25 August 2009
SKANDAL CALON BN TERBURAI DIPERMATANG PASIR
Dari Kacamata Halik Zaman:
Para pemimpin UMNO tidak mahu peribadi calonnya diPermatang Pasir
didedahkan kepada umum. Salahlaku calon BN itu sebagai peguam juga
jangan diberi tahu kepada rakyat. Untuk kepentingan UMNO calon BN
diPermatang Pasir menafikan yang beliau ada mempunyai isteri kedua
yang tidak mendapat keadilan samarata dari padanya. Apa masalahnya
kalau calon BN itu mengaku sahaja yang dia punya isteri kedua?
Belum pun menang jadi wakil rakyat, pengundi sudah tahu calon UMNO ada
skandal. Bila skandal didedahkan Muhyiddin cakap jangan bawa soal
peribadi dalam politik. Muhyiddin lupa yang dia serang Dato Seri Anwar
Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa Melayu dalam ceramahnya diPermatang
Pasir?
Sebagai calon, pengundi berhak mahu tahu peribadi seseorang
pemimpinnya. Pengundi akan menilai tingkah laku dan peribadi seseorang
calon itu sebelum diundi. Jika dua orang isteri pun tidak dapat
dipimpinnya bagaimana nak pimpin berpuluh ribu rakyat Permatang Pasir?
Tentu rakyat Permatang Pasir kecewa memilih seorang calon yang
bermasalah.
Bila para pemimpin UMNO rasa, calon BN susah nak menang dalam Pilihan
Raya Kecil diPermatang Pasir, mereka mula pula nak mempertikaikan
pengundi hantu. Yang pelihara hantu adalah para pemimpin UMNO. Semua
Pegawai Pegawai SPR itu adalah orang Kerajaan. Mereka makan gaji
dengan Kerajaan UMNO/BN. Kenapa cerita pasal hantu pulak, yang sendiri
bela?
UMNO bela hantu, sekarang hantu pula nak makan tuannya. Mungkin
kerana tidak cukup diberi makan, maka hantu pun cari lah makan luar.
Pemuda UMNO pun menuding jari kepada SPR hantu mungkin berpaling
tadah? Kerananya dalam kepimpinan UMNO diPermatang Pasir pun sudah
kucar kacir.
Kata Muhyiddin Yassin,"Pengundi diPermatang Pasir mesti rasional
jangan emosional. Pengundi mesti berfikiran rasional untuk mengundi
calon BN". Kalau pada 25hb.Ogos nanti calon BN kalah juga maka
Muhyiddin berkata pula, "Pengundi pengundi diPermatang Pasir memilih
calon PAS kerana bersikap emosinal."
Kalau ditakdirkan pada 25hb.Ogos depan ini, UMNO kalah juga dalam PRK,
ini bererti rakyat tetap menyokong Pakatan Rakyat dan menolak UMNO
selama lamanya.
Para pemimpin UMNO mesti buat post-mortem kekalahan calon BN
diPermatang Pasir. Punca rakyat menolak UMNO/BN kerana peranan SPRM
dan polis, TV1 TV2 TV3 dan Astro Awani terlalu komited campur tangan
dengan politik UMNO kerana itu rakyat tidak menyukainya. Backfire pula
jadinya. Mungkin rakyat mahu SPRM dan polis dan arus perdana bersikap
berkecuali dalam politik dan mereka diminta menjalankan tugas dengan
tidak berat sebelah.
Berita TV1 jam 11.00 pagi menyiarkan bahawa Ketua Cabang PKR Padang
Serai keluar dari ahli PKR menyokong UMNO. Alasan kononnya dia dengar
khabar Dato Seri Anwar Ibrahim suruh YB. Gobalakrishnan membuat
kekacauan semasa penamaan calon diPermatang Pasir baru baru ini.
Saya bekas Ketua Bahagian PKR Sepanggar Kota Kinabalu, letak jawatan
sebagai Ketua dan keluar dari ahli PKR. Saya tidak buat kenyataan
bohong malah saya tidak mahu buat publicity apa apa. Alasan saya
keluar mahu berehat dulu sambil menguruskan perniagaan sarang burung
layang layang saya di luar Negara.
Sebagai bekas seorang ahli PKR seumur hidup, saya tidak pernah lihat
dan dengar Dato Seri Anwar Ibrahim mempunyai perangai seperti itu.
Setahu saya yang kenal rapat dengan Dato Seri Anwar Ibrahim, beliau
sebagai seorang pemimpin yang berhemah tinggi,
jujur, amanah, rendah diri, berkata kata dengan penuh kesopanan,
selalu memberi nasihat yang baik baik kepada ahli ahli, tidak pernah
ahli ahli PKR diajar oleh Dato Seri Anwar Ibrahim bersikap bongkak dan
sombong. Ahli ahli PKR dinasihatkan oleh beliau agar menghormati
undang undang Negara. Jadi, ternyata bekas Ketua Cabang PKR Padang
Serai Kedah berbohong dalam berpuasa. Mungkin sahaja beliau diberi
duit raya.
Sebagai seorang yang berkecuali, saya anggap Ketua Cabang PKR Padang
Serai Kedah itu telah diajar oleh para pemimpin UMNO untuk membuat
fitnah keatas Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai satu strategi untuk
membohongi pengundi diPermatang Pasir. Siapa pun tahu bahawa para
pemimpin UMNO sekarang sudah terlalu desparate untuk menang kerusi
Permatang Pasir.
.
DUN PKR Lunas Kedah keluar dari parti hari ini, kita pun tidak heran.
Sudah dijangka para pemimpin UMNO akan buat apa sahaja untuk menarik
perhatian pengundi Permatang Pasir demi untuk sebuah kemenangan moral
UMNO/BN. Dengan perletakan keahlian Ketua Cabang PKR Padang Serai dan
ADUN Lunas Kedah keluar dari PKR tidak akan merubah warna kekalahan
calon UMNO diPermatang Pasir sudah diambang kubur.
HZ
No immediate need to recalibrate budget - PM
5 years ago
No comments:
Post a Comment