai. Tegas Nizam, perbelanjaan minyak dan lain-lain berkaitan juruterbang serta seumpamanya boleh sahaja mencecah RM150,000 jika mengambil contoh skandal yang didakwa melibatkan Presiden MCA, Ong Tee Keat yang gagal menjelaskan bil penggunaan jet persendiriannya."Saudara Ahmad Nizam Hamid, Penasihat Undang-Undang PKR Negeri Pahang .

Ipohmalay=Bloger yg tak percaya dgn blog sendiri

Usah Kutip Undi Dari Poll Di Internet
Pihak kerajaan perlu menghentikan langkah memungut pendapat melalui internet kerana dikhuatiri menjadi medan undi fitnah yang dibuat oleh kumpulan anti-kerajaan di negara ini.

Ini tidak dinafikan dengan kaedah-kaedah spekulasi ciptaan BARAT dalam meruntuhkan sesebuah kerajaan yang menjadikan kaedah ini sangat pantas berkembang di Malaysia.

Diperkenalkan oleh Anwar Ibrahim, kumpulan anti-kerajaan lah yang mula mempergunakan terlebih dahulu tipu daya internet dalam menggubah spekulasi.

Oleh yang demikian, penguasaan mereka di alam siber terlalu berleluasa dan mereka diberi publisiti sebagai media alternatif sehingga mencetus kacau bilau politik hari ini pasca PRU 12.

" Dalam 10 mereka yang anti kerajaan, 8 dari mereka bertukar pendapat melalui internet. Tetapi dalam 10 mereka yang menyokong kerajaan, cuma 2 sahaja." ujar seorang pakcik berumur 65 tahun di sebuah kepai kopi di Taman Perpaduan.

Ini memperlihatkan bahawa penguasaan mereka yang begitu taksub kepada sentimen anti-kerajaan sangat besar di dalam internet.

Justeru, hasil setiap poll yang dibuat bolehlah dikira sebagai sampah-sampah internet. Ini kerana golongan majoriti dalam internet inilah yang mati-mati menyebut suara mereka adalah suara rakyat. Hanya mereka.

Tidak kurang 90% lagi masih sulit atau rumit untuk bersuara melalui medium tersebut. Apakah hasil jawapan tersebut berkredibiliti?

Pendek kata, teman pun tak percaya dengan poll yang teman anjurkan di sebelah atas kolum kiri blog ini



Peguam Negara Mahu Exco Selangor Diburu | Nizar

Pejabat Peguam Negara memfailkan permohonan untuk membatalkan pekeliling kerajaan Selangor yang melindungi penjawat kerajaan dari kejadian yang menimpa Teoh Beng Hock.

Menteri Besar Khalid Ibrahim mengeluarkan pekeliling tersebut yang menetapkan bahawa penjawat kerajaan negeri hanya boleh disoal-siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perkarangan ibu pejabat sekretariat Selangor dan dalam tempoh waktu bekerja sahaja.

Peguam Negara mahu menghapuskan pekeliling ini supaya SPRM dapat menyerbu, menahan dan membawa mana-mana penjawat awam ke mana yang dikehendaki SPRM.

Teoh Beng Hock adalah Setiausaha Politik kepada Exco Selangor dan ditemui mati dalam pengawasan SPRM, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam selepas disoal-siasat tanpa henti selama 10 jam.

Beng Hock dipanggil sebagai saksi dalam satu operasi besar-besaran agensi kerajaan Pusat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Baru-baru ini, seorang lagi pembantu kepada exco Selangor Wong Chuan How cedera selepas dikasari anggota-anggota SPRM. Wong cuba mempertahankan diri selepas dikejutkan dengan tindakan individu-individu misteri yang cuba menggari dan membawanya ke SPRM Putrajaya.

Selepas kematian Beng Hock, ahli-ahli politik dan pembantu-pembantu mereka enggan berganjak dari pekeliling yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim kerana bimbangkan keselamatan mereka.

dewan besar,kerusi banyak--orangnya mana?

Sepatutnya Kedah mendahului Selangor

hadiah--jamaludin n osman bersama mufti perak ke mesir

siapa hipokrit--mcamana kalau kena ahli keluarga sendiri









Terkoyak seluar ahli parlimen--hebat

awas!!!! jangan kena culik lagi,kurung dulu

Dato’ Alimudin umum keluar UMNO, sertai PKR
post info
By Anwar Ibrahim
Categories: Aktiviti, Anwar, Demokrasi, Hebahan, Isu Semasa, Malaysia, Pakatan Rakyat and Politik
2 Comments

Dato’ Alimudin Syawal, Ketua Cawangan UMNO Bukit Bendera Mentakab merangkap Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Temerloh telah mengisytiharkan dirinya keluar dari UMNO dan mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat.

Pengumuman itu dibuat oleh beliau sendiri di hadapan Datuk Seri Anwar Ibrahim Sabtu lalu di Mentakab, Pahang.

lagi2 soalan utk Muhiyyidin

Kesian sungguh saya terhadap UMNO/BN apabila Timbalan Presidennya yang juga Timbalan Perdana Menteri terpaksa merayu kepada rakyat untuk mempercayainya.

“Yang penting untuk BN, kita akan memberikan penjelasan yang betul dan tidak akan bohong. Kita memberikan kenyataan berdasar fakta yang betul kerana kita mahu memberikan peluang kepada pengundi membuat penilaian yang tepat,” kata Muhyiddin Yassin kepada pemberita di Bukit Mertajam hari ini.

Bagus saya sokong 100 peratus kenyataan Tan Sri Muhyiddin itu. Walau bagaimanapun Tan Sri, sebelum pengundi di Permatang Pasir boleh mempercayai cakap Tan Sri, Tan Sri tolong beri fakta sebenar hal berikut:

1. Semasa Tan Sri menjadi Menteri Besar Johor, sebahagian besar kawasan di Taman Sentosa, Taman Tun Aminah, Taman Johor Jaya, Bandar Tenggara dan Taman Mt Austin telah dimiliki oleh warga Singapura. Apakah ini bukan bukti pengkhianatan terhaddap rakyat Johor?

2. Apakah status terhadap janji Tan Sri untuk buat jambatan semasa kempen prk Manek Urai lalu?

3. Tolong Tan Sri jelaskan kepada rakyat berapa peratus tanah di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang dimiliki oleh rakyat Malaysia dan berapa peratus pula yang dimiliki oleh warga asing?

4. Tolong jelaskan apa cerita sebenarnya sehingga terlepasnya Pulau Batu Putih kepada Singapura?

macamana klu datuk Zahid Hamidi

guna helikopter TUDM utk rasmi mesyuaarat UMNO sabah?

- ini sudah lebih!!!!!
- ia ibarat mengejek anak2 sabah… kenapa? takut nanti punggung tu sakit bila kereta melompat2 ikut jalan berlubang/x rata ke?

- takut mata tu juling bila nampak rumah2, dan taraf2 hidup rakyat sabah yg rendah ke?

- wei… kalau betul ikhlas, ikut la mcam DSAI…. redah hutan, naik perahu ,jalan kaki… barulah pemimpin berjiwa rakyat namanya….bodoh!!!!!

Datuk zahid pun sama pernah mendarat di sekolah menengah hutan melintang,balik kampung Bagan datoh--mungkin tak salah kut dia Menteri Pertahanan bolehle guna helikopter tentera punya.

Baru sikit dari kerajaan rakyat-- ada lagi Pasal Pengkianat Bangsa

SALAM SEMUA,

ANAK YASSIN NI, TAK GUNA HAMPEH DAN TERUK BETULAH (betul kata K.RAKYAT umpama pelacur BUAT TAWAR MENAWAR). BILA KAWASAN MEJORITI 100% MELAYU SURUH PANGKAH BN DAHULU BARU DAPAT JAMBATAN TAPI PRK TEMPAT LAIN KAWASAN MAJORITI/MINORITI CINA RAMAI. SIAP BAGI BERJUTA2 DULU KAT SJK LAH, PERSATUAN LAH. AKHIRNYA BELIAU MENGAKU BUKAN MELAYU TIDAK JUGA MENGUNDI BN WALAUPUN SEMUA DIBAHAGI SEPERTI KENYATAAN BELIAU SENDIRI DIAKHBAR UTAMA.

ANAK YASSIN NI BANYAK DAH MEMBUAT KEROSAKAN DAN PENGANAYAAN PADA ORANG MELAYU:-

1)PASAR BESAR JOHOR BAHRU

TAPAK ASAL PASAR BESAR JOHOR BAHRU ADALAH DISEBELAH BANGUNAN KOMTAR SEBELUM DIPINDAHKAN KE LARKIN. TANAH INI TELAH DIJUAL KEPADA PEMAJU CINA DAN KINI BANGUNAN SHOPPING KOMPLEX CITY SQUARE DIBINA. TIDAK ADA SATU PUN PEMILIKAN LOT2 MILIK BUMIPUTRA. SEDANGKAN DAHULU BANYAK ORANG2 MELAYU BERNIAGA DI SINI.

PASAR LARKIN ADALAH TEMPAT JIN BERTENDANG . BANYAK ORANG2 MELAYU BERNIAGA DISINI YANG BANGKRAP DAN RUGI BESAR. PENGSWATAAN PASAR LARKIN UMPAMA LINTAH MENGHISAB DARAH DENGAN KADAR SEWA YANG TINGGI DAN TIDAK RAMAI PELANGGAN YANG DATANG.

2)PANTAI LIDO
APABILA SIAP KELAK DENGAN SEPENUHNYA DANGA BAY INI NANTI AKAN TERPINGGIRLAH LAGI ORANG2 MELAYU SEPERTI ORANG2 ASLI DI DANGA. DIHALAU SECARA HALUS JAUH KE HUTAN.

3)BAKAR BATU
KAWASAN INI ADALAH KAWASAN REZAB MELAYU BANYAK TANAH2 RIZAB MELAYU TELAH DIGADAIKAN KEPADA PELABUR2 ASING TERUTAMA SINGAPORE.

4)BANGUNAN2 HANTU
MUNGKIN KEUNTUNGAN YG BANYAK MENJADI AGENDA UTAMA. PERANCANGAN YANG TIDAK TERKAWAL ATAD DASAR PEMBANGUNAN MAKA KELULUSAN YANG MELAMPAU2 / PENJUALAN TANAH2 MILIK KERAJAAN/REZAB MELAYU YANG BERLELUASA MENGAKIBATKAN “OVER SUPPLY”. BANYAKLAH BANGUNAN HANTU DI JOHOR BAHRU.
SEPERTI:-
WATER FRONT, BEST WORLD,KEMAYAN CITY.

5)HUBUNGAN DENGAN ISTANA
ANAK YASSIN NI KALAU DAPAT ISTANA SERENE PUN DIA NAK JUAL SEBAB TU LAH SULTAN CUKUP MARAH DENGAN XMB NI.

6)SHOPPING KOMPLEX & HYPERMARKET
TERLALU BANYAK SHOPPING KOMPLEX DAN HYPERMARKET YANG BUKAK DAN TUTUP TIADA ORANG. SEOLAH2 TIADA PERANCANGAN .KONON2 ORANG SINGAPURA AKAN DATANG DAN BERBELANJA. DAHULU HOLIDAY PLAZA CUKUP TERKENAL KINI MENJADI SUNYI MUNGKIN BAKAL MENJADI BANGUNAN HANTU.

DAN KEBODOHAN MARA MEMBELI UNIT2 DI HOLIDAY PLAZA INI DENGAN HARGA YANG TERLALU TINGGI SEMASA KEJATUHAN POPULARITI HOLIDAY PLAZA.

7)AMANAH SAHAM JOHOR
BERATUS2 JUTA KERUGIAN YANG DIALAMI OLEH ORANG2 MELAYU AKIBAT DARI KEBODOHAN (PENIPUAN MUNGKIN) SEMASA ZAMAN ANAK YASSIN INI.,

8)SECOND LINKS
BANYAK RIZAB MELAYU TERUTAMA DI TAMAN PERLING HINGGA LAH KE SECOND LINKS DIJUAL KEPADA PEMILIK2 ASING. PELEPASAN PEMILIKAN MELAYU INI TIDAK DIGANTI MALAH KALAU ADA PUN DIGANTIKAN JAUH KE HUTAN DENGAN KELUASAN YANG SAMA SEDANGKAN TANAH2 TERSEBUT BERNILAI TINGGI SEHARUSNYA NILAI ATAU KELUASAN YANG MANA LEBIH TINGGI HENDAKLAH DIPILIH.

9)PENGHAPUSAN
KINI BARU JADI TIMBALAN PERDANA MENTERI PENGHAPUSAN PENGAMBILAN MATAPELAJARAN MELABIHI 10 SUBJEK TELAH DIKUATKUASAKAN. SEDANGKAN SETIAP TAHUN ANAK MELAYULAH YANG MENDAPAT KEJAYAAN TOP ONE RANKING NATIONAL. ANAK YASSIN NI BUKAN PEMBELA MELAYU/BUMIPUTRA TETAPI ADALAH PENGKIANAT.
SESUTU HARUS DILAKUKAN SEBELUM ANAK YASSIN INI MENJADI PM TAKUT NAGARA AKAN TERJUAL KE SINGAPURA.
TAKUT PETA DUNIA AKAN BERUBAH SEKALI LAGI IAITU MALAYSIA DIBAWAH SINGAPURA YANG PURA2 BAIK.

10)TANAH2 KERAJAAN
BERIBU2 EKAR TANAH KERAJAAN DIJUAL SAMAADA MILIK PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI JOHOR (PKENJ)ATAU MILIK KERAJAAN NEGERI KEPADA PEMAJU2, ORANG PERSEORANGAN, DLL.

CONTOH:-
BERIBU2 EKAR TANAH DI SENAI TERUTAMA DI LAPANGAN TERBANG SENAI DI JUAL KEPADA TAIKUN MALAYSIA. TANAH DI JOHOR BAHRU KEPADA LIEN HOE DAN PELANGI BERHAD DLL.

PASAR BORONG TEBRAU KEPADA JEFFA GROUP KEMUDIAN KEPADA KRETAM BERHAD.

TANAH2 DI TEBRAU KEPADA SP SETIA GROUP BELUM LG KULAI , DAN LAIN2 TEMPAT.

11)PKENJ
BANYAK MENGANAYA MELAYU DENGAN BERSAING DAN MEMBUNUH SYARIKAT2 KECIL MELAYU. BAYANGKANLAH HINGGA PERNIAGAN KECIL2LAN PUN DIA TERLIBAT SEPERTI AGENSI PELANCUNGAN, PHARMACARE DLL

12)SEDC TAMPOI
MENIPU PADA PENDUDUK2 RUMAH PAPAN SEDC TAMPOI.
DULU DALAM PERJANJIAN JUAL RUMAH PAPAN INI DI JUAL TAPI AKHIRNYA DIROBOHKAN DAN ADA SEKETIKA PENDUDUK2 DAPAT MENANGKAP SESEORANG SEBOTAJ UNTUK MEMBAKAR RUMAH2 INI.

13)PLAZA KOTA RAYA & PUTERI PAN PASIFIK HOTEL
TAPAK2 TANAH INI ADALAH MILIK SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN CINA 4. ATAS DASAR PEMBANGUNAN TANAH2 INI DIAMBIL HINGGA MENIMBULKAN KONTROVERSI.
KONON PEMBANGUNAN ADALAH UNTUK ORANG RAMAI AKHIRNYA YANG MENDAPAT UNTUNG ADALAH PKENJ.

14)KOMTAR & KOTA RAYA
DISINI BANYAK PENIAGA2 MELAYU BERNIAGA DENGAN KADAR SEWA YANG TINGGI . BANYAK YANG GAGAL DAN TUTUP. KERNA PIHAK PENGURUSAN KOMPLEX TIDAK DAPAT MEMBUAT TEMPAT INI HAPPENING ATAU EVEN MANAGEMENT GAGAL.

15)KAREAR POLITIK ANAK YASSIN INI TIDAK MENJAGA KEPENTINGAN BUMIPUTRA TETAPI SEBALAIKNYA……

KEGAGALAN EKONOMI/TABURAN BUMIPUTRA
KEGAGALAN YANG NYATA PADA ANAK YASSIN INI ADALAH MERAMAIKAN GOLONGAN MENENGAH MELAYU.

SEKOLOMPOK/SEGOLONGAN KECIL AJE MELAYU YANG KAYA DIJOHOR ITUPUN YG KAYA KERNA MENDAPAT/AGENT MENJUAL2 TANAH MILIK2 KERAJAAN.

APABILA GOLONGAN INI MENJUAL KEPADA PEMAJU2 CINA SPT UMLAND, GLOMAC (WALAUPUN PIMILIK MELAYU HAMPIR MEJORITI PENGURUSAN KANAN ADALAH CINA), SP SETIA DLL.

AKTIVITI2 HILIRAN DARI FOUNDATION HINGGALAH KE BUMBUNG DI KILANGKAN OLEH ORANG2 CINA. PENGURUSAN HINGGALAH KE SUPERVISOR MAJORITI BUKAN MELAYU.

YANG JADI BURUH BINAAN MALAYU INDONESIA YG RAMAI.

SEHARUSNYA KUASA YANG ADA DIADAKAN KILANG2 BINAAN MILIK BUMIPUTRA DAN TANAH2 MILIK KERAJAAN INI DIMAJUKAN SENDIRI OLEH ORANG2 BUMIPUTRA DAN GUNAKAN INFORCEMENT BARANGAN BINAAN DIBELI DENGAN SYARIKAT INI BAGI TANAH2 MILIK KERAJAAN.

PEMBINAAN BUKANLAH SATU TEKNOLOGI YANG BARU. YA ADALAH SATU TEKNOLOGI YG TELAH BERATUS TAHUN USIA LAMANYA. YANG MANA TIADA RAHSIA UNTUK DI DALAM PEMBINAAN INI.

PEMIMPIM2 POLITIK MELAYU UMNO TERUTAMANYA YANG ADA KUASA PADA HARI INI BANYAK MENGKIANATI PERJUANGGAN BANGSA.

PERJUANGAN MELAYU ATAU BANGSA HANYA MERUJUK KEPADA DIRI SENDIRI, KAWAN TAULAN DAN SAUDARA MARA AJE.

APA YG MEREKA TAU JUAL PROJEK. SEKIRANYA GAGAL . DISALAHKAN KONTRAKTOR MELAYU. MEREKALAHLAH YG BANYAK MENJADI TAIK.

15)PENGKIANATAN BANGSA DAN NEGARA.
DIHARAP ANAK YASSIN INI SEMPAT BERTAUBAT SEBELUM TERLAMBAT DAN MEMPERBETULKAN KEADAAN KEMBALI. PERINGATAN TELAHPUN DIBERI. AMINNNNNNNNN

IKHLAS,

Sunday, August 16, 2009

Siapa Pengkhianat Melayu?


Muhyiddin pengkhianat Melayu Johor!!






Ini adalah antara JASA Muhyiddin kepada rakyat di Johor:

1. Sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar dan waktu itu Musa Hitam jadi Timbalan Perdana Menteri tiada siapa pun didedahkan bahawa pada tahun 1981, kerajaan Johor di bawah Muhyiddin telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura.

Kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya sekarang ini.
Empangan yang dibina setinggi 193 meter dan jika pecah atau dipecahkan seluruh Kota Tinggi termasuk Bandar Tenggara boleh tenggelam.

2. Kekayaan org Johor-Kakitangan Kategori C,D kerajaan Johor duduk kuarters kerajaan Gred C (Di Jln Kolam Ayer)- kereta dua buah, satu mercedes,satu alphard.

3. Muhyidin yang tukar cuti dari Jumaat kepada Ahad kononya untuk maju, maju betul maju kat perut. Ini kerana hakikatnya gelagat Kakitangan Kerajaan Johor Hari Jumaat-Lepas baca Al-Quran (9.30am) berdedai pergi makan, kalau nak cam yang bersamping tulah diorang. Pendek kata hari Jumaat ni langsung tidak produktif. Beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?.
Semasa cuti hari Jumaat ditukar kepada hari Ahad, ada cakap-cakap yang mengatakan kubur bapa Muhyiddin dikencing orang..wallahualam.

4. Isu tanah Melayu yang dirampas UMNO di Kg Plentong Tengah pada tahun 2008. Malang sungguh nasib melayu Plentong Tengah apabila mahkamah menolak rayuan lebih 200 penduduk kampung dari terus menduduki tanah yang telah diduduki semenjak lebih 20 tahun lalu.

Untuk mendapatkan tanah itu penduduk bukan saja telah ditipu peguam yang dilantik mereka sebanyak hampir setengah juta ringgit pada tahun-tahun 1989-1993 tetapi juga terpedaya sekali lagi apabila mengeluarkan lebih lapan ratus ribu kepada firma guaman milik Oakfeild Ent ( syarikat yang dikurniakan tanah tersebut).

Lebih malang lagi penduduk dipaksa menandatangani akujanji unytuk tunduk pada kehendak mahkamah walau jauh disudut hati mereka menentang keputusan tersebut.Begitu malang sekali nasib insan-insan kecil dalam negara ini.Mereka menjadi umpama durian dengan mentimun.Duit hilang harta habis dan jiwa terus menjadi sengsara tanpa terkira.

Penghakiman muktamad keputusan : SEMUA RUMAH DIROBOHKAN.
Hakim memutuskan bahawa penduduk Kg. Plentong Tengah wajib merobohkan sendiri rumah mereka pada atau sebelum 31 Dis. 2008. Angkatan Muda Keadilan Johor menasihat penduduk agar bersabar dan menerima hakikat bahawa dikalangan mereka ada Ahli UMNO menjadi penghianat bangsa sendiri.

4. Kira-kira 50 penduduk Kampung Sentosa Dalam di Sungai Tiram telah mengharungi kehidupan tanpa bekalan elektrik dan air bersih sejak 40 tahun lalu. Mereka banyak kali telah membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab tetapi tiada satu usaha pun dilakukan untuk membantu penduduk kampung itu. Aduan yang dibuat tidak pernah diberi perhatian oleh pihak berkuasa.

Seorang penduduk, Hussin Mohd. Lana, 55, berkata, pembangunan pesat yang dicanangkan sedikit sebanyak mengguris perasaan mereka.

"Pemimpin menguar-uarkan keselesaan rakyat perlu diutamakan, namun bagi kami ia tidak memberi sebarang makna berikutan kemudahan air bersih dan elektrik masih belum kami nikmati.