Aku UMNO
Pandang ke kiri ke kanan
Depan belakang sume Melayu
Aku di Putera Jaya
Tengok PM, TPM
Banyak menteri Melayu
Tapi mengapa Melayu juga
Miskin? Ketinggalan?
Aku duduk majlis UMNO
Makan mewah
Hotel mewah
Tauke kaya
Gadis lawa
Perjuangan Melayu entah ke mana?
Hilang diterbang angin tawa
Pak menteri yang bangga.
Aku duduk meeting UMNO
Kulihat Pak-pak Menteri
memerah otak
mencari akal
Bagaimana mengujudkan
projek Melayu
Yang boleh mengenyangkan
perut sendiri dan kroni.
Wahai pemimpin-pemimpin UMNOku
Engkaulah pejuang bangsaku
Tanah tergadai
Harta berganda
Tapi tak apa
Kerana kata mereka
Melayu mudah lupa.
No immediate need to recalibrate budget - PM
5 years ago
No comments:
Post a Comment