Wednesday, August 12, 2009

SPR berkecuali?

Sdr bayangkan kawasan tentera di Batu 10 Jalan Gambang berada dalam daerah Kuantan dan asalnya dalam Parlimen Paya Besar, tetapi dimasukkan dalam wilayah Parlimen Pekan. Sekarang kalau memandu di Jalan Gambang, sdr akan tiba di Batu 10 yang beralamat Kuantan dalam kendalian Majlis Perbandaran Kuantan tetapi itu wilayah undi Najib dari Pekan. Adakah semasa SPR membuat sempadan baru tidak ada campur tangan Najib? Bodohlah kalau kita percaya SPR benar-benar jujur membina kawasan baru di Pekan itu.



Nak lagi hairan? Datang ke Negeri Sembilan iaitu ke Taman Seremban Selatan dan Taman Tuanku Jaafar.

Kedua-dua Taman Perumahan tersebut beralamat di dalam Daerah Seremban, ber PBT kan Majlis Perbandaran Nilai dan berParlimenkan Rembau. 3 Daerah untuk satu tempat.

No comments:

Post a Comment