Mari kita merenung dan berfikir secara tenang tanpa sebarang prejudis, siapa yang sebenarnya pengkianat bangsa? Tan Sri Mahyudin telah menuduh Datuk Seri Anwar sebagai pengkianat bangsa? Benarkah dakwaan itu? Buat masa ini Datuk Seri Anwar tidak punya sebarang kuasa untuk mengubah dasar negara yang boleh menjejaskan kepentingan bangsa.
Malah semasa Datuk Seri Anwar berada dalam UMNO dan ada sedikit kuasa beliau telah melakukan pelbagai perkara untuk kepentingan melayu dan Islam. Siapa yang menubuhkan Universiti dan Bank Islam? Siapa yang membentuk TEKUN yang membantu perniaga kecil mendapatkan pinjaman mudah untuk berniaga? Siapa yang menubuhkan Amanah Ikhtiar juga membantu golongan miskin bumiputra mendapatkan bantuan modal? Siapa yang memberikan 5000 unit Amanah Saham Bumiputra kepada golongan miskin?
Apa yang Tan Sri Mahyudin buat baik semasa menjadi Menteri Besar, Menteri dan sekarang Timbalan Perdana Menteri untuk membantu orang melayu. Keputusan membatalkan penggunaan bahasa pengantar bahasa inggeris dalam pengajaran mata pelajaran sains dan mathematic yang ternyata gagal itu pun tidak dapat dibuat serta merta dan terpaksa ditangguhkan kepada 2012.
Adakah kita boleh mengelarkan Tan Sri Mahyudin Yasin sebagai pejuang orang melayu? Kalau soal ini pun tidak berani membuat keputusan bagi membantu anak-anak melayu yang sedang belajar dan menghadapi kesulitan. Sebagai Timbalan Perdana Menteri dan memegang portfolio pendidikan sewajarnya Tan Sri Mahyudin Yasin berani membuat keputusan dalam usaha membantu anak-anak melayu dil luarbandar mencapai keputusan yang baik dalam kedua-dua mata pelajaran itu.
Kajian yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan sendiri telah menyatakan tinadakan itu tidak memberikan sebarang kesan terhadap pembelajaran dan penguasaan bahasa Inggeris.
Kalau Tan Sri Mahyudin menganggap diri Tan Sri sebagai pejuang dan pembela orang melayu, apa sikap Tan Sri dengan gagasan SATU MALAYSIA yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak? Orang melayu dibawah merasakan gagasan SATU MALAYSIA itu sama dengan gagasan MALAYSIA MALAYSIAN yang di bawa oleh DAP.
No immediate need to recalibrate budget - PM
5 years ago
No comments:
Post a Comment