Kesian sungguh saya terhadap UMNO/BN apabila Timbalan Presidennya yang juga Timbalan Perdana Menteri terpaksa merayu kepada rakyat untuk mempercayainya.
“Yang penting untuk BN, kita akan memberikan penjelasan yang betul dan tidak akan bohong. Kita memberikan kenyataan berdasar fakta yang betul kerana kita mahu memberikan peluang kepada pengundi membuat penilaian yang tepat,” kata Muhyiddin Yassin kepada pemberita di Bukit Mertajam hari ini.
Bagus saya sokong 100 peratus kenyataan Tan Sri Muhyiddin itu. Walau bagaimanapun Tan Sri, sebelum pengundi di Permatang Pasir boleh mempercayai cakap Tan Sri, Tan Sri tolong beri fakta sebenar hal berikut:
1. Semasa Tan Sri menjadi Menteri Besar Johor, sebahagian besar kawasan di Taman Sentosa, Taman Tun Aminah, Taman Johor Jaya, Bandar Tenggara dan Taman Mt Austin telah dimiliki oleh warga Singapura. Apakah ini bukan bukti pengkhianatan terhaddap rakyat Johor?
2. Apakah status terhadap janji Tan Sri untuk buat jambatan semasa kempen prk Manek Urai lalu?
3. Tolong Tan Sri jelaskan kepada rakyat berapa peratus tanah di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang dimiliki oleh rakyat Malaysia dan berapa peratus pula yang dimiliki oleh warga asing?
4. Tolong jelaskan apa cerita sebenarnya sehingga terlepasnya Pulau Batu Putih kepada Singapura?
No immediate need to recalibrate budget - PM
5 years ago
No comments:
Post a Comment