Apa maknanya SATU MALAYSIA. Maknanya kita semuanya satu tidak kira bangsa asalkan rakyat Malaysia. Inikah yang dikatakan perjuang bangsa? Cuba tengok peringatan Raja Muda Perak dengan 7 wasiat Raja-Raja Melayu. Adakah UMNO khasnya Tan Sri Mahyudin Yasin benar-benar menjaganya? Kita ingin bertanya kepada Tan Sri Mahyudin, siapa yang menukar nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Malaysia. Sedangkan nama itu jelas menunjukkan negara ini milik orang melayu? Jawabnya UMNO, jadi bolehkah kita sifatkan UMNO dan Tan Sri Mahyudin sendiri sebagai pejuang bangsa?
Bagaimana pula wasiat Raja-Raja Melayu yang mahukan 50% daripada tanah di negara ini dijadikan Tanah Simpanan Melayu? Adakah UMNO melaksanakannya? Malah satu ketika Tun Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri mencadangkan agar status Tanah Simpanan Melayu dibuang atas alasan untuk meningkatkan nilainya. Untuk apa meningkatkan nilai tanah itu kalau selepas itu tanah tersebut akan terlepas daripada pegangan orang melayu? Apa yang Tan Sri Mahyudin Yasin buat sebagai perjuang dan pembela orang melayu waktu itu?
Wasiat Raja-Raja melayu seterusnya , Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan; PERKARA INI JUGA ADA TAPI SEKADAR PENGISYTIHARAN TIDAK ADA PERLAKSANAAN DASAR YANG BERSESUAIAN DENGAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI. APA YANG ADA PADA NAMA KALAU TIDAK ADA PERLAKSANAANNYA? APA YANG RAJA-RAJA MELAYU KITA BUAT APABILA PERLAKSANAAN SEGALA DASAR NEGARA ISLAM TIDAK SELARAS DAN SELARI DENGAN AGAMA RASMI. APA YANG TAN SRI MAHYUDIN YASIN BUAT SEMASA TUN DR. MAHATHIR MEMPERTIKAIKAN HUKUM HUDUD, BEKAS PERDANA MENTERI ITU PERNAH BERKATA ZAMAN NABI MUHAMAD DULU MANA ADA GILECT DAN KALAU LAKSANA HUKUM HUDUD ORANG BOLEH MAKAN SUP TANGAN DAN PELBAGAI PENGHINAAN KEPADA HUKUM ALLAH AZZAWAJALLA, KETIKA ITU DI MANA TAN SRI JIKA BENAR TAN SRI SEORANG PEJUANG.
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu; RAJA-RAJA MELAYU TELAH MENETAPKAN BAHASA MELAYU ADALAH BAHASA KEBANGSAAN NEGARA INI. NAMPAKNYA SEKALI LAGI KEPIMPINAN UMNO TIDAK MENGHORMATI WASIAT INI MALAH BAHASA PENGANTAR UNTUK MATA PELAJARAN SAINS DAN MATHEMATIK YANG MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU TELAH DITUKAR MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS. DI MANA TAN SRI MAHYUDIN YASIN KETIKA TUN DR. MAHATHIR MAHUKAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA PENGANTAR MENGANTIKAN BAHASA MELAYU YANG MANA RAJA-RAJA MELAYU MAHUKAN IANYA MENJADI BAHASA KEBANGSAAN. KALAU TAN SRI BENAR-BENAR SEORANG PERJUANG MELAYU BANGUN DAN TENTANG CADANGAN ITU KERANA IANYA BERTENTANGAN DENGAN WASIAT RAJA-RAJA MELAYU.
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak). MENGENAI KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU JUGA KEPIMNAN UMNO MELANDA DAN TIDAK MEMELIHARA BUKAN SAJA PERLEMBAGAAN NEGARA MALAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU INI. ANATARANYA PEMBERIAN BIASISWA KEPADA PELAJAR MELAYU DI IPTA TELAH DIGANTI KEPADA PINJAMAN. KEMASUKAN PELAJAR MELAYU KE IPTA KINI MENGIKUT MERIT BUKAN LAGI KUOTA BAGI MEMELIHARA PERATUS KEMASUKAN PELAJAR MELAYU KE IPTA. PERKARA INI JUGA DI MANA-RAJA MELAYU BERDIRI. BANYAK LAGI KALAU HENDAK DISENARAIKAN DI SINI, MALAH KONSEP ONE MALAYSIA YANG DI BAWA OLEH PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB JUGA AKAN MENGHAKIS KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU. JADI SEKALI LAGI KITA INGIN BERTANYA TAN SRI MAHYUDIN DI MANA DAN BAGAIMANA? KALAU BENAR TAN SRI SEORANG PEJUANG MELAYU TULEN TAN SRI TIDAK AKAN BENARKAN PERKARA YANG KITA MILIKI TERLEPAS BEGITU SAJA.
Jadi kita persoalannya siapa yang kianat terhadap perjuangan bangsa melayu , ANWAR ATAU MUHYIDIN YASIN? JELAS DI SINI TAN SRI MAHYIDIN YASIN, TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA ADALAH PENGKIANAT KEPADA PERJUANGAN BANGSA MELAYU. WALAUPUN BERTANDING ATAS PARTI MELAYU TAPI TIDAK ADA SATU BENDA YANG KITA DAPAT LIHAT TAN SRI MAHYUDIN BUAT UNTUK ORANG MELAYU BAIK DI SELURUH NEGARA MAHUPUN SEMASA MENJADI MENTERI BESAR JOHOR. HARI INI KUASA PENUH YANG ADA DITANGAN UNTUK MEMANSUHKAN PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS PUN TAK BERANI BUAT, INI YANG DINAMAKAN PEJUANG MELAYU?
"
No immediate need to recalibrate budget - PM
5 years ago
No comments:
Post a Comment