Generasi Y diambang KEHANCURAN
1. Generasi Y (generasi yang dilahirkan selepas 1981) sedang menghadapi ujian getir kerana sering dikaitkan berbagai masalah sosial, dadah, mat rempit, seks bebas, buang bayi, homoseksual, lesbian dan yang lebih parah sudah terlalu jauh dengan Allah swt dan Nabi Muhamad saw. Kenapa jadi begini? Adakah ini salah Generasi Y? Atau salah ibubapa dan masyarakat?
2. Beberapa hari yang lepas dalam majlis Yassin, ustaz membacakan Hadis yang lebih kurang maknanya bahawa salah satu asbab Allah swt akan menurunkan RAHMAT kepada hambanya di bumi apabila manusia sentiasa berAKHLAK mulia sebagaimana yang telah digariskan di dalam Al-Quran dan Sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi saw. Jika kita lihat disekeliling kita adakah masyarakat dan pemimpin berbagai parti mengamalkan AKHLAK yang baik atau mereka sering bercakaran hanya kerana KUASA dan HARTA dengan menggunakan berbagai slogan perjuangan. Jadi bagaimanakah Allah swt boleh menurunkan RAHMAT kepada kita.
3. Beberapa minggu yang lepas di suatu majlis Bayan, aku diberitahu bahawa Allah swt akan menurunkan RAHMAT di bumi ini bermula di Masjidil Haram (ada yang kata melalui Pancur Mas di Hijir Ismail) kemudian RAHMAT akan ke Masjid Nabawi kemudian ke Masjid Al-Aqsa dan seterusnya akan bertebaran keseluruh Masjid, Surau dan Musollah di seluruh pelusuk dunia. Setiap kaum lelaki yang mengerjakan Solat Berjemaah akan membawa pulang oleh-oleh berbentuk RAHMAT ke rumah yang akan menjadikan rumah dan keluarga termasuk Generasi Y tersebut insyallah dalam peliharaan Allah swt. Apa jadi sekiranya para bapa tidak solat berjemaah di Masjid atau Surau maka rumah akan jadi kaku tanpa RAHMAT. Anak menjadi degil, suami-isteri sering bergaduh dan rumah bukanlah syurgaku.
4. Generasi Y ini akan hanya kembali kelandasan yang betul apabila mendapat RAHMAT dari Allah swt. Tetapi seandainya Generasi X (generasi yang dilahirkan sebelum 1981) terus bercakaran dan tidak mengamalkan AKHLAK yang baik dan tidak Solat Berjemaah di Masjid dan Surau sudah pasti RAHMAT tidak akan turun dan masalah yang dihadapi oleh Generasi Y akan menjadi lebih parah lagi. Kasihanilah anak-anak kita yang akan menjadi permulaan kuturunan kita zaman berzaman.
Adakah kita mahu melihat dari kubur kelak bahawa Generasi yang kita lahirkan turun temurun sehingga hari kiamat generasi yang tidak mendapat RAHMAT dan tersesat di dalam terang??
No immediate need to recalibrate budget - PM
5 years ago
No comments:
Post a Comment