1. Apabila sahaja saya dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1974, maka Anwar Ibrahim pun mula menghasut penuntut universiti untuk mengadakan tunjuk perasaan jalanan. Isunya apa saya sudah lupa.
MELAYU MUDAH LUPA---PASAL ORANG BALING TAK ADA MAKANAN,MAKAN UBI KAYU
MASA MUSA HITAM ---KES MEMALI BERAPA ORG MELAYU KENA TEMBAK?INIKAH PEMBELA MELAYU.
3. Budaya demonstrasi datang dari luar. Memang dalam keadaan terlalu tersepit dan tidak ada cara lain untuk memperjuangkan sesuatu, demonstrasi jalan terpaksa diadakan. Demikian semasa melawan Malayan Union, orang Melayu berdemonstrasi.
BEZAKAH MELAYU ZAMAN ANWAR DENGAN MELAYU MALAYAN UNION.
5. Sebabnya ialah orang yang menjadi mangsa bukan Kerajaan sahaja. Yang jadi mangsa ialah peniaga, terutama peniaga kecil yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bagi mereka ini demonstrasi adalah mala petaka yang lebih buruk daripada hujan lebat. Barangan jualan terutama makanan sudah disiap dan tidak boleh disimpan. Kerugian sehari tidak dapat ditampung dengan keuntungan 10 hari atau lebih.
By weddingAuthor Profile Page on August 9, 2009 2:47 AM
Salam,
Yang Berbahgia Tun,
1. Sejak bila demonstrasi akan menyebabkan peniaga menjadi mangsa, pembangunan negara akan terbantut, pelabur tidak akan melabur, peluang pekerjaan akan terjejas. INI SEMUA KEPERCAYAAN KARUT.
2. Orang yang berdemontrasi hanya bertujuan untuk menyampaikan ketidakpuasan hati mereka terhadap sesuatu isu, misalnya menentang ISA. Itu saja.
3. Sebagai negara bertamadun, dan kita bukan lagi berada di tahun 60an, kita patut boleh menerima apa saja perbezaan pendapat dalam ruang kebebasan bersuara.
4. Polis boleh mengawal para penunjuk perasaan supaya ianya boleh dilakukan secara aman. Mengapa perlu polis gunakan gas pemedih mata dan belantan. Sepatutnya, polis membantu bagi menjayakan tunjuk perasaan, misalnya tetapkan laluan, mengawal lalu lintas, hadkan masa dan lain-lain. Maksudnya, adakan peraturan untuk berdemontrasi. Bagi menjana pendapatan kenakan YURAN bagi penganjur.
5. Peniaga jalanan akan lebih beruntung bila orang dapat berdemontrasi secara aman. Sekurang-kurangnya boleh jual air. Malaysia negara yang panas, tentu dahaga bila dibawah panas matahari.
6. Tun, saya telah melihat dan terlibat dalam demontrasi mengenai pelbagai isu semasa saya di luar negara, misalnya peperangan di GAZA, kes pembunuhan Marwa, pihak polis membantu, bukannya menyusahkan. Tiada apa yang berlaku. Ianya pula diadakan dipusat tumpuan pelancung. Tidak ada masalah. Ianya menjadi tarikan pelancung pula. Apa masalahnya... Saya rasa kita takut bayang-bayang sendiri. Kerajaan tidak akan tumbang dengan demontrasi. Kerajaan akan tumbang, jika kerajaan tidak cekap, rasuah, tidak adil, mengamalkan pilih kasih, dan lain-lain perkara negatif yang Tun sedia tahu
7. Tun, bagaimana DS Anwar boleh menghasut pelajar universiti? Ini satu lagi kepercayaan karut. Pelajar universiti adalah orang yang terpelajar. Mereka bertindak berasaskan fakta dan data. Kalau DS Anwar dapat menpengaruhi pelajar Universiti, ini bermakna kerajaan gagal dalam menyampaikan maklumat.
8. Tun, saya cukup kagum dengan Tun, tapi sudahlah...cukuplah Tun memfitnah DS Anwar.
No immediate need to recalibrate budget - PM
5 years ago
No comments:
Post a Comment